Friday, May 6, 2011

Tiba Masanya CheGuBard Meninggalkan PKR ?

Susulan dari perjumpaan Chegubard dengan blogger Cucu Mat Kilau (CMK) minggu lalu, perbualan mereka akhirnya diterjemah dalam sebuah entry di dalam blog CMK.

Hasil daripada pendedahan CMK itu juga, saya telah menerima banyak panggilan yang bertanyakan mengenai keputusan samada Chegubard meninggalkan parti ataupun tidak. Saya hanya menjawab yang saya tidak tahu apa-apa mengenainya walaupun saya tahu serba sedikit. Saya juga tidak akan mendedahkan apa-apa mengenai keputusan CheGuBard kerana menghormati beliau sebagai seorang ketua peneraju anak muda. Biarlah CheGuBard sendiri yang mengumumkannya bila sampai masa sekiranya ada keputusan mengejut yang bakal berlaku.

Jika di tanya pula pendapat saya, adalah agak sukar untuk saya memberi sebarang komen memandangkan saya sering bersama CheGuBard dalam aktiviti ceramah perdana dan juga program anak muda SAMM, malah saya juga sebahagian dari SAMM.

Di bawah ini adalah petikan dari blog CMK sebagai rujukan;

Dalam berbual, Chegubard sekali lagi meluahkan perasaan terkilan beliau akibat kegagalan PKR menyelesaikan kemelut pemilihan 2010 lalu. Parti katakanya seolah-olah cuba mengalih pandangan dan mahu beliau melupakan apa yangs udah berlaku, sedangkan perkara itu sebaptutnya diselesaikan seperti janji dua minggu yang dibuat oleg Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution semasa Kongres PKR di Petaling Jaya tahun lalu.

Namun sehingga kini segalanya "indah khabar dari rupa". Ini menyebabkan Chegubard terpaksa memberi sedikit masa sahaja lagi untuk PKR membuat keputusan, sama ada mahu menyelesaikan kemelut itu atau membiarkan sahaja ia berlalu. Beliau turut menegaskan akan bertindak untuk "meninggalkan parti itu" andai jalan penyelesaian tiada. Malah katanya, itulah yang amat dikehendaki oleh mereka yang berkuasa sekarang ini.

Ketika CMK tanya ke mana hala tuju politiknya andai keluar PKR. Chegubard beberapa kali menegaskan dia akan membuat satu keputusan mengejut berkenaan perkara itu. Namun, itu pun jika tiada tindakan daripada pucuk pimpinan tertinggi PKR sendiri. Malah, dia khabarnya akan membawa bersama para penyokong dan pemimpin muda di peringkat cabang-cabang di seluruh negara.

Agak malang bila beliau yang masih bersama PKR tiba-tiba dihalang melakukan aktiviti termasuk berceramah di sana-sini oleh parti sendiri. Senario ini memang berlaku, dan sungguh memalukan



Anda semua cuba bayangkan, apakah maksudnya apabila CheGuBard yang masih lagi sebagai pejuang PKR tiba-tiba dihalang untuk melakukan aktiviti termasuklah menyampaikan pidato dalam program ceramah anjuran PKR. Malah pernah juga ceramah anjuran parti PAS telah diarahkan supaya CheGuBard tidak diberikan slot untuk naik ke pentas rostrum, tetapi tidak diendahkan oleh penganjur yang berpendirian bebas.

Bagi saya, parti politik ini hanyalah wadah, parti politik hanyalah kenderaan untuk menyampaikan apa juga gerakan yang dirancang. Di mana pun CheGuBard selepas ini, ke mana pun CheGuBard selepas ini, atau masih terus kekal bersama PKR, itu terpulanglah kepada CheGuBard untuk membuat keputusan. Apa yang penting adalah perjuangan anak muda sebagai pendesak perubahan tetap terus mekar dan semakin mendapat tempat di kalangan anak muda.

Biar sedikit sebanyak mana pun radikalnya gerakan anak muda pimpinan CheGuBard, ia tetap mendapat sambutan kerana keikhlasan beliau dalam perjuangan. Tidak sedikitpun perasaan ingin menentang ketidak-adilan berkurang dari semangat perjuangan anak muda CheGuBard. Walau di mana jua, walau apa jua wadahnya, perjuangan akan tetap berterusan hingga ke nafas yang terakhir...

Apapun, kita harapkan keputusan terbaik dari CheGuBard demi perjuangan menentang kebejatan pemerintah zalim.

Tulisan berbentuk sinikal di bawah di petik dari laman facebook seorang komrad kanan CheGuBard yang bernama Azizi. Beliau memang kerap menggunakan ruangan facebook untuk menyatakan banyak perkara berbangkit mengenai politik tanahair, tetapi secara sinis dan menggunakan loghat nogori sepenuhnya. Ikuti tulisan sinikal Azizi berkaitan entry Blog CMK;

Hahaha.. Hari ni tipon asik berdoring sampai sey naik polak.. Ni sumo bahano Blog Cucu Mat Kilau yg dodahkan CheGuBard akan kuar parti.. Ado yg sodih, ado yg mencarut2, ado yg tetibo hibo & rayu jgn kuar parti.. mcm2 pandangan sey dapek, sumo sey iyokan..

Ado yg koba Che'guBard akan masuk PAS utk mobilise anak mudo sempena demo bosa BERSIH, Ado yg koba Che'GuBard akan bersamo DAP sobab Mahadey tongah heboh ckp DAP rasis.. Ado yg koba dio akan bersamo PSM yang memang rapat dgn jiwo marhaen beliau.. Ado lak yg cakap dio akan fokus SAMM.. Yang lagi best, ado yg koba dio akan masuk umnobn mcm Ezam dulu utk reform umno dari dalam & kali ni che'gubard akan bergabung dgn arman perkeso.. eh silap, perkasa.. kahkahkah



 

EDYES @ edyesdotcom

11 comments:

Anonymous said...

aku big fan of Chegubard, lantang dan tegas. berprinsip dan dihormati. PKR adalah terbaik utk CB walaupun disisih. igt satu hari nnt 'org2 tua' PKR yg SAMM x minat tu akan pergi dan anda2 semua akn menerajui. mungkin ad sebab DSAI nk org2 die jage PKR buat mse ini. aku pn x setuju dengan cara itu. tp mungkin DSAI ad sebab tersendiri. sy tau AA sgt dibenci oelh SAMM. ttp smpai mencaci AA dgn gmbr beliau dan Mahathir, ank angkat Mahatnir la, "Anak Ali", hendak menjatuhkan MB Khalid la, itu bukanlah suatu yg baik. Yg salah ttp salah, ttp pemimpin ptot dihormati. tujuan kita sama sahaja, iaitu MEMERDEKA kan negara dari rejim BN dan kita ptot FOKUS pada yg itu. sbb rakyat bwh tidak peduli pun ttg pemilihan Parti. malah ade yg x kenal sape2 pemimpin PKR or org2 kuat PKR juga SAMM or what. yg mereka tau. BN jatuh dan PR perintah. itu saja. kalo maki2 dalam twitter and fb, rkyt tgk. fedup fedup fedup.

ikhlas
-rkyt biasa yg dukung PKR-

Abbs said...

JGN kluar beb.. kot ye pun bro bard nak kluar pasal tak puas ati.. relex2 lew dulu.. kite sume tau yg dalam pkr tu ade duri dalam daging.. kite pun kenal sape die.. dan kite pun tau gerak geri die.. biarkan die pegang jawatan kanan tu dulu.. jgn mudah berputus asa.. katekan pade bard.. jgn mudah mengaku kalah, dan mengalah itu tidak beerti kalah, kalah itu tidak beerti selamanya kalah, so sabar itu separuh dari iman, cekal itu tak ramai yg mampu.. perjuangan itu menuntut pengorbanan, jgn mudah berpatah arang, jgn mudah mengambil keputusan, jgn mudah berhati taman, rapatkan saf.. membantu PR menawan kembali hak rakyat yg telah lame hilang, perbezaan pendapat perkare biase, sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pule makanan di dalam mulut, lawan tetap lawan, tapi lawan bio kene dgn tempatnye, pecahnye buah mencambahkan benih yg banyak, tapi kualitinya kurang kerana terlalu lemah, jadi lu edyes.. nie pesan gua beb.. kawasan yg paling bahaye adelah kawasan yg paling selamat.. selamat berjuang kawan gua yg gua kasihi..

Anonymous said...

wkakakaka

CKG BASTAD LEDAHAK NK KLUAR PKR,.

OPPSS,.AKU XMAU GELAK,.ITU YG TERBAEKKK,..

AGAKNYA BASTAD,..OPSSS,.SORY2X,..BARD DH TERIMA KENYATAAN MMG ALJUB KAKI BURIT N JUBUR,..BUAT APA NK BELA ORG MCM TU

RELEX BADAK,..OOPPSS,..BARD,..DH TIBA MASANYA LU TERIMA HIDAYAH ALLAH SWT,..SPT YG DITERIMA OLEH EZAM N GANG,..

BILA LU DH KLUAR NANTI,.LU AKAN NMPAK BRTAPA BUDUSSS NYA JUAK2 YG PENCACAI ALJUB NI,.

AKU TARIK BALIK GELARAN BASTAD KEDAHAK,..SEMOGA TRUS DPT PETUNJUK DAN HIDAYAH,..SALAM

anakabah said...

apalah pemimpin pkr ni berjuang macam pondan, ramai pemimpin macma pondan, sikit2 merajuk, kena jolok sikit berambus keluar ...kalau dah umno tu umno jugak la kau orang berkarat punya perjuangan....macam ni lah....cokgu bard kau decide nak berambus ke nak tunggu, kami ni malas nak dengo menyakit hati aje...org nak berjuang , kena focus apa yg diperjuangkan...adalha sebab sesauatu tindakan tu...


macam ni susah rakyat...aku tak respek orang macam kau, sama maca sol kulim, yg pernah jadi ustas mengajar kat surau aku, menyesal aku ambik ilmu dia, penipu.

islammesra said...

kera ok tu, masuk kat PR jangan masuk AMNOSEX tu, mcm,ustat jilat ZN Mat kotak2 penjilat2, yang ni memang aku nak berak kat muka dia dan kencing sekali.Pas ker,Dap ker Pati wawasan utk masa depan. AMNOsex tu, jawapnya pemimpinnya sonang ,macam kita mcm katak bawah pohon utan,berbunyi aja cukup masa bawa makan. sampailer mampus.org2 lain maju terus maju .

bang said...

anonymous aljub kaki burit, tu aku kalau nampak kamu , aku tak kerja lain aku berak kat muka kau,sah kau ni penjilat ZN. sah juga amnosex mcm sentero pemimpin amnosex,

bunbinban said...

Bagus la. Buat apa dok situ lg kalau di anggap perosak kan?. Aku ttp sokong Bard selagi dia tidak menjual maruah kepada umno bangsat tu. PAS ke DAP ke takpe. Lagi baik dia join DAP utk strategi politik lebeh2 lg dgn api perkauman yg di tiup oleh umno bangsat tu. Anak muda tak perlu ketua poyo mcm sam tu yg cuma tau buat repot polis je. AMK skang dah jadi pondan dek ketuanya yg persan bagus tu. Dulu aku respek kat saifuddin tpi pas pemilihan tempoh hari, dia buat aku muak dgn PKR. AA, AI mungkin gembira tpi, anak muda akan terus bersama Bard. Itu pasti. Baju batik perut gendut anak muda tak main la....hahaha...ce cite, apa program yg ketua AMK buat selain dr repot polis? hahaha....Suh dia mobilse satu demo, nak tengok dia mampu tak?. Dia mampu kot tapi mampu wat PC je...hahaha...buat AI, perjuangan rakyat ttp di teruskan dgn kamu atau tanpa kamu. Kami dah letih menjawab tuduhan2 terhadfap kamu, liwat 1, liwat 2 dan video seks hanya kerana kebodohan kamu walau kami tak percaya semua tuduhan itu tapi beban kesilapan itu ttp berpunca dari kamu. Kamu lwebeh percaya kepada org luar dr para reformis....sorry AI, perjuangan rakyat ttp di teruskan, perjuangan membela rakyat bkn lg membela kamu AI sekurang-kurangnya bkn keutamaan mcm 1998 dulu. Buat Bard..gud luck. Tapi kalau ko join umno, ko mmg layak jadi tukang cuci jamban suami najib je....

Anonymous said...

Sdra Edye, saya berstuju dengan cara dan kaedah kamu, namun bagi saya biarlah pappun keputusan CB kita sama-sama sokong beliau sebagai pejuang SAMM, saya tidak salahkan CB kalau dia keluar PKR sebab beliau dah bagi peluang PKR sekian lama untuk selesaikan kemeleut pemilihan 2010 namun hingga hari ini tiada khabar berita, tepuk dada tanya selera.

Anonymous said...

wpun sya xsuka cb tapi sya akui cb agk brkebolehan brbanding pemimpin pkr yg lain

cb bukan pengasas pkr spt ezam,cndra dll

cb dtg kemudian cuma ambil kesempatan ats kebangkitan ank muda yg api kemrahan ditiup oleh anwar

sya tinjau blog lain yg pro bn xde 1 pun yg kesah hal cb ni

klu cb msuk parti lain mgkin dia dingkat jadi hero dan jdi calon

tpi klu msuk umno,.sorry la beb,.umno xkedahak nk ambil pemimpin impot apatah lagi umno rembau dah ada pemimpin hebat

Edyes said...

Chegubard dah pun keluar kenyataan. Rupanya ada dalang di sebalik 'sumber' yang ditulis dalam laporan Malaysian Insider.

Di mana pun chegubard berada, kerana keikhlasan beliau berjuang, saya yakin chegubard tetap akan disokong anak muda. Chegubard adalah ikon anak muda yang terbilang!!

Ayuh bersama kita anak muda, menjadi pendesak perubahan!

Anonymous said...

Aku rasa benda macam ni penah jadi kat saifudin SU... tapi kehilangan dia tak penah jadi ribut pun... meninggalkan PKR secara senyap tanpa meninggalkan prinsip yang dipegang... Jangan hari ni kita lawan UMNO esok2 kita jilat bontot UMNO...

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan