Wednesday, July 30, 2008

Husam : PAS tidak berminat !!

Kebelakangan ini, begitu banyak diperkatakan tentang kerjasama PAS dan Umno kononnya untuk kepentingan Melayu dan Islam.

Kita telah tegaskan sebelum ini bahawa PAS amat menyedari niat tersembunyi di sebalik kesemua cadangan Umno itu. Kita juga telah menegaskan dengan jelas bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan pertemuan antara PAS dan Umno adalah semata-mata 'muqabalah' atas dasar peribadi antara beberapa pemimpin PAS dan rakan-rakan mereka di dalam Umno. Ia bukan pertemuan rasmi atau 'muzakarah' di peringkat parti antara PAS dan Umno.

PAS, sama ada pemimpin atau penyokong akar umbinya, yang telah menempuhi senario politik Malaysia selama lebih 50 tahun, tidak naif dan mudah ditipu oleh Umno. Kita semakin matang dan telah masak dengan putar belit politik Malaysia. Jalan yang kami pilih menjadikan kami semakin tangkas untuk membezakan yang mana kawan dan yang mana lawan.

Lantaran itulah, kami merasa amat geli hati apabila membaca laporan akhbar mengenai apa yang didakwa sebagai tawaran Umno Perak hari ini yang dikemukakan oleh Ketua Perhubungannya, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali supaya PAS dan Umno membentuk kerajaan campuran di negeri itu.

Saya ingin mengulangi penegasan bahawa PAS tidak berminat untuk berkerjasama dengan Umno sama ada di peringkat pusat atau mana-mana negeri. PAS begitu selesa dengan pakatannya dengan PKR dan DAP di dalam Pakatan Rakyat dan tidak akan meningalkan pakatan ini, tidak kira semanis mana pun tawaran yang digula-gulakan oleh Umno.

Sama seperti nasihat saya kepada Tan Sri Muhammad Muhammad Taib baru-baru ini, saya juga ingin menasihati Datuk Seri Mohd Tajol Rosli supaya memberi tumpuan untuk menyimpan tenaga demi menyelamatkan kapal Umno yang sedang tenggelam, tanpa mengheret PAS untuk turut tenggelam bersama mereka.

Haji Husam Musa
29 Julai 2008

Tuesday, July 29, 2008

Kerajaan bersetuju tambang bas naik

Kerajaan bersetuju tambang bas ekspres dan bas henti-henti seluruh negara dinaikkan tetapi tidak sehingga 100 peratus seperti yang dipohon oleh Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar.

Katanya kenaikan itu tidak dapat dielakkan berikutan peningkatan kos operasi, termasuk harga diesel yang melonjak kepada RM1.43 seliter berbanding 71 sen seliter sejak kali terakhir tambang bas itu dinaikkan pada 2005.

"Peningkatan kos operasi juga disebabkan kenaikan harga barang-barang lain seperti tayar, minyak pelincir dan bateri," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi kakitangan kementerian itu di Putrajaya hari ini.

edyes wrote:

1. Katanya kenaikkan harga diesel tidak menjejaskan pengangkutan awam.

2. Bila disuruh ubah gaya hidup, maka rakyat akan memilih kenderaan awam seperti bas. Tapi dalam masa yang sama, tambang bas pulak naik.

3. Peningkatan kos operasi? peningkatan harga barang spare-part? Kami pun sebagai rakyat mengalami peningkatan kos dari semua sudut. Kos hidup kami juga meningkat, tapi siapa yang nak naikkan gaji kami..? Begitu juga dengan pengusaha bas, patutnya berkorban lah sikit, baru orang nak guna perkhidmatan.

4. Jadi, rakyat nie umpama diperkotak-katikkan oleh kerajaan pusat.

DAMN ! I'M DEAD !!


DAMN ! I'M DEAD !! HOW I'M GONNA TELL PAPA...?

Tahniah YB Zulkifli. Tahniah !


Jawapan saya mudah: pengorbanan saya terlalu kecil berbanding dengan masadepan rakyat & negara.

Itulah ungkapan yang dihamburkan oleh YB Zulkifli Nordin selepas bertalu-talu ditanya mengenai pengorbanan kerusi beliau kepada DSAI. Saya terharu.

Alhamdulillah, saya amat bersyukur kita mempunyai pejuang tulin di dalam Pakatan Rakyat. Kepentingan rakyat jauh mendahului kepentingan diri. Pengorbanan YB ini memberi impak yang besar kepada keikhlasan Pakatan Rakyat dalam menuju ke puncak Putrajaya.

Kini tumpuan kita sudah jelas, aduan liwat adalah aduan palsu bagi merencatkan perjalanan DSAI untuk menumbangkan BN. Oleh demikian, DSAI seharusnya bebas dari sebarang tuduhan dalam masa terdekat ini dan sudah tentu para pejuang sedang bersiap sedia untuk menghadapi peperangan sengit yang bakal berlaku di Kulim BB.

Sebelum itu, ingin saya tampalkan di sini coretan YB Zulkifli yang memberi gambaran terhadap sambutan masyarakat di sana terhadap DSAI;

A'km to all.

Sejarah dicipta di Kulim malam semalam apabila hampir 20ribu rakyat Kulim Bandar Bharu turun di Dewan Chinese Recreation Center (CRC) untuk mendengar ucapan DSAI.

Ada yang terpaksa meletakkan kenderaan sehingga 5km jauhnya dan berjalan kaki ke Dewan CRC. Program yang dipengerusikan oleh YB Johari Abdul (Sg. Petani) dimulakan dengan ucapan YB Lim Su Nee (ADUN Kulim-Ketua Bahagian PKR KulimBB). Ini diikuti oleh ucapan YB Yakob Husin (ADUN Bandar Bharu-YDP PAS Kawasan KBB) dan YB Senator Zamri Yusof (Ketua Perhubungan PKR Kedah). Turut berucap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang (DAP) YB Prof. E.Ramasamy & Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang YB Fairuz.

Kesemua mereka mengalu-alukan kesediaan DSAI untuk bertanding dalam pilihanraya kecil sebagai langkah pertama menuju Putrajaya.

Ketibaan DSAI ke Dewan CRC diberi sambutan luar dugaan. Pukulan kompang, tarian naga & india mengiringi DSAI masuk ke dewan dengan laungan gemuruh Reformasi oleh puluhan ribu rakyat yang hadir. Waktu kemuncaknya tiba apabila DSAI mengejutkan para hadirin dengan mengumumkan bahawa "Kulim hari ini mencipta sejarah dengan melahirkan bakal Perdana Menteri Malaysia ke 6..saya Anwar Ibrahim mengumumkan bertanding di Parlimen Kulim Bandar Bharu apabila kerusi ini dikosongkan nanti..'. Pengumuman mengejutkan ini disambut sorakan hebat rakyat dengan laungan takbir & reformasi oleh hadirin semua.

Gelombang kebangkitan rakyat kembali melanda. Dalam tempoh tak berapa lama, berita pengumuman tersebut tersebar keseluruh dunia melalui web TV dan internet.

Tetiba sahaja telefon saya dihujani panggilan telefon & sms yang tak hentinya sehingga saat saya menulis ini. Ramai yang bertanya mengapa saya sanggup korbankan kerusi empuk yang telah saya duduki. Jawapan saya mudah: pengorbanan saya terlalu kecil berbanding dengan masadepan rakyat & negara.

Negara memerlukan pemimpin yang boleh memacu bukan sahaja ekonomi negara.. bahkan membawa rakyat dan negara ke ketamadunan yang hebat. Pada saya, hanya Anwar Ibrahim yang mampu berbuat demikian. Ramai juga yang tanya apa habuan yang dijanjikan kepada saya..ramai yang terkejut bila saya katakan tiada apa-apa.

Saya serahkan kepada ALLAH. Rezeki datang dari ALLAH. Insya ALLAH saya yakin pengorbanan kecil saya ini tidaklah hebat berbanding pulangan yang akan diperolehi oleh rakyat dan negara.

Moga ALLAH memberkati usaha-usaha kita yang tidak seberapa ini.

Ameen..

Adios..

Singapura sudah turun, kita bila lagi ?

HARGA minyak petrol turun lagi semalam, sebanyak 10 sen setiap liter - penurunan terbesar sejak Ogos 2003. Ini kali kelima harga minyak petrol turun dalam masa 20 hari. Langkah semalam dimulakan Shell, yang kemudian diikuti Caltex, Singapore Petroleum Company (SPC) dan Mobil.

Dengan penurunan harga itu, harga minyak petrol sebelum ditolak diskaun di kedai minyak sekarang adalah $2.110 seliter bagi petrol oktana 98, $2.036 seliter bagi petrol oktana 95 dan $2.003 seliter bagi petrol oktana 92.

Harga minyak petrol premium sebelum ditolak diskaun pula adalah $2.239 seliter bagi Shell V-Power dan $2.236 seliter bagi Caltex Platinum.

Menurut para penganalisis, harga minyak petrol turun kebelakangan ini kerana kebimbangan tentang permintaan minyak semakin reda.

Harga minyak mentah mencecah paras AS$100 setong pada awal tahun ini, sebelum meningkat ke beberapa paras rekod akibat kebimbangan mengenai permintaan minyak yang terus bertambah ekoran ketegangan antara Barat dengan Iran mengenai program nuklear Teheran.

Ketidakstabilan di Nigeria, salah sebuah negara pengeluar minyak Afrika utama, turut menjadi faktor, kata para pengamat.

Harga minyak boleh jatuh ke paras AS$70 dan AS$80 setong jika dolar Amerika terus kukuh dan kebimbangan mengenai Iran berkurangan, kata ketua Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (Opec), Chakib Khelil, Sabtu lalu.


edyes wrote:

Sebuah negara yang langsung tidak mempunyai sumber emas hitam, juga tidak mempunyai sumber pertanian, sumber balak serta sumber galian lain, sudah menurunkan harga minyak beberapa kali. Boleh saya katakan rakyat Singapura sedikit sebanyak terbela dalam hal minyak ini walaupun hanya mengalami penurunan yang kecil.

Bagaimana pula dengan nasib rakyat Malaysia? Hanya melopong mendengar propaganda demi propaganda, hanya memerhati drama demi drama yang dimainkan oleh kerajaan pusat. Tiada lagi ura-ura berita tentang penurunan harga minyak di negara ini. kasihan.

Paklah kata kerajaan pimpinanya akan 'revise' harga minyak setiap bulan. Kini telah hampir dua bulan harga minyak membebani rakyat Malaysia, tiada lagi desas-desus janji itu dikota. Ini adalah janji beliau sewaktu menaikkan harga minyak di atas alasan harga minyak dunia melambung, perlu dilunaskan. Sekarang harga minyak sekitar $123 per barrel berbanding ketika paklah menaikkan harga minyak domestik iaitu $138 setong.

Adakah kerana paklah telah memberikan saguhati sebanyak RM625 bagi setiap pemilik kenderaan, maka tiada jalan untuk menurunkan harga minyak? apakah asalan ini akan digunakan oleh regim paklah?

Selepas ini, mungkin paklah akan turunkan harga minyak dalam masa terdekat. Malangnya, rebet minyak juga akan diturunkan selaras dengan penurunan harga minyak yang diumumkan. kelakar sungguh negara aku ini, dikuasai oleh pemimpin 'flip-flop' yang tunduk kepada tingkat 4 dan mat said natang.


Kickdefella : Dah Main Belakang Kot ?


Jika Dan Brown terkenal dengan Da Vinci Code, satu-satu legasi Malaysia dibawah pemerintahan Abdullah adalah jauh lebih hebat dari novel itu. Abdullah bangkit dari keruntuhan PRU12 dengan satu agenda pasca pilihanraya untuk mematikan semua yang dianggap liabiliti kepada masa depan politiknya. Dengan itu, Abdullah menghasilkan Dah Main Belakang Kot.

Premis asas Dah Main Belakang Kot ialah bagaimana untuk Abdullah meneutralkan,

1. Najib Tun Razak yang mengancam kedudukannya di dalam UMNO.
2. Memukat Anwar Ibrahim dengan meneutralkan Najib Razak dan musuh-musuh Abdullah iaitu Ghani Patail dan Musa Hassan.
3. Menghapuskan perpaduan kaum yang sudah menolak politik perkauman.

Lakaran premis ini dibuat di Jalan Bellamy dengan kerjasama jentera dari Rembau dan bekas Ketua Bahagian UMNO dari Kedah. Ini berdasarkan pengalaman bekas Ketua Bahagian tersebut.

Yang manisnya, Najib Razak pernah bertemu dengan Ketua Bahagian ini untuk memohon sokongan tetapi bekas Ketua Bahagian ini pernah bertanya, “Apa yang saya dapat dari sokongan ini?” Najib termenung dan berjanji akan memikirkan sesuatu.

Selepas PRU12, bekas Ketua Bahagian ini bertemu Abdullah dan menyerunya supaya berundur. Abdullah sebaliknya berhujah selama 90 minit tanpa terlelap mempertahankan polisinya dan mengapa dia harus kekal sebagai Presiden UMNO. Di penghujung 90 minit itu, Abdullah mendedahkan kepada bekas Ketua Bahagian tentang satu insiden yang akan berlaku pada Ogos 2008. Bekas Ketua Bahagian yang tamak ini akhirnya menyedari dia akan bertambah-tambah senang jika dia menunggang Abdullah berbanding dengan Najib lalu, dia mencadangkan supaya PAS ditonggang untuk tujuan ini supaya tuduhan memecahbelahkan Malaysia kelak dihumban pada PAS. Abdullah tersenyum mendengar cadangan itu lalu bekas Ketua Bahagian itu berkata Dah Main Belakang Kot? Dan mereka pun gelak sekuat-kuatnya mengenangkan apa yang akan berlaku.

Bagi mengangkat premis ini, Abdullah menggerakkan plotnya dengan mengumpan PAS didalam Muqabalah menerusi perjumpaan kedua di Parlimen dalam satu sessi orgi diluar aturan tabii yang dirahsiakan dari pengetahuan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO.

Pada waktu yang sama bekas Ketua Bahagian itu telah membocorkan kepada seorang broker politik Pakatan Rakyat bahawa Anwar Ibrahim akan didakwa pada Ogos 2008. Pendedahan ini dibuat tanpa pengetahuan ana-anta tetapi diatur dengan rapi supaya ia akan sampai juga pada ana-anta sebelum pertemuan seterusnya. Jelas sekarang, tujuan bekas Ketua Bahagian berbuat demikian adalah bagi meyakinkan ana-anta bahawa Pakatan Rakyat akan tumbang kerana Anwar Ibrahim akan kembali ke penjara. Ana-anta yang telah diketahui umum begitu tidak berminat dengan Anwar Ibrahim tentu lebih yakin bahawa PAS perlu tinggalkan Pakatan sebelum Pakatan tumbang.

Maka apabila pertemuan seterusnya berlatarbelakangkan senario beberapa pengakuan bersumpah yang melontarkan pelbagai dakwaan terhadap Najib Razak, Abdullah menggunakan kesempatan itu menyakinkan ana-anta bahawa dia perlukan sokongan padu orang-orang Melayu untuk membersihkan kerajaan daripada segala kotoran.

Abdullah merayu sokongan ana-anta demi Melayu dan demi Islam supaya bersamanya untuk memberikannya kekuatan untuk bertindak. Umpan ini nampaknya semakin mengena sehinggalah ia terbocor kepada media dan sehinggalah Mursyidul Am PAS terhidu sesuatu yang tidak kena.

Sebenarnya Abdullah merancang untuk membunuh Najib Razak dan menutralkan Anwar Ibrahim dengan menggunakan PAS. Tetapi PAS tidak akan main belakang. PAS bukan parti main belakang. Yang main pintu belakang hanyalah ana-anta. Yang kini sudah secara terbuka mengaku tidak mempercayai Anwar. Yang sehingga kini belum memohon maaf secara terbuka setelah di bangunan Parlimen menafikan ada perjumpaan diantara UMNO dan PAS.

Apakah Abdullah tahu bahawa Najib Razak sedang merancang sesuatu untuk mematikan Anwar Ibrahim, setelah Abdullah sendiri memberi talian hayat kepada Anwar selepas pilihanraya 2004? Lalu Abdullah bertindak bijak (sesuatu yang tidak dimilikinya) dengan menangguk di air yang dikeruhkan dengan pelbagai pendedahan Anwar dengan Najib?

Dan bagi menyakinkan rakan ana-anta bahawa mereka tidak menikam belakang Anwar Ibrahim, Abdullah lalu berjanji bahawa selepas kerjasama itu diikat, Abdullah akan menyingkirkan Najib Razak dan akan menggunakan BPR untuk mendakwa Ghani Patail dan Musa Hassan.

Dengan tersingkirnya Najib Razak dan terpecatnya Ghani Patail dam Musa Hassan, tentu sekali Anwar akan kehabisan peluru.

Tetapi mengapa Abdullah menggunakan PAS dan mengapa Abdullah tidak menggunakan PKR iaitu kenderaan politik Anwar sendiri? Jawapannya kerana ada niat jahat Abdullah untuk turut menghapuskan PAS.

Perpecahan bukan ancaman bagi Abdullah. Dalam pilihanraya 1999, Melayu juga berpecah seperti PRU 12 baru-baru ini, tetapi pada tahun 1999, orang-orang bukan Melayu dan bukan Islam, majoritinya berdiri teguh menyokong kepimpinan Barisan Nasional yang diterajui oleh Tun Dr. Mahathir.

Bagaimanapun didalam PRU 12, pengundi bukan Melayu dan bukan Islam di Semenanjung Malaysia telah majoritinya menolak Barisan Nasional. Apa yang merisaukan Abdullah dan mengapa kali ini Abdullah melihat PAS menjadi ancaman ialah kerana pengundi-pengundi bukan Melayu dan bukan Islam telah mula menolak dakyah UMNO dan BN tentang PAS. PAS kini menikmati sokongan bukan sahaja sebahagian orang Melayu tetapi juga orang-orang bukan Melayu, sesuatu yang tidak pernah dinikmati oleh UMNO tanpa Barisan Nasional.

PAS menyertai PRU12 tanpa kerjasama dengan DAP. Tetapi PAS terus menikmati kemenangan di kerusi-kerusi Parlimen yang penentunya ialah pengundi bukan Melayu. Selepas PRU 12, PAS dan DAP membuktikan mimpi ngeri UMNO dan Abdullah bahawa mereka boleh saling hormat menghormati dan menolak politik ke tepi demi melihat negeri-negeri yang BN tumpas ditadbir dengan baik.

Menerusi polisi-polisi kontroversi negeri-negeri Pakatan Rakyat, orang-orang bukan Melayu terbangkit dari segala fitnah UMNO dan BN dan memahami bahawa Islam yang sebenar-benarnya, Islam yang diperjuangkan oleh PAS adalah bukan seperti yang mereka sangkakan sebelum ini. Mereka mula menghormati perjuangan Islam kerana orang-orang bukan Melayu kini sedar Islam sebenar yang diperjuangkan PAS penuh dengan keindahan dan penghormatan yang turut mempertahankan hak orang-orang bukan Islam sebagaimana mereka mempertahankan hak orang-orang Islam.

Orang-orang PAS nampak bengis dan fanatik mempertahankan ajaran Islam tetapi pada waktu yang sama, PAS juga sebenarnya bengis dan fanatik didalam mempertahankan keadilan buat semua dan kebebasan individu bukan Islam mengamalkan ajaran agama dan kebudayaan mereka.

Oleh yang demikian, Abdullah berusaha mengembalikan pandangan kuno tentang PAS dengan mengikat PAS dengan politik cetek perkauman. Abdullah menggunakan istilah Melayu dan Islam sebagai asas Muqabalah sedangkan dibelakangnya, Abdullah meracuni ana-anta bahawa Muqabalah ini adalah bagi menghapuskan pemimpin dusta seperti Najib dan pegawai kerajaan yang menyeleweng seperti Ghani Patail dan Musa Hassan. Mungkin juga Abdullah berjanji untuk menyelamatkan Anwar dari konspirasi oleh Najib.

Abdullah tahu, ini akan menggugat perpaduan di dalam PAS dan jika berlandaskan sejarah, Abdullah masih ingat bagaimana PAS berpecah kepada Bebas Bersatu dan kemudiannya kepada Hamin dan Berjasa hasil permainan UMNO. Abdullah tahu sejarah kerapkali mengulangi diri mereka.

Lantas, selepas dia membunuh Najib dan meneutralkan Anwar, Abdullah akan melepaskan ikatan UMNO dengan PAS lantaran PAS akan terkapai-kapai mencari tapak semula sedangkan bagi pengundi yang mengundi PAS pada PRU12 akan terus ingat bagaimana PAS mengkhianati mereka menerusi permainan pintu belakang.

Pemilihan masa bagi Abdullah juga penting. Pendedahannya tentang isu Muqabalah ini segaja dibuat diwaktu ekonomi negara semakin tenat dan sewaktu kes tuduhan liwat terhadap Anwar semakin menimbulkan keraguan. Dibelakang tabir pula, Abdullah sedang menggerakkan jenteranya untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan di Perak sebeluh mesyuarat bahagian-bahagian UMNO bermula.

Isu Muqabalah diteruskan oleh Abdullah walaupun sudah dimatikan oleh Nik Aziz, kerana didalam usaha menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan di Perak, Abdullah perlu menghilangkan kepercayaan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dari Pakatan Rakyat terhadap keutuhan Pakatan Rakyat.

Mereka ditaburkan dengan fitnah bahawa PAS akan bekerjasama dengan Barisan Nasional lantaran segelintir ahli-ahli DUN dari DAP dan PKR juga akan mula berfikir apakah ada masa depan buat mereka di dalam Pakatan Rakyat.

