Untuk entri 'Abdullah dan Najib' di dalam blog chedet, saya telah memberi satu ulasan yang yang akan saya kongsi dengan saudara/i pengunjung di sini. link ke entri yang dimaksudkan dalam blog chedet di sini.
Saya tidak pasti samada tulisan ini melepasi moderator blog chedet ataupun tidak, tetapi itu hak mereka, hak saya ialah menyampaikan apa yang bermain difikiran untuk bersama difikirkan. Lulus terbit atau tidak, itu perkara kedua.
Tulisan yang berbunyi :
Salam Tun,
Apakah Najib itu benar2 berkaliber untuk menjadi seorang Perdana Menteri?
Tun sendiri pernah menyatakan bahawa Najib tidak layak / tidak boleh menjadi PM.
Pada pendapat saya pula, tiada siapa lagi pemimpin UMNO yang layak untuk menjadi nakhoda Malaysia. Muhyiddin? Ali Rustam? Isa Samad?? Shahril Samad???
Pengganti Tun telah diragui sejak Tun masih menjadi PM lagi. Apabila Tun memilih orang yang salah sebagai pengganti, maka akan seriklah orang seperti saya untuk menerima lagi seorang pemimpin 'rakus' UMNO untuk memimpin kerajaan.
Mintak maaf kata, saya nampak kepimpinan UMNO itu penuh korup dan kurap. saya tidak pasti dengan perkataan2 ini dapatkah posting saya di sini dilulus terbit?
Siapakