Roslan Aziz said :
"Secara peribadi saya tidak setuju guna Islam untuk tujuan politik. Saya fikir (tindakan) ini salah. Biar orang kata Umno itu jahat tapi ia tidak guna Islam untuk tujuan politik."
edyes wrote:
Roslan Aziz ??
Siapa tak kenal kontrovesi, pasti tidak kenal Roslan Aziz, iaitu mantan suami Shila Majid. Bukan mantan suami orang gaji Shila Majid ok.
Kenapa perlu menghina wahai Roslan? Mengatakan Pas menggunakan agama untuk tujuan politik adalah satu tuduhan yang berat. Adakah Roslan faham dengan agenda yang diperjuangkan oleh Pas?
Kita sebagai umat Islam harus menyokong sebarang bentuk usaha memartabatkan Islam. Jadi, adakah kerana Pas sering mengadakan aktiviti berbentuk islamiah maka Pas dituduh menggunakan Islam untuk tujuan politik?
Saya sentiasa membayangkan bahwa Pas itu adalah gerakkan Islam. Hidupnya parti Pas, maka hiduplah gerakkan Islam. Bukan bermakna Pas itu Islam dan Islam itu Pas. Gerakan Islam juga harus melalui medan politik. Gerakan Islam pada kamus hidup saya adalah amat penting sekali demi masa depan anak-anak saya.
Saya bukanlah orang yang patut counter pernyataan Roslan Aziz, cuma saya terpanggil untuk menyatakan pendirian saya bahawa Roslan Aziz telah membuat satu kesilapan besar dengan pernyataan tersebut. Saya juga menegaskan supaya pernyataan itu ditarik balik dan Roslan Aziz harus memohon maaf kepada kepimpinan Pas beserta ahli-ahlinya.
Jika kita tidak mampu untuk memberi apa-apa sumbangan terhadap gerakan Islam, cukuplah sekadar memberi laluan, bukan memberi sebentuk penghinaan.
Bak kata Roslan sendiri, bahwa "biarpun orang kata UMNO itu jahat tetapi tidak guna Islam untuk tujuan politik". Maka saya reply, "sekurang-kurangnya Roslan Aziz juga mengakui bahawa UMNO itu jahat sepertimana saya mengakuinya."
3 comments:
1st time masuk blog saudara, tk sangka ada bnyk info yg berguna.
teruskan usaha bagi mendapatkan info2 terkini.bxmvappz
Terima kasih saudara suara marhaien,
saya juga amat tertarik dengan pendirian saudara terhadap DSAI dalam blog sukj.
harap saudara dapat memberikan pendapat dan pandangan di dalam blog edyesdotcom jika berkesempatan.
insyallah.jika ada idea dan kelapangan, sy akan cuba memberi pendapat.
Post a Comment