Maka perancangan Abdullah ialah, menjelang pemilihan bahagian UMNO, berlakulah aktiviti lompat dan seterusnya menumbangkan kerajaan di Selangor dan Perak walaupun PAS tetap bersama Pakatan.

Ahli-ahli UMNO perlu bertanya kepada diri mereka, apakah mereka sedar permainan Abdullah ini yang hanya bertujuan untuk mengukuhkan dirinya sendiri dan bukan UMNO.

Akar umbi UMNO rata-rata tidak berpuas hati dengan Abdullah dan mahu dia berundur dengan segera. Tetapi Abdullah dipertahankan oleh elit-elit UMNO yang terdiri daripada ketua-ketua Bahagian dan ketua-ketua Pemuda yang kebanyakannya adalah pemaju, kontraktor, pembekal dan ahli-ahli perniagaan yang bersandarkan kepada kontrak dari Kerajaan.

Kepada akar umbi UMNO, hapuskan golongan elit UMNO ini, dan jangan risau apa yang terjadi kepada UMNO selepas itu kerana seperti kata Nik Aziz, PAS bersedia menghulurkan bantuan dengan cadangan supaya dibubarkan UMNO dan PAS akan bersatu dengan ahli-ahli UMNO di dalam satu Parti Baru yang berlandaskan Islam sebenar-benarnya.

Menerusi gabungan itu, Pakatan Rakyat akan menjadi lebih kuat untuk menubuhkan sebuah keadilan buat semua kaum dan penganut agama-agama lain.

Inilah anjakan paradigma buat politik Malaysia dan ini tidak akan berlaku tanpa penyatuan rakyat Malaysia dari yang melampaui batasan warna kulit, bahasa dan kepercayaan.


oleh sheih kickdefella

Saifool : Bontotku Masih Ketat ?

Tiada bukti Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah mengalami hubungan seks luar tabie seperti itu - demikian hasil pemeriksaan seorang doktor di sebuah hospital swasta, kira-kira empat jam sebelum membuat laporan polis sebulan lalu.

Hospital Pusrawi 280708.jpgMenurut salinan laporan perubatan terhadap bekas pembantu penasihat PKR itu, Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi mengadu mengalami "tenesmus" - kesukaran dan kesakitan membuang air besar.

Dipercayai pemuda 23 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital di Jalan Tun Razak itu kira-kira jam 2 petang pada 28 Jun sebelum diminta ke sebuah hospital kerajaan dan kemudian membuat laporan polis.

Ketika di Hospital Pusrawi, pemuda itu diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid.

Dalam laporannya itu, doktor tersebut menyatakan pesakit itu mendakwa diserang dengan dijolok bahan "plastik" di bahagian duburnya.

Mohamed Osman, seperti tercatat dalam laporannya yang direkodkan pada jam 2.14 petang, mendapati dubur Mohd Saiful "tidak mengalami pendarahan aktif", "tiada kesan ulser atau nanah", dan "tiada kesan koyak atau calar".

Beliau juga menyatakan pemuda itu kelihatan "jaga", "selesa", "tidak pucat" dan tidak menunjukkan sebarang tanda demam.


PKR Mahu Doktor Dilindungi

Setiausaha agung PKR menggesa keselamatan seorang doktor yang pernah memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilindungi oleh polis.

Datuk Salehuddin Hashim berkata parti itu berasa gusar dengan dakwaan polis telah menyiasat Dr Mohamed Osman Abdul Hamid dan kini beliau dan keluarganya "sedang bersembunyi."

"Semua jaminan mestilah diberikan untuk menjaga keselamatan dan memberikan perlindungan kepadanya," kata Salehuddin.

Beliau juga berkata pendedahan laporan pemeriksaan terhadap pemuda 23 tahun itu menambahkan keyakinan PKR bahawa dakwaan terhadap penasihat parti itu "tanpa asas dan berniat politik."

"Kewujudan laporan perubatan ini mengikis lagi keyakinan orang ramai terhadap kewibawaan laporan polis yang dibuat (oleh Mohd Saiful) terhadap Anwar, satu laporan yang hingga kini kekal penuh kerahsiaan," katanya dalam satu kenyataan.

"Kenapa laporan perubatan ini hanya muncul hari ini, sebulan selepas dakwaan itu dibuat, selepas Anwar terpaksa bermalam di lokap, dan selepas polis menghabiskan banyak masa dan wang menyiasat kes ini."

Lapuran dari RPK di Malaysia-today

Friday, July 25, 2008

PM : Tawaran Kongsi Kuasa kepada PAS!

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesahkan bahawa pertemuan pertama dengan PAS memang bertujuan menubuhkan kerajaan campuran di Selangor.

"Pada ketika itu (selepas pilihanraya), Umno ada hak untuk mencari sebarang parti untuk menubuhkan kerajaan. Jadi tidak salah untuk Umno mencari pakatan dan kerjasama dengan parti-parti lain," kata perdana menteri kepada pemberita di Putrajaya.

Menurutnya, Umno tidak ada masalah untuk berjumpa dengan mana-mana parti untuk berbincang mengenai penubuhan kerajaan Selangor. Bagaimanapun, katanya, PAS tidak bersetuju dengan cadangan Umno, tetapi bersetuju dengan Pakatan Rakyat. - Malaysiakini


edyes wrote:

Ohhhh.... Bila dah kalah teruk, baru nak berbaik-baik. Bila dah hilang 5 negeri, baru nak cerita pasal survival melayu, baru nak fikir pasal gabung-bergabung, kongsi-berkongsi.

Tak malu ke UMNO ni ? Dulu masa kuat dulu, sampai hampir merampas negeri kelantan, dengan angkuhnya mengumumkan bakal menteri besar kelantan dari UMNO. Sekarang bila dah nak karam, baru nak ajak berkawan? Macam ini punya orang pun kita nak percaya ke..?

UMNO Terdesak !

Itulah perkataan yang paling sesuai menggambarkan keadaan parti itu sekarang.

Dengar sini wahai UMNO. Jika ditakdirkan parti UMNO lupus dari muka bumi ini, kita orang-orang melayu akan tetap hidup malah lebih efisyen dari apa yang sedia ada. Kita ada Allah, kita percaya dengan janji-janji Allah bagi mereka yang memperjuangkan agamanya.

Sejarah telahpun membuktikan dengan landasan Islam, umat akan menjadi lebih kuat dan hebat. Seperti juga pada zaman kegemilangan Islam di mana kita menguasai separuh dunia dari negara China hingga ke Andalusia. Hebatnya umat Islam ketika itu adalah kerana pegangan agamanya, kerana perjuangan di jalan Allah.

Oleh demikian, jika paklah fikir bahawa pengumuman pertemuan tiga kali UMNO-PAS pada Ahad lalu berjaya mengucar-kacirkan barisan PAS, adalah menjadi satu kesilapan jika paklah mengulangi propaganda yang sama. Tidakkah paklah fikir idea lain? Hanya menambahkan lagi serangan di sudut yang sama sedangkan PAS semakin kuat dengan menjadikan kesilapan lalu sebagai pengajaran.

Pakatan Rakyat tetap akan bersatu. Usaha paklah untuk memutar serangan yang sama pasti tidak akan berjaya. Jangan sekali-kali memandang rendah keupayaan Pakatan Rakyat. Semakin paklah bersuara tentang muzakarah, semakin kita bersatu hati menentang dakyah dan cubaan memecah belah.

Paklah tak perlu saiko lagi. Walaupun serangan pertama memberi sedikit kesan, serangan kedua pula pasti akan kami tunggu dengan siap sedia.

Akhirnya Paklah Mengalah - Mercedes untuk T'ganu

Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membenarkan kerajaan Terengganu memakai kereta Mercedes untuk kegunaan barisan exconya.

Keputusan itu, yang bercanggah dengan amalan biasa yang hanya membenarkan kenderaan nasional Proton Perdana V6 Executive, diumumkan hari ini. - Malaysiakini

edyes wrote:

So, lepas nie negeri mana pulak yang akan gunakan alasan yang sama?

Maka akan melompatlah para exco-exco kerajaan negeri kerana bakal memperolehi sebuah kenderaan yang 'selamat'. Dengan menggunakan wang rakyat, mereka tanpa rasa bersalah mementingkan diri sendiri.

Di sebalik langkah kerajaan P.Pinang yang menolak pembelian kenderaan baru, juga di sebalik penjimatan yang dilakukan oleh semua negeri pakatan rakyat dalam memperjuangkan nasib rakyat, kerajaan BN pula membenarkan pembaziran yang amat jelas.

Kenapa Mercedes ? Kenapa tidak tukar kepada Waja yang lebih jimat dari segi kos penyelenggaraan? Setiap hari kita mendengar pepatah "Ubah Gaya Hidup", dan nampak gayanya, kerajaan negeri Terengganu memulakan langkah itu dengan baik sekali. Ubah gaya dari kenderaan mewah kepada kenderaan yang lebih lebih lebih mewah. Tahniah !

Ingatlah wahai rakyat, walaupun bukan 'wang royalti' yang digunakan ke arah Mercedes tersebut, walaupun menggunakan wang dan harta kerajaan negeri, sedarkah kita bahawa wang yang digunakan itu adalah wang rakyat ? sedar ka?

Kita bersusah payah menaiki kenderaan NASIONAL yang kononya mudah rosak dan tinggi kos penyelenggaraan, Wakil-wakil rakyat pula 'berkorban' dengan menggunakan kenderaan yang penyelenggaraanya berkos rendah dan tidak mudah rosak...

Bila kerajaan BN tumbang nanti, kita akan lelong setiap Mercedes itu dengan harga RM200k. Sudah tentu harga itu murah kerana ianya bebas cukai. Hasil dari lelong itu akan kita gunakan untuk membangunkan rumah kos rendah untuk rakyat terengganu. InsyaAllah.

Wednesday, July 23, 2008

Anwar Sedia Bertanding di Kulim

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baru jika pilihanraya kecil diadakan di situ.

Katanya, beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada penyandangnya dari PKR, Zulkifli Nordin. Mahkamah Pilihanraya akan mendengar petisyen yang dikemukakan oleh calon Barisan Nasional (BN) untuk membatalkan keputusan pilihanraya bagi kerusi tersebut.

Menurut mantan timbalan perdana menteri itu, Zulkifli telah menyatakan persetujuan untuk memberi laluan kepadanya bertanding di kerusi tersebut.-Malaysiakini

edyes wrote:

Anwar telah bebas daripada tempoh larangan berpolitik pada 1 April 2008 lalu. Kini, beliau berdepan dengan tuduhan liwat versi ke-2 pula.

Dalam pada itu, Anwar menyeru kepada pihak polis supaya kes liwat ini ditutup kerana tiada bukti yang kukuh dan pendakwaan yang begitu lemah. Kerajaan seharusnya memberi laluan kepada DSAI untuk bertanding di PRU kecil dalam masa terdekat. Setelah lebih dari 5 tahun DSAI dilarang untuk terlibat dalam politik, inilah masanya untuk beliau tampil bertanding sebagai calon PKR di Kulim Bandar Baharu.

