keADILan Selangor Tidak Tergugat Dengan Dakyah Media Umno-BN
Maka bertebaranlah desas desus kononnya KeADILan Selangor dilanda kemelut. Media Umno-BN terus memainkan peranan mereka.
Alhamdulillah saya dapat segera menghubungi Tan Sri Khalid sebaik kembali dari Madinah al Munawwarah. Kemudian saya turut ngobrol panjang dengan Sdr Yahya Sahri sambil menikmati mee mamak tanpa teh tarik.
Isu yang digembar-gemburkan dalam media Umno-BN tidak menggugat seperti yang dipaparkan. Penyelesaian baik dicapai. InshaAllah saya akan turut hadir dalam mesyuarat KeADILan Negeri Selangor malam nanti.
ANWAR IBRAHIM
edyes wrote:
Sesungguhnya kami dah muak dengan propaganda murahan dari media UMNO-BN sejak sekian lama. Telah saya jangkakan, segala masalah yang melanda diakhiri dengan penyelesaian aman oleh pucuk pimpinan.Banyak telah ujian ditempuh. Tiba masa untuk menterbalikkan pemerintahan berbentuk jajahan ini.
No comments:
Post a Comment