Tuesday, July 22, 2008

K.Faizi : Apabila Hati Sudah Terguris...

Saya pasti, banyak hati yang terguris dengan apa yang berlaku sejak petang semalam. Bermula dengan pendedahan Pak Lah bahawa terdapat pimpinan PAS yang datang bertemu dengan beliau untuk tujuan muzakarah, kenyataan Presiden PAS pada tengah malam semalam yang mengakui bahawa telah ada pertemuan yang dibuat untuk bertemu dengan Pak Lah dan kenyataan Tuan Guru Mursyidul Am PAS yang minta muzakarah ini dihentikan segera.

selanjutnya di sini

edyes wrote:
>
Kita semua sudah nampak permainan UMNO. Ini bukan kali pertama PAS terperangkap dengan UMNO. Sudah jelas dan terang, paklah sendiri yang memerangkap PAS dengan pengumuman yang menimbulkan kecelaruan di kalangan ahli dan pimpinan PAS.
>
Suka atau tidak, terima atau tidak, UMNO telah berjaya untuk seketika. Keikhlasan paklah dalam menjayakan 'muzakarah demi melayu dan Islam' berkecai sama sekali apabila mengumumkan dengan bangganya bahawa pertemuan telah diadakan sebanyak tiga kali.
>
Saya anggap alasan PAS kononnya pertemuan selepas 8 Mac itu adalah bagi memberi jalan kepada Pakatan Rakyat Selangor membentuk kerajaan adalah mirip alasan UMNO dalam menyelamatkan pelbagai keadaan. Maaf kata, saya bukan menghina, tetapi sememangnya mirip.
>
Jika paklah tidak membuat kejutan kelmarin pada pengumuman pertemuan tiga kali itu, sudah tentu sehingga hari ini 'muzakarah' berjalan lancar dan ada hasilnya. Tetapi paklah mengambil jalan singkat yang memberi impak besar kepada kepimpinan PAS sekaligus mendapat kemenangan 'moral'.
>
Inilah satu penipuan ala perang siffin bak kata seorang rakan. Apabila Quran dijunjung, pintu dibuka, atas nama melayu dan Islam, keikhlasan entah ke mana, perangkap tersedia.
>
Namun bergitu, kecekalan TGNA dalam isu ini amatlah dihargai. Keputusan TGNA mengarahkan tiada lagi sebarang 'muzakarah' bersama UMNO selepas ini. Saya sokong Tuan Guru Nik Aziz sepenuhnya walaupun saya bukan ahli PAS. Mengapa menolong buaya yang sedang lemas.
>
Bak kata Sheih kickdefella, adalah lebih baik PAS bermuzakarah dengan DAP dalam menerangkan betapa adilnya pemerintahan Islam itu. Bukankah itu juga satu dakwah yang dituntut. Hebatnya Islam !
>
TAKBIR !

5 comments:

Mr Green said...

Seperti yg saya cakap dalam komentar sebelum

PAS akan diBULI oleh UMNO.UMNO ni ada dua wajah.

Bagi saya,tiada kompromi dengan kerajaan rasuah! kalau nak lawan lawan sampai mati!.seperti cakap edyes. mengapa kita nak tolong buaya yang sedang lemas?.PAS masih tak belajar dari Sang Kerbau.menolong buaya tersepit bila dah tolong kaki Kerbau dimakan.

Disini Pimpinan tinggi PAS harus bertegas.barang siapa yg mahu masuk UMNO...masuk sekarang! keluarkan bangkai bangkai yg membusukkan peti ais! Kalau UMNO sudah semesti orang yg berjumpa secara sulit ni bakal menghadapi tindakan ! tapi PAS masih berlembut.disini kita nampak beda antara UMNO dan PAS.

Anonymous said...

Saya sangat berharap hal Muzakarah PAS-UMNO di redakan.Memang manusia selalu buat silap kerana bodoh sendiri dan ego(merasakan ilmu nya lebih atau pengaruh nya).Tapi mesti kita ingat,sasaran perjuangan kita untuk apa?,bukankah untuk mendaulatkan ISLAM.Sama sama kita maafkan orang orang tersebut (pemabuk Muzakarah) kerana dia orang manusia macam kita juga(bukan maksum).
Jangan kita termakan hasutan syaitan dan Pak Lah.
KITA KENA BANGKIT DAN BERSATU BAGI MENCAPAI OBJEKTIF MENDAULATKAN ISLAM.

Anonymous said...

harap2 hal muzakarah ni stop lah dr dijaja2..

saya sbg penyokong PAS pun tak kebuloq hal bincang2 dengan UMNO nih. pembohong belaka depa tuh

Alhamdulillah, Nik Aziz dah bersuara.

Money4Free said...

Sebenarnya hal muzakarah ni takder apa2 pun.Muzakarah ni maksud dia pun lebih kurang macam perbincangan, bertukar tukar pendapat.Rujuk kamus dewan.

Sebab dinamakan muzakarah, bahasa Arab, jadi nampak macam gerun sikit.Dimainkan pulak tiap hari di media kerajaan, maka gerun lagi lah orang ramai.Takder beza antara muzakarah dan sembang kedai kopi, cuma platform sahaja yg berbeza.Pendapat atau rumusan yg terhasil dari muzakarah, bukanlah akan terus menjadi pegangan atau ikutan yang wajib dipatuhi.Ianya bukan MOU.

Takder apa yg nak ditakutkan jika PAS nak bermuzakarah dgn Umno.Jika nak bermuzakarah dengan Amerika pun tk per.
Cuma dalam konteks ini, apa keperluan untuk PAS bermuzakarah/bertukar tukar pendapat dengan UMNO? Masih adakah lagi pendapat atau idea Umno yang masih relevan untuk digunapakai pada era ini?Ini sebenarnya persoalan yang wajar diutarakan.Pada aku Umno dah bankrap idea.Tak perlu lah untuk berbincang, bertukar pendapat dengan saki baki pemimpin Umno tu.Idea dan pendapat mereka semua dah lapuk ditean zaman.Lebih baik PAS bermuzakarah dengan bloggers.

Pakcik Botak said...

PEMIMPIN PAS JANGAN BUAT PERKARA AKAN MEMAKAN DIRI...MELAYU CINA INDIA DAN LAIN2 KAUM SUDAH SEDIKIT DEMI SEDIKIT MENERIMA PAS DAN PAKATAN RAKYAT SEBAGAI ALTERNATIF KEPADA BARISAN NASIONAL. JANGAN KERANA KONONNYA ATAS DAKWAH SESAMA ISLAM PERTIMBANGAN POLITIK JANGAN DIKESAMPINGKAN. FIKIRKAN KESAN KEPADA JANGKA MASA PANJANG.