Bekas ahli parlimen Kulim BB, Zulkifli telah bersetuju untuk memberi laluan kepada bosnya untuk bertanding di kerusi tersebut.

Sebagai rakyat, Anwar berhak diberi peluang untuk bertanding. Biarlah kes lemah liwat itu digugurkan supaya beliau dapat bertanding. Janganlah gunakan taktik kotor demi menghalang DSAI bertanding. Berdirilah seperti anak jantan, wahai kerajaan Malaysia.

RM175,229.97 servis Perdana ??


KUALA TERENGGANU 22 Julai – Kos menyenggara Proton Perdana V6 Executive yang dibayar oleh kerajaan Terengganu pernah mencecah RM175,229.97 dan RM132,357.76 sebuah untuk tempoh empat tahun.


edyes wrote:

GILA. Baik Tukar kereta tiap-tiap tahun, tak payah service. Kereta yang dah pakai setahun tu, boleh trade-in.

Tolong lah jangan buat cerita kartun kat sini. Kalau nak menipu pun, bagi lah alasan yang munahsabah, yang diterima logic akal walaupun menipu. Apa dah tebiat sangat ke nak pakai kereta German tu...?

RM175 229 bahagi 4 tahun bersamaan RM43 807. Dibahagikan pula kepada 4, kerana standard seervice kereta ialah setiap 3 bulan.

Service 4 Tahun = RM175 229
Service 1 Tahun = RM43 807
Service 3 Bulan sekali = RM10 951

Aku service waja 6 bulan sekali baru habis dalam RM 350 paling tinggi pun. Apa yang mahalnya service 3 bulan untuk kereta Perdana V6? Kenapa sekali service (3 bulan interval) makan sampai 11ribu?? Siapa tuan kedai workshop tu..? cuba check adik beradik sapa..? sepupu sepapat sapa? Pembaziran macam nie kita anggap sebagai salah satu ketirisan yang berlaku dalam kerajaan sejak dulu, kini dan mungkin selamanya.

Oleh demikian, perkara ini harus dijadikan iktibar. Kepada semua bakal pengundi PRU13, sila fikir-fikirkan keadaan ini. Melainkan jika kamu ialah tuan punya workshop tersebut, atau pemegang 10 permit teksi yang makan duit atas angin, mungkin kamu takkan berfikir untuk ini.

Quote: Luahan terhadap Nasha

BERITA ASAL

NASHARUDIN Mat Isa, PAS deputy president, is a neat, well-dressed man. Unlike many of the opposition MPs, Nasharuddin does not come across as a street activist.

His spoken English is exact and he conducts himself in a manner that is both calm and statesman-like, selecting his words with extreme care. This is a very polished and considered politician.

With talk circulating across the country about the possibility of an Umno-PAS tie-up, Nasharudin’s pronouncements have attracted greater scrutiny, especially since he is viewed (along with figures such as Mustafa Ali, Terengganu PAS chief, and Hassan Ali, Selangor PAS chief) as a more Umno-inclined, PAS leader.

When asked about the talk of the collaboration, he tells me: “I was mandated by the Syura Council of Ullama after the general election to explore and to look at the political landscape with anyone and anywhere.

Selanjutnya

LUAHAN RASA SI ANON

When Nash Mat Isa says he is not aware of Anwar's popularity like the case was in 1998, I want you to ask him the one question: how do you know that and what did PAS do to achieve the results it couldn't when Anwar was "popular" going by what Nasha says? He must be a stupid and a traitor. Were it not for Anwar, PAS would go no where and every body knows that. Let me examine the issues that were fought over the elections:

1. Lingam Gate: Did PAS contribute to the anger that was created after this video was released? No. It was Anwar but the anger that he created benefited PAS through votes from Malays and non-Malays.

2. The unfinished business of 1998. Many Malays havn't forgiven UMNO for the 1998 episode and when they saw Anwar on the campaign trail, they switched on to the opposition.

3. Convincing the Chinese to vote for PAS. The creation of New Malaysian Economic Policy made many Chinese and Indians switch to PAS wherever it stood and thus won. Did PAS create this "ploy" to win? No. But they benefited from it.

4. BN Media Character Assassination. It was Anwar who bore the brunt of BN media when we were going into the elections and many Malays got aghast at this mistreatment. It translated into votes that benefited PAS. Was it Nasha mat Isa who suffered? No. But he won through the sufferings of others, yet he talks cock. Traitor to PAS and to Islam indeed.

5. DAP-PAS electrol pact. The two would have never met face to face, it was Anwar who helped them meet and share the seats so that they take on BN one on one and help each other. Was he the one who created that atmosphere?

6. Bringing liberal Malays to support PAS rather than UMNO. The anger that was created by showing the failure of NEP, the judiciary and other institutions made the learned liberal Malays vote for PAS rather than UMNO. But it wasn't PAS that created that awareness and anger and it was not PAS that suffered injustice at the state institutions, yet PAS benefited from it and thus votes.

7. Anwar was the one who campaigned for PAS candidates in all states and convinced the non-Malays that was PAS was the better choice. He campaigned for Dr Lulu, Maria Siti, Samad and many more in other states, they won. Now Mat Isa talks as if PAS was popular in itself and won like that. Stupid. Be careful boy.

8. There are many other issues that were fought over the elections and none of it was created by PAS, yet it reaped the benefits and Mat isa talks as if he was the one who achieved the results. Can someone talk to this idiot. Where is Husam so that he takes over? Sore loser and traitor to PAS.

Anon

Tuesday, July 22, 2008

Ulasan : Press Confrence Nasharuddin Mat Isa

Timbalan presiden PAS telah ditemuraham hari ini oleh the star.

Saya tidak akan ulas berita tersebut tetapi saya panjangkan ke blog abang saya iaitu Abang Bakaq si penarik beca.

Ulasan tersebut di bawah entri "Aku Seorang Turutkan Hati"

sila ke sana. Terima Kasih.

K.Faizi : Apabila Hati Sudah Terguris...

Saya pasti, banyak hati yang terguris dengan apa yang berlaku sejak petang semalam. Bermula dengan pendedahan Pak Lah bahawa terdapat pimpinan PAS yang datang bertemu dengan beliau untuk tujuan muzakarah, kenyataan Presiden PAS pada tengah malam semalam yang mengakui bahawa telah ada pertemuan yang dibuat untuk bertemu dengan Pak Lah dan kenyataan Tuan Guru Mursyidul Am PAS yang minta muzakarah ini dihentikan segera.

selanjutnya di sini

edyes wrote:
>
Kita semua sudah nampak permainan UMNO. Ini bukan kali pertama PAS terperangkap dengan UMNO. Sudah jelas dan terang, paklah sendiri yang memerangkap PAS dengan pengumuman yang menimbulkan kecelaruan di kalangan ahli dan pimpinan PAS.
>
Suka atau tidak, terima atau tidak, UMNO telah berjaya untuk seketika. Keikhlasan paklah dalam menjayakan 'muzakarah demi melayu dan Islam' berkecai sama sekali apabila mengumumkan dengan bangganya bahawa pertemuan telah diadakan sebanyak tiga kali.
>
Saya anggap alasan PAS kononnya pertemuan selepas 8 Mac itu adalah bagi memberi jalan kepada Pakatan Rakyat Selangor membentuk kerajaan adalah mirip alasan UMNO dalam menyelamatkan pelbagai keadaan. Maaf kata, saya bukan menghina, tetapi sememangnya mirip.
>
Jika paklah tidak membuat kejutan kelmarin pada pengumuman pertemuan tiga kali itu, sudah tentu sehingga hari ini 'muzakarah' berjalan lancar dan ada hasilnya. Tetapi paklah mengambil jalan singkat yang memberi impak besar kepada kepimpinan PAS sekaligus mendapat kemenangan 'moral'.
>
Inilah satu penipuan ala perang siffin bak kata seorang rakan. Apabila Quran dijunjung, pintu dibuka, atas nama melayu dan Islam, keikhlasan entah ke mana, perangkap tersedia.
>
Namun bergitu, kecekalan TGNA dalam isu ini amatlah dihargai. Keputusan TGNA mengarahkan tiada lagi sebarang 'muzakarah' bersama UMNO selepas ini. Saya sokong Tuan Guru Nik Aziz sepenuhnya walaupun saya bukan ahli PAS. Mengapa menolong buaya yang sedang lemas.
>
Bak kata Sheih kickdefella, adalah lebih baik PAS bermuzakarah dengan DAP dalam menerangkan betapa adilnya pemerintahan Islam itu. Bukankah itu juga satu dakwah yang dituntut. Hebatnya Islam !
>
TAKBIR !

Berapa keuntungan Petronas Tahun 2008?

Berapa keuntungan Petronas untuk Tahun Kewangan 2008?

Keuntungan sebelum cukai Kumpulan Petronas untuk tahun kewangan 2008 ialah RM95.5 Billion dan keuntungan bersih selepas cukai ialah RM61.0 Billion.
a


Berapa royalty yang di bayar oleh Petronas kepada pihak kerajaan?

Royalti yang telah dibayar oleh pihak petronas kepada kerajaan ialah RM67.6 Billion. Nilai ini termasuk segala cukai yang telah dibayar oleh Petronas kepada kerajaan. Ini juga bermakna, Petronas telah membayar sebanyak RM403.3 Billion kepada kerajaan sejak Petronas mula beroperasi.

Bagaimana pula pecahan pembayaran oleh Petronas kepada kerajaan itu dibuat?

Sila rujuk rajah dibawah. Dari RM67.6 billion diatas telah mewakili 63.1% dari keuntungan petronas. Ini juga bermakna, kerajaan memperolehi pendapat yang sangat besar dari urus niaga Petronas.
Adakah kenaikan harga minyak mentah dunia mempengaruhi pendapatan / keuntungan petronas dan negara?

Benar, kenaikan harga minyak mentah dunia telah memberi pendapatan tambahan sebanyak RM14.9 Billion kepada Petronas.

Kenaikan harga minyak mentah dunia juga telah mempengaruhi harga produk-produk petroleum lain dan ini telah menyumbangkan sebanyak RM29.6 Billion pendapatan tambahan kepada Petronas.

Jadi, secara langsung, peningkatan pendapatan petronas telah menambah hasil kepada kerajaan juga

Benarkah minyak mentah Malaysia bermutu tinggi dan dijual lebih mahal dari harga di pasaran dunia
?

Benar, minyak mentah Malaysia ada bermutu tinggi kerana mempunyai kandungan sulfur yang lebih rendah dan dijual lebih mahal dari harga pasaran dunia.

Pasaran minyak mentah dunia diniagakan di pasaran terbuka seperti di Brent, London dan Western Texas Intermediate (WTI), US.

Produk Malaysia, Tapis Blend dijual melebihi USD5 setong dari kedua-dua pasaran diatas, malah, minyak mentah Malaysia (MCO) yang lain turut dijual dengan harga yang lebih tinggi dari pasaran kerana mempunyai quality yang lebih baik.

Benarkah Malaysia akan menjadi negara pengimport minyak pada tahun 2011?


Benar, jika berdasarkan kepada pengeluaran yang ada sekarang dan trend peningkatan permintaan di dalam negara. Pada tahun 2011, pengeluaran minyak negara sudah tidak dapat menampung keperluan di dalam negara.

Namum begitu, masalah ini dapat diatasi jikalau ada penemuan telaga-telaga baru. Penerokaan dan pengeluaran (E&P) laut dalam baru sahaja bermula dimana teknologi ini masih baru dan sedang dilaksakan secara rancak di seluruh dunia.

Di Malaysia, pengeluaran laut dalam (deepwater production) baru sahaja dimulakan pada September tahun lalu di Lapangan Kikeh, Sabah. Contoh tempat-tempat lain yang telah memulakannya E&P di laut dalam ialah seperti di Akpo (Nigeria), Kizomba (Anggola) dan Cascade-Chinook (Teluk Mexico).
Petronas juga ada memulakan E&P di 30 negara lain seperti di Malaysia-Thailand Joint Development Area (di sempadan Kelantan), Sudan dan Vietnam.

Berita baik ialah, Petronas masih mempunyai Nisbah Penggantian Simpanan yang positif. Ini bermakna, setiap tong yang dikeluarkan dari perut bumi, Petronas masih berjaya menggantikannya dengan jumlah simpanan yang lebih besar untuk masa hadapan (melalui kaedah penemuan telaga baru).

Malaysia ni negara kecil sahaja, minyak bukan banyak sangat pun, berapa lama lagi kita nak bergantung kepada Petronas?


Betul, Malaysia cuma sebuah negara kecil berbanding negara-negara pengeluar minyak yang lain. Dari segi rekod, simpanan minyak mentah dan condensate negara cuma berada di kedudukan ke-23 dan simpanan gas asli berara di kedudukan ke 14 seluruh dunia.
Akan tetapi, pendapatan Petronas sebahagian besarnya adalah disumbangkan dari aktiviti luar negara.

Jadi, tidak perlulah dibimbangkan tentang simpanan dan operasi minyak dan gas di dalam negara. Malah, secara purata di dalam 5 tahun, peningkatan pendapaan dari operasi antarabangsa petronas meningkat sebanyak 27.5% setahun.

Di mana kedudukan Petronas berbanding dengan syarikat-syarikat minyak besar yang lain?


Menurut Fortune 500, petronas berada di kedudukan no 5 dari segi jumlah keuntungan di dalam industri petroleum untuk tahun kewangan 2008.
Namun begitu, saya pikirkan, kedudukan petronas akan bertambah lagi baik jikalau keuntungan pendapatan mereka dapat di laburkan semula.

Untuk rekod sekali lagi, hanya 29.2% sahaja keuntungan petronas dilaburkan semula, jauh lebih kecil dari syarikat-syarikat minyak gergasi lain yang melaburkan semula hasil keuntungan mereka yang secara puratanya lebih 50% atau syarikat-syarikat minyak milik kerajaan negara lain yang melaburkannya semula lebih 70%.


Subsidi : Berapakah yang rakyat terima?


Tiada angka rasmi jumlah subsidi petrol/diesel dikeluarkan didalam laposan tersebut. Saya mengambil petrol/diesel ini kerana, turun naik harganya sangat memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Harga keperluan semasa sangat-sangat bergantung kepada harga petrol atau diesel.

Namum begitu, untuk subsidi gas, Pengeluar Kuasa Bebas (Independent Power Producer - IPP) adalah penerima subsidi gas terbesar negara iaitu sebanyak Rm8.1 Billion. Jika dikumpulkan sejak tahun 1997, sebanyak RM35.7 Billion telah diberikan secara subsidi kepada IPP.

Maka, saya terfikir, alangkah eloknya jikalau kerajaan dapat menarik sedikit subsidi yang diberikan kepada IPP untuk menampung subsidi yang diberikan kepada petrol. Dengan ini, mungkin harga runcit petrol/diesel dapat dikurangkan dan akan memberi manfaat yang besar kepada rakyat.

Sepanjang pengetahuan saya, IPP memperolehi keuntungan yang sangat besar setiap tahun hasil dari cukai kerajaan yang rendah. Antara IPP di Malaysia ialah YTL Power milik Tan Sri Francis Yeoh Tiang Lay (rakyat Malaysia).

Penutup

Semua yang saya tulis diatas adalah bedasarkan pemahaman saya kepada laporon yang dikeluarkan oleh petronas dan isu-isu semasa yang berlegar sekarang. Jikalau fakta yang saya berikan ini kurang tepat atau tidak betul, sila perbetulkan.

Sekian"

Oleh : Lord Azaab

Monday, July 21, 2008

Gempar !! Gagasan UMNO-PAS !

Sebelum saudara membaca arkikel ini, saya memohon maaf jika penyebaran artikel ini bakal menimbulkan kecelaruan. Saya mahukan kesahihan!

Ya Allah, Kau peliharalah ketabahan ahli dan pemimpin PAS dalam mengharungi arus reformasi ini, dalam memperjuangkan agamaMu. Tabahkan pemimpin kami dari ketamakkan kuasa yang sementara.

artikel oleh Ahli PAS Dalaman

Artikel ini mengandungi pendedahan kepada dalang-dalang yang sekarang ini berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan masuk ke dalam BArisan Nasional.

Kemuncak dari usaha ini adalah perjumpaan antara Najib Tun Razak bersama Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Cikgu Mustafa Ali di London. Najib Tun Razak telah menyatakan tawaran mereka kepada PAS.

Tawaran tersebut adalah:

a. Jawatan Menteri Besar kepada PAS di Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan.
b. Jawatan exco kepada PAS di Terengganu, Pahang, Perlis dan Johor.
c. PAS akan mendapat kesemua kerusi yang dimenangi oleh PKR dan DAP untuk ditandingi dalam PRU ke-13 kelak.
d. PAS akan mendapat jawatan Timbalan Perdana Menteri ke 2
e. PAS akan diberikan 5 jawatan Menteri Kabinet penuh
f. Sejumlah jawatan Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen
g. Sejumlah jawatan Senator dan Ahli Majlis dalam GLC
h. Dan berbagai2 lagi tawaran yang dibuat.

Usaha untuk membawa PAS masuk Barisan Nasional adalah didalangi oleh dua jenis pimpinan dalam PAS:

a. Mereka yang sudah menghampiri zaman akhir hayat politik mereka dalam PAS
b. Mereka yang terlampau kepingin jawatan dalam PAS

Mereka yang sudah hamper jangkahayat politik mereka adalah:

1. Cikgu Mustafa Ali: Beliau adalah dalang no wahid dalam usaha ini. Oleh kerena jangkahayat politiknya sudah menghampiri noktah akhir, maka beliau perlu untuk melakukan sesuatu yang drastik
a. Beliau telah dijanjikan jawatan Senator seterusnya duduk semula dalam Kabinet sekiranya PAS bersetuju untuk masuk Barisan Nasional
b. Beliaulah yang menjadi “contact point” utama antara UMNO dan PAS dan beliau bertanggungjawab.
c. Malahan, Mustafa Ali adalah orang yang memulakan usaha berjumpa dengan UMNO bagi membincangkan kerjasama UMNO-PAS dan kemasukan PAS ke BN.
d. Segala temujanji dan perjumpaan termasuk perjumpaan di London adalah atas usaha Mustafa Ali
e. Beliau sekarang ini mengasak Presiden parti, Tuan Guru Haji Abdul Hadi bagi membolehkan Presiden parti menggerakkan PAS menyertai BN
f. Lihatlah betapa sukanya UMNO kepada Mustafa Ali sehingga UMNO sedia memberikan hak penerbitan Harakah dua kali seminggu hanya kerana Mustafa Ali dilihat sebagai “kawan” kepada UMNO
g. Hanya Mustafa Ali sahaja yang telah membawa Perhubungan Negeri pimpinan beliau berjumpa dengan Menteri Besar UMNO. Sedangkan Menteri Besar UMNO di Terengganu lebih zalim kepada PAS berbanding dengan DAP dan PKR. Jelas betapa rendahnya taraf Mustafa Ali sanggup menjual maruah beliau demi kepentingan politik pribadi beliau.

2. Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman: Beliau juga sudah menghampiri zaman gelap beliau dan memerlukan satu kejutan usaha yang begitu kuat bagi menyelamatkan karier politik beliau.
a. Beliau sudah tidak ada apa2 lagi dalam PAS Kelantan dan dalam kerajaan Kelantan
b. Jawatan Ahli Parlimen ini hanya sekadar jawatan terakhir sebelum beliau bersara secara terus dari politik
c. Ini adalah peluang beliau untuk membuat “comeback” dlm politik kerana ada jawatan tertentu yang dijanjikan kepada beliau

3. Ustaz Harun Taib: Semenjak kekalahan beliau di dalam merebut jawatan Timbalan Presiden, beliau sudah semakin dilupakan. Khabarnya, beliau dijanjikan jawatan exco sekiranya PAS masuk semula ke dalam BN. Oleh kerana itulah beliau adalah antara ang begitu kuat berusaha di dalam membawa PAS ke dalam Barisan Nasional.
a. Beliau berjaya mempengaruhi Dewan Ulama PAS Pusat bagi menyokong usaha kerjasama ini.
b. Beliau juga berjaya mempengaruhi Dewan Muslimat PAS Pusat melalui isteri beliau yang menjadi Ketua Dewan Muslimat Terengganu.

Dan, antara mereka yang terlibat kerana kepingin jawatan adalah:

1. Dato Dr. Hasan Ali: Beliau sememangnya terlampau kepingin jawatan Menteri Besar Selangor.
a. Malahan semenjak malam pengisytiharan keputusan PRU ke 11 lagi, beliau sudahpun menghubungi Khir Toyo bagi tujuan untuk membina sebuah kerajaan campuran PAS-UMNO di peringkat Selangor.
b. Malangnya, usaha beliau gagal kerana Tuan Guru Presiden tidak bersetuju sama sekali
c. Selepas usaha pertama gagal, beliau secara berterusan meracuni pemikiran Presiden dengan membawa khabar-khabar yang tidak benar berkenaan kerajaan negeri Selangor.
d. Beliau cuba memberi gambaran kepada Tuan Guru Presiden kononnya kerajaan Negeri Selangor sedang dalam usaha untuk mengkhianati Melayu dan Islam. Sedangkan cerita2 beliau tidak lebih dari penipuan dan separuh benar.
e. Dato’ Hasan Ali masih menaruh harapan untuk menjadi Menteri Besar dan beliau tidak kesah kalau kerajaan Pakatan Rakyat jatuh.
f. Sedangkan kebanyakan polisi kerajaan Selangor ini adalah mirip kepada polisi kerajaan Kelantan dan polisi PAS.
g. Tuan Guru Presiden baru sahaja memberi temuramah dengan majalah Siasah yang mana Tuan Guru telah mengkritik kerajaan Selangor dengan begitu hebat berdasarkan maklumat salah yang diberikan oleh Dato Hasan Ali kepada beliau.

2. Ustaz Nasaruddin Mat Isa: Beliau semenjak dahulu senang diperngaruhi oleh Mustafa Ali. Kali ini, bukan sahaja Mustafa Ali mempengaruhi beliau, tetapi beliau juga telah dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri ke Dua.
a. Beliau adalah antara yang terlibat berjumpa dengan Najib Tun Razak di London padahal beliau telah dinasihatkan jangan berbuat demikian.
b. Ustaz Nasaruddin juga dilihat sentiasa bersama-sama dengan Ahli Parlimen UMNO semasa di Parlimen berbanding menghabiskan masa beliau bersama MP PAS atau PR.
c. Sewaktu Anwar dituduh meliwat dan ditangkap pun beliau masih diliat begitu mesra bersama-sama MP UMNO/BN berbanding dengan MP PR.
d. Ustaz Nasaruddin seharusnya faham bahawa beliau sedang dipergunakan oleh Mustafa Ali yang mana Mustafa Ali tidak pernah menghormati beliau sebagai pemimpin.

Nasib baiklah pimpinan Ikhwan telah menyatakan rasa tidak senang hati mereka terhadap cadangan puak2 ini untuk menyertai UMNO dan Barisan Nasional. Juga, antara yang menentang cadangan ini adalah Mursyidul Am sendiri, Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tok Guru amat tidak bersetuju dengan usaha ini kerana:

a. UMNO akan belot kepada PAS seperti yang mereka pernah lakukan dahulu. PAS adalah saingan kepada UMNO. Sekiranya UMNO sudah kembali gagah dan perkasa, apa perlu lagi UMNO kepada PAS. Dan, PAS kelak terpaksa dibersihkan oleh UMNO kerana PAS adalah saingan semula jadi UMNO
b. PAS juga akan mungkir janji kepada mereka yang memberi mandat kepada PAS, terutamanya orang bukan Islam yang telah mula berjinak dengan PAS. Sifat mungkir janji bukan sifat yang diajar oleh Islam

Saya amat yakin majoriti ahli PAS tidak bersetuju dengan tindakan drastik ini. Tindakan ini adalah satu tindakan yang tidak matang, begitu bersifat khianat dan juga bersifat mungkir janji kepada mereka yang mengundi kita.

Juga, UMNO itu sendiri tidak boleh dipercayai dan kekalahan mereka baru-baru ini adalah disebabkan sifat korup dan zalim mereka. Tiada apa yang PAS dapat capai sekiranya PAS mengikut kehendak UMNO selain dari mengekalkan sebuah rejim yang korup dan tidak berguna seperti UMNO.

PAS juga akan kehilangan kepercayaan orang bukan Islam buat selamanya sekiranya PAS mengkhianati kepercaayan mereka. Dan apabila PAS dikhianati oleh UMNO nanti, dimanakah PAS akan bergantung harap?

Hujjah Ustaz Nik Aziz itu amat benar. PAS telah pun dikhianati sekali, tiada jaminan yang PAS tidak akan dikhianati sekali lagi.

Marilah kita semua ahli PAS mengambil tindakan yang drastik bagi memastikan pimpinan kita tidak mengkhianati kepercayaan yang kelak akan merugikan PAS di masa hadapan.

PAS harus disedarkan bahawa PAS adalah sebuah parti yang berpegang teguh dengan janji dan PAS tidak seharusnya memungkiri janji mereka.

Ahli PAS Dalaman

21.07.2008

SETELAH MENTELAAH ARTIKEL INI BEBERAPA KALI, SAYA MENDAPATI ARTIKEL INI PENUH DENGAN HASUTAN, FITNAH DAN PEMECAHBELAHAN. IA BOLEH SAMA SEKALI MENGHANCURKAN PAS JIKA DITERIMA SECARA DANGKAL.

SAYA ANGGAP ARTIKEL INI SATU DARI PROPAGANDA BESAR BN, BERMOTIF UNTUK MENJATUHKAN PAS DAN PAKATAN RAKYAT ! JUGA MENGUMPAN ATAS NAMA PAS SUPAYA ARTIKEL INI MUDAH DISEBARKAN.

PUN BEGITU, TIDAK SALAH KITA MEMBACA ARTIKEL INI BERSAMA ISTIQAMAH YANG KUAT.

Bagaimana Ia Bermula dan Bagaimana Ia Berakhir

Bagaimana Ia Bermula

Mengulas sebab jemputan itu dibuat oleh Umno, Abd Khalid berkata, ia bermula dengan kerisauan Umno akibat kemenangan besar DAP di Selangor dan hubungannya dengan nasib orang Melayu.


Bagaimana Ia Berakhir

Namun, kata Abd Khalid lagi, keikhlasan perdana menteri untuk membincangkan kepentingan Melayu dan Islam "hancur" selepas mengumumkan tentang pertemuan ini semalam.


TGNA kata : Jangan Babitkan Parti ! full stop.

Close Poll - Debat: Hujah Siapa Lebih Konkrit Dan Penuh Fakta ?

Setelah cukup 5 hari, saya menutup poll berkenaan;

Debat : Hujah Siapa Lebih Konkrit Dan Penuh Fakta ?

Anwar Ibrahim : 670 undi (94%)
Ahmad Shabery : 49 undi (6%)

Jumlah Undi : 719

Kesimpulan;

1. Shabery berhak untuk diberi peluang berdebat dengan Anwar, tetapi tidak banyak fakta yang berjaya diketengahkan oleh beliau melainkan sejarah pembabitan Anwar dalam politik tanah air.

2. Sebagai Menteri Penerangan Malaysia, Shabery gagal menerangkan kepada umum mengenai dasar "Mengapa harga minyak tidak dapat dielakkan".

3. Anwar berjaya walaupun dalam masa yang amat singkat, menjelaskan bahawa ada peluang untuk harga minyak itu diturunkan walaupun dalam keadaan beliau belum menjadi Perdana Menteri.

4. Anwar banyak menyentuh perkara tajuk dengan membawa kita ke medan kelas bawahan seperti petani dan nelayan yang amat-amat memerlukan perhatian khusus dari kerajaan di waktu kenaikkan harga minyak yang mendadak ini.

5. Sepatutnya tajuk debat ini ditukar kepada "Hari ini dalam sejarah" atau "Hari ini berdebat, esok kena tangkap ala terorist"

Anwar ke BPR lagi

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambung keterangan di ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini berhubung pemalsuan bukti kesnya 10 tahun lalu yang didakwa dilakukan oleh ketua polis negara dan peguam negara.

Berbanding keterangan minggu lalu, sejurus sebelum beliau ditahan polis bagi siasatan kes dakwaan meliwat, sesi kali ini dijangka lebih panjang, kemungkinannya sehingga selepas tengah hari.

edyes wrote:

Jika pada minggu lalu, DSAI meminta izin untuk keluar lebih awal demi menghadirkan diri ke IPK tepat pada masanya, kini Anwar kembali ke BPR lagi bagi memperincikan segala maklumat kepalsuan bukti kesnya pada tahun 1998 yang lalu. Anwar kemudianya ditangkap sebagai penjenayah besar sewaktu dalam perjalanan pulang untuk solat dan makan tengahari bersama keluarga.

Sesi yang dijangka lebih panjang ini amatlah diharapkan kepada badan 'bebas' seperti BPR untuk tidak mensia-siakan segala maklumat dan bukti yang telah diberi. Bila lagi masanya untuk BPR buktikan ketelusan badan tersebut di mata dunia. Ayuh BPR, sedarlah bahawa kerajaan BN telah nazak buat masa ini, tidak salah jika BPR bertindak dengan telus sekali ! sekali sahaja...

Saya tertanya-tanya, mengapa kerajaan berpendirian bahawa Musa dan Gani dikecualikan dari sebarang siasatan ?

TGNA : Pertemuan Jangan Babitkan Parti !

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemimpin kanan parti, yang membuat pertemuan dengan pemimpin Umno, hanya boleh mengadakan pertemuan membabitkan perbincangan peribadi dan bukannya membabitkan isu politik kedua-dua parti.

Namun Menteri Besar Kelantan itu menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan pemimpin Umno untuk membincangkan isu agama atas kapasiti peribadi tetapi tidak atas nama parti.

Nik Abdul Aziz menyatakan pendiriannya bahawa beliau hanya boleh menerima jika pemimpin Pas bertemu dengan pemimpin Umno atas urusan peribadi seperti menyentuh isu agama yang memberi manfaat dalam membaiki sahsiah diri.

Beliau menolak sebarang tindakan bagi pihak pemimpin Pas untuk mengadakan pertemuan dengan Umno bagi membincangkan isu parti.

“Kalau nak jumpa jangan jumpa dengan parti. Bagi saya untuk mengadakan pertemuan antara individu dan individu, saya setuju,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini bahawa pertemuan bersama Pas sebenarnya telah diadakan sebanyak tiga kali dengan membincangkan beberapa isu yang berkait rapat dengan keagamaan.

Nik Aziz berkata beliau sendiri tidak tahu mengenai pertemuan tiga kali itu namun beliau pernah dimaklumkan sememangnya pernah wujud pertemuan antara Umno dan Pas tetapi lebih kepada isu agama dan peribadi.

Beliau berkata, pertemuan antara parti dengan parti atau antara Umno dan Pas tidak perlu diadakan kerana sudah terbukti dengan perjanjian yang dibuat pada tahun 70-an, ketika era Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein, Pas telah ditendang daripada parti gabungan.

“Jadi bagi saya untuk mengadakan pertemuan antara individu dengan individu saya setuju, dapat menyampaikan Islam secara langsung kepada individu terbabit,” katanya.

Mengenai muzakarah yang disarankan beliau, Nik Aziz berkata perlu ada orang ketiga sebagai Hakkam yang mengadilkan pertemuan itu sebagaimana perbincangan antara dua negara berjiran perlukan kepada negara ketiga.

“Kalau di peringkat dunia berbalah dan perbincangan yang hendak diadakan perlu pihak ketiga, PPB (Pertubuhan Bangsa-Bersatu)lah yang terbaik,” katanya.

Beliau tidak berminat untuk mengadakan pertemuan dengan nama parti dan sedia menerima pemimpin Umno yang mahu berbincang mengenai isu agama untuk kebaikan semua. - Bernama

edyes wrote:

Muktamad !! Allah panjangkan umur Tuan Guru Nik Aziz !

Husam : Cubaan Paklah Pecah Belah PAS

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu menabur benih perpecahan dalam PAS apabila menyatakan beliau telahpun tiga kali bertemu pemimpin peringkat tertinggi PAS.

"Pengumuman sebelah pihak oleh Abdullah tentunya ada motif tersirat. Jujurkah Abdullah bila beliau umumkan pemimpin 'decision-makers' PAS telah tiga kali menemui beliau?

"Atau beliau sedang memainkan PAS dengan satu strategi politik dengan umpan yang enak? Sekurang-kurang, dalam keadaan terlalu terdesak, beliau boleh mencapai matlamat politik jangka pendek," katanya Husam dalam laporan yang disiarkan oleh Harakahdaily malam ini.

edyes wrote:

Seperti yang kita maklum, seperti entri dari sheih kickdefella sebelum ini, seperti yang diwar-warkan oleh abang bakaq si penarik beca sejak sekian lama. Mereka-mereka ini menggelumpur sejak sekian lama kerana membayangkan betapa adakah logic perkara ini untuk dibicarakan diperingkat tertinggi PAS.

Saya juga telah menggelumpur sejak paklah menyebut perihal perjumpaan PAS-UMNO. sila refer entri di sini yang menunjukkan betapa saya tidak bersetuju jika terdapat unsur-unsur bantuan pernafasan kepada UMNO kononnya atas dasar melayu dan Islam.

Saya sangat yakin bahawa tiada ruang lagi bagi UMNO untuk mendapat pertolongan dari PAS apabila pemerintahan kerajaan Barisan Nasional kian sampai ke penghujungnya. Saya confiden bahawa PAS lebih mudarat jika bersama UMNO berbanding jika membentuk sebuah kerajaan berkebajikan bersama Pakatan Rakyat. Amat jauh perbandinganya, amat ketara kebaikkanya berjuang bersama Pakatan Rakyat. Susah sama susah, senang sama senang, menuju ke Putrajaya!

Namun, setelah paklah mengumumkan bahawa beliau telah bertemu dengan 'pimpinan tertinggi PAS', ianya amatlah mengejutkan. Adakah ianya pengumuman sebelah pihak yang bermotif? Maka kita nantikan penafian dari pihak PAS dan apakah pula reaksi dari rakan seperjuangan Pakatan Rakyat?

Kini, kredibiliti paklah pula menjadi pertaruhan. Jika selama ini mereka sering mempersoal kredibiliti DSAI dalam menabur kata-kata, kini tiba giliran untuk paklah dipersoalkan. Apakah paklah bermotif untuk memecahbelahkan PAS dan Pakatan Rakyat? Inikah yang dikatakan politik jangka pendek yang 'murah'? Paklah tidak lagi menggunakan pahlawan-pahlawan perangnya untuk membuat dakyah. Kini, beliau sendiri yang mencanang untuk menyelamatkan saki baki juaknya.

PAS akan terus maju bersama Pakatan Rakyat. PAS-UMNO adalah satu mimpi di siang hari. Alasan demi melayu dan demi Islam adalah umpan bagi menyelamatkan sebuah parti yang bakal terkubur !

Kickdefella : PAS-UMNO Jangan Main Belakang

Oleh Sheih Kickdefella

Biarlah UMNO terjun dengan Dollahnya, biarkan! Biarkan!

Mengapa ada pemimpin ‘tertinggi’ PAS sanggup main belakang untuk bertemu dengan Abdullah? Atau ini semua hanyalah mainan Abdullah untuk menghuru-harakan PAS terutamanya apabila mengambil kira,

• PAS akan berdepan dengan Muktamar Tahunannya bulan Ogos ini.
• UMNO akan berdepan dengan Mesyuarat Agung Bahagian Ogos ini.
• September ini adalah tarikh yang disebut oleh Anwar bila Kerajaan Abdullah akan tumbang dan Pakatan Rakyat akan menubuhkan Kerajaan baru.

Ramai yang telah menggelempar. Saudara saya Bakaq Penarik Beca dah lama menggelempar dengan isu ini. Pelbagai tuduhan telah dilemparkan terhadapnya tanpa pertimbangan belas dan kasihan. Sehingga Timbalan Presiden PAS pernah di lobi Parlimen mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan perkhabaran UMNO-PAS main belakang. Tetapi Bakaq tetap tabah.

Saya juga sudah lama menggelempar dengan isu ini. Menggelempar memendam rindu dan dendam untuk memblog tentangnya tetapi kerana kasih dan kasihan terhadap pemimpin-pemimpin PAS yang saya rapati, saya biarkan diri saya menggelempar sendirian tanpa rela mahu melihat tulisan saya membuat banyak pihak menggelempar dan menyerang pemimpin-pemimpin PAS yang saya rapati.

Di dalam senyap dan sunyi, saya mengulangi hari demi hari kenyataan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz, di malam 8 Mac 2008 bertempat di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan sewaktu sidang media menyambut kemenangan rakyat di dalam Pilihanraya Umum ke 12.

“Saya tidak rela melihat PAS kembali ke dalam Barisan Nasional!” begitulah ungkapan Mursyidul Am PAS yang ketika itu dikapit oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden Pas dan Dato’ Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Lalu dalam sunyi dan sepi saya teringatkan Asri Haji Muda, bekas Yang DiPertua PAS yang tiga kali mencuba untuk bekerjasama dengan UMNO.

• Asri membawa PAS menyertai Kerajaan Campuran bersama UMNO dan kemudiannya membawa PAS menyertai Barisan Nasional.
• Asri keluar dari PAS dan menubuhkan HAMIM dan bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional.
• Asri menyertai UMNO.

Arwah sudah meninggalkan kita. Mungkin jika kita bertafakur sejenak, banyak yang mampu dikutip dari perjuangan Arwah, baik atau tidak baik, penuh pengajaran buat kita.

Mengapa perlu satu muzakarah untuk menyelamatkan bangsa Melayu? Mengapa perlu PAS bermuzakarah dengan UMNO untuk menyelamatkan bangsa Melayu.

• PAS bukan Parti yang memperjuangkan Bangsa Melayu.
• UMNO sudah memperjuangkan hak Bangsa Melayu sejak 1946 lagi.
• Kalau UMNO dianggap gagal memperjuangkan hak Bangsa Melayu sejak 1946 lagi, mengapa perlu PAS menghulurkan bantuan buat UMNO.

PAS sefaham saya memperjuangkan sebuah Kerajaan Berteraskan Ajaran Islam untuk semua umat manusia. Mengapa PAS hari ini perlu kecilkan skop menyebarkan kebaikan seperti skop UMNO.

PAS era kepimpinan Ulama’ telah memerintah Kelantan 18 tahun,

• Apakah PAS gagal membela hak orang Melayu di Kelantan sepanjang tempoh itu hingga perlu bermuzakarah dengan UMNO?
• Apakah PAS yang memerintah Kelantan sepanjang 18 tahun berteraskan Islam perlu menjadi sebuah Parti Nasionalis.
• Apakah PAS gagal dengan Pemerintahan Islamnya hingga perlu bermuzakarah dengan Parti yang memperjuangkan Islam Hadhari yang selama ini menjadi kritikan PAS?

PAS kini mempunyai rakan kongsi yang prihatin dan menyanjung satu sama lain. PKR dan DAP bersama PAS didalam Pakatan Rakyat telah membuktikan ianya adalah satu resipi yang berjaya,

• Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP sendiri menerima teknik-teknik pemerintahan tokoh Islam dan beberapa kali membuktikan bahawa dia jauh lebih prihatin terhadap orang-orang Islam di bawah pemerintahannya berbanding dengan UMNO sendiri.
• Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dari PKR membuktikan beliau mengutamakan ketelusan sambil mengambil berat tentang masyarakat Cina dan India dibawah pemerintahannya.
• Di negeri Perak, walaupun PAS adalah minoriti tetapi PAS berjaya membuktikan kewibawaan Menteri Besar Nizar dari PAS dengan bakat kepimpinan tinggi dan amat prihatin dan amat disanjung oleh masyarakat bukan Islam.

Apa yang berlaku hari ini adalah satu persediaan untuk anggota komponen Pakatan Rakyat merubah sikap ektremis mereka dan menjadikan komponennya parti politik untuk semua yang kelak mempunyai masa depan yang amat cerah di dalam pilihanraya umum akan datang.

Ianya tidak susah kerana,

• Belum pernah orang PAS mati dibunuh oleh DAP.
• Belum pernah orang DAP mati dibunuh oleh PAS.
• PAS mendapat keputusan terbaik pilihanrayanya sewaktu Dato’ Seri Anwar Ibrahim berpenat lelah berkempen untuk pembangkang.

Dan kita semua masih ingat berapa ramai penyokong PAS yang gugur di tangan Kerajaan Pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional. Berapa ramai pemimpin PAS disumbat ke dalam ISA di bawah kerajaan yang sama.

Oleh yang demikian, sesuatu yang amat pelik dan mustahil untuk PAS menghantar wakil mereka bertemu dengan Abdullah atas dasar kepentingan Melayu dan Islam. PAS bukan Parti Melayu dan PAS dan rakan-rakan politiknya telah membuktikan mereka penegak Islam dan penegak hak agama-agama lain.

Mungkinkah Abdullah sebenarnya bermimpi didatangi oleh sekumpulan dua tiga orang lelaki berserban dan kopiah lalu menyangka mimpi itu sebenarnya benar-benar berlaku dan kerana mereka memakai serban dan kopiah maka mereka tentu dari PAS?

Atau mungkinkah Abdullah benar-benar telah bertemu dengan sekumpulan dua tiga orang lelaki yang membahasakan dirinya ‘ana’ dan memanggil Abdullah sebagai ‘anta’ dan memandangkan pertemuan ini telah berlaku sebanyak 3 kali maka Abdullah yakin mereka ini tentu adalah perwakilan tertinggi PAS.

Mimpi atau tidak, boleh jadi dua tiga orang lembaga berserban atau berkopiah dan berbahasa ‘ana’-‘anta’ ini sebenarnya satu senario dari filem P. Ramlee yang ditonton Abdullah sewaktu mencuri tulang.

Mungkin mereka penyamun dari filem Ali Baba Bujang Lapok atau Enam Jahaman yang masih belum dipangkah mukanya yang mencari Abdullah untuk main belakang bagi mendapat secebis harta pusaka warisan Negara dan bergelar Menteri.

Apa yang pasti, berdasarkan kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz, sudah tentu sekali mereka yang datang menemui Abdullah melalui jalan belakang ini bukan mewakili PAS.

PAS tidak perlu menonggengkan tubuhnya dan membiarkan UMNO menandatanginya dari belakang lalu menunggangnya ke pusara. UMNO dan PAS, tak perlu hidup berdua, mati bersama!

14 x E200 Kompressor


Kerajaan Terengganu telah membeli 14 buah kereta Mercerdes Benz E200 Kompressor untuk kegunaan 10 Exco, Speaker, SUK, Peg Kew Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.

Pembelian E200 yang berharga RM245,000(tanpa cukai) adalah untuk menggantikan Perdana V6 Executive yang telah digunakan lebih dari 4 tahun. Kos keseluruhan pembelian berjumlah RM3.43 juta !

Difahamkan keputusan untuk menggantikan kereta Perdana V6 itu telah dibuat oleh kerajaan Terengganu pada bulan lepas dengan alasan ia lebih menguntungkan untuk jangka masa panjang serta menjimatkan dari segi kos penyelenggaraan.

SUKJ wrote:

RM3.43 juta..? Inilah yang susah untuk kita faham. Mereka suruh rakyat berjimat cermat tetapi pada masa yang sama mereka tidak laksanakan 'kepimpinan melalui tauladan'?

Sepatutnya dalam keadaan negara sedang menghadapi kemelesetan ekonomi sebegini, tindakan yang lebih tepat ialah menggantikan yang lebih mahal kepada yang lebih murah. Bukannya menggantikan yang murah kepada yang lebih mahal...? Sudah terbalik...??

Kenapa tidak menggantikan juga dengan Perdana V6 Executive yang baru? Walau apa pun alasan yang diberikan, ia tetap merupakan tindakan yang kurang bijak dan kurang wajar bila membelanjakan jumlah wang yang besar dan bukan wajib. Bayangkan sekiranya harga Perdana V6 Executive tanpa cukai ialah RM100,000 sebuah, maka jika 14 buah baru cuma RM1.4 juta...?

Lagi pun kebiasaannya jika Exco atau Pegawai Kanan kerajaan Terengganu mempunyai urusan di Kuala Lumpur, mereka akan menggunakan kapal terbang dan bukan menggunakan kereta untuk ke Kuala Lumpur?

Sebenarnya kemampuan dan keupayaan seseorang Exco atau Pegawai Kerajaan menjalankan sesuatu tugas dan tanggong jawab terletak pada hati dan akal fikiran mereka dan bukannya terletak pada jenis kereta rasmi yang digunakan oleh mereka...??

ps: I've used SUKJ words as I'm totally agree with him.

Friday, July 18, 2008

Anwar : Rakyat mahukan perubahan !

Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi, masih diberi peluang dan kesempatan untuk menyuarakan dan menyampaikan hasrat rakyat seluruhnya. Ribuan terima kasih kepada yang hadir ke kediaman saya semalam. Doa mereka untuk keselamatan diri dan keluarga amat saya hargai. Harapan mereka, semoga Pakatan Rakyat terus maju agar perubahan segera berlaku, keadaan negara lebih baik dan rakyat tidak lagi dibebankan dengan inflasi yang tinggi serta kenaikan harga minyak.

Melalui debat tempoh hari saya sudah menjelaskan beberapa mekanisme awalan untuk menurunkan harga minyak sebanyak 50sen jika Pakatan Rakyat memerintah. Kenyataan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman bahawa dengan mengurangkan rizab tenaga lebihan yang dikeluarkan oleh pengeluar tenaga bebas(IPP) dari 41% ke 25%, akan menjimatkan RM 1.5 billion setahun ternyata mengesahkan hujah saya pada debat tersebut. Yang lucunya kenyataan pak menteri ini diletakkan di mukasurat 7 ataupun 8 di akhbar-akhbar berkenaan.

Yang lebih lucunya kenyataan Datuk Seri Syed Hamid Albar berhubung isu DNA saya. Mempersoalkan motif saya untuk tidak mahu memberi sampel DNA kepada polis. Jikalau kebenaran jadi ukuran? Bersihkan dahulu elemen-elemen yang merosakkan dalam polis dan agensi keselamatan lainnya! Jangan tahan orang tanpa bicara! Yang takut bukan saya tapi bapak-bapak menteri yang entah bila akan kehilangan kuasa. Jika Menteri Dalam Negeri tahu bagaimana rasanya diikat lalu dipukul setengah mati, oleh Ketua Polis Negara ketika itu dan di dalam Bukit Aman, ibu pejabat pasukan polis! Baru layak rasanya bicara dengan saya. Dunia sedang menyaksikan komedi gelap bagaimana aparat-aparat pemerintah mampu untuk memalsukan bukti demi memastikan segelintir terus memerintah.

Kita sudah puas melihat kejelekan proses pendakwaan dan perbicaraan tahun 1998. Bukti-bukti dipalsukan, para saksi diugut serta dipaksa untuk mengaku. Semuanya taktik lama, aktor picisan baru yang sandiwaranya dimainkan oleh aktor penting yang lama. Cuma cubaan untuk mengelirukan rakyat kali ini pasti tidak akan berjaya. Rakyat mahukan perubahan.

ANWAR IBRAHIM

Thursday, July 17, 2008

Saiful Bukhari dan kondominium mewah RM2.2 juta

Mungkin ramai yang ingin mengenali siapa susuk watak Saiful Bukhari Azlan yang telah 'menggegarkan' negara dan antarabangsa tentang aduan dan dakwaan liwatnya oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun kes ini belum pun diputuskan kesahihannya malah masih dalam siasatan mengikut lunas undang-undang, namun segala tindakan individu selama ini masih menimbulkan tanda-tanya yang sehingga kini belum lagi muncul daripada 'tempat persembunyiannya' walaupun setelah membuat aduan dan laporan polis di pondok polis Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun lalu.


Satu laporan menyiarkan Saiful disifatkan sebagai seorang yang aktif berpersatuan sejak menuntut di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi dan pernah bertanding dalam MPP (Majlis Perwakilan Pelajar), sesi 2006/07 dan beliau didakwa satu-satunya calon MPP yang pro-Aspirasi yang dilihat berpihak kepada kerajaan.

Bekas pelajar jurusan kejuruteraan elektrik, yang tidak menamatkan pengajiannya tahun lalu, dalam pilihanraya umum Mac, mempamerkan sokongan kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan BN di laman sosialnya di Friendster.

"Walaupun dia mengiringi Anwar untuk kempennya, tetapi di laman maya, dia berkempen untuk BN," kata sumber yang dipetik daripada Malaysiakini dan beliau juga didakwa merupakan sukarelawan kempen KeADILan sewaktu pilihan raya umum yang lalu.

Dalam pada itu perkara yang agak menghairankan banyak pihak ialah kemampuan Saiful menyewa Unit 1151 of Kondominium Desa Damansara di Kuala Lumpur jika dilihat dari sudut latar belakang pekerjaannya.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan sebuah unit kondo mewah itu berharga sekitar RM 2.2 juta manakala sewa bulanannya adalah diantara RM7,500 sehingga RM15,000 yang mana terdapat kemudahan seperti sauna, kolam renang, gelanggang squash dan tennis serta 'fitness centre'.

Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak yang dipetik sebagai berkata mengakui gambar yang tersiar diambil ketika Saiful datang ke pejabatnya pada 12 Februari lalu bersama seorang rakan untuk berjumpa dengan pegawainya bagi mendapatkan sokongan untuk mendapatkan biasiswa dari kerajaan melanjutkan pelajaran.

"Dia (pembantu Anwar) seorang pemimpin di kalangan pelajar. Dia pun ambil gambar dengan pemimpin lain. Soalnya bukanlah peranan sesiapa tetapi sama ada perkara itu berlaku atau tidak. Saya bukan orang di sebalik perkara ini. Itu terserah pada polis untuk tentukan," katanya.

Najib berkata pembantu Anwar itu merupakan bekas pemimpin pelajar di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) manakala pegawainya di dalam gambar itu bertanggungjawab antara lain, bagi perkara berkaitan dengan pendidikan tinggi.



PS : Melihat gambar-gambar di atas, menggambarkan 'budak' ini adalah pro-UMNO.

sumber anon

Quote : Why 15 Cars? Why With balaclava-clad special force?

Quote 1 :
DelCapo Said


I want to express my utter disgust at the police's actions. This is a 60-year old man with a bad back.

He had just spent hours at the ACA. He had excused himself, with apologies, from the ACA to make sure he would not be late for the 2pm appointment with the CID.

Was he armed and dangerous like a terrorist? Was he speeding towards the expressway to Thailand or Singapore or the airport or a seaport for an escape??

Why the 10 police cars? Why the balaclava-clad special force? Where was the arrest warrant?

I would like to know which part of police professionalism instruct an overkill and use of force under the circumstances above? Where?

It shows there was an instruction by the IGP and BN government to use excessive force.

It displayed no respect for the ‘innocent till proven guilty principle’, it is against democracy, against human rights, against rules of law.

You showed that it was political and personal. It is a total disgrace. You have put all Malaysians to utter shame.

Quote 2 :
Peter Said

I see no reason why the police must arrest Anwar before expiry of the deadline. How did the CID chief know that Anwar would not proceed to the police headquarters after going home?

With all the surveillance by the police being focussed on Anwar alone, what were the possibilities that Anwar could escape to neighbouring country?

Yes, Bakri Zinin, your reasoning went against logic and we would not buy your story.

Coming to the way Anwar was arrested. Can you explain why you needed 15 police patrol cars and a four-wheel drive to escort him to the police station?

Also tell us why did the arresting officers had to wear a balaclava? It is mind boggling! Is Anwar a terrorist high on a wanted list?

If not, he did not deserve to be arrested in such a manner. As far as I know, soldiers would be dressed in balaclava when raiding terrorist hideouts.

Quote 3 :
Primus Said

This is atrocious. I think the people's patience has reached its boiling point. The situation now is different compared to ten years ago when Dr M deviously orchestrated the whole drama so to speak.

DSAI's strength is bigger compared to then and he draws a humongous level of support from a bulk majority of the citizens.

Again and again the government is making all the wrong moves which I think will definitely backfire. I think the repercussions of this move will be disastrous and huge.

All this trumped up accusations against Anwar is an insult to the intelligence of all Malaysians. Why does this accusation arise now? Why? Because the government has realised that he is the biggest threat to the survival of the ‘stable’ BN government?

I strongly believe in the principles of karma. There will be a time when it all comes back to the BN government

Quote 4:
Arianna Said

I am fed up, tired, pained and frustrated with the current situation in Malaysia.

Here we are facing a serious economic crisis, onset of worrying inflation, high cost of living arising from higher oil prices and the Abdullah's regime does little to cushion the blow or introduce preventive measures.

Instead, the government is obsessed with Pakatan Rakyat de facto leader Anwar Ibrahim.

Even when our stock exchange rattles under the weight of political war games, Abdullah and his regime appear unconcerned.

And do little to soothe fears among foreign investors who are more concerned about the country's economy than the government of the day. And it's all because the BN regime is worried sick about losing government to Anwar who is not even a member of Parliament.

Compounding this problem is the police who apparently consider sodomy the worst crime among crimes. That a suspect of such a crime warrants a special squad and 15 police vehicles to arrest!

Never mind that out there, smugglers are smuggling our precious oil and gas, cooking oil and other essentials aggravating our already alarming economic situation.

Never mind that our crime rate continues to surge because priority must be given to arresting sodomy suspects!

We have had enough of the 1998 shameful political games and want no more of such despicable acts. If anything, it would only hurt the country's economy and the people at large.

The rakyat has given the BN the mandate on March 8. But until now, they have not proven that they are worthy of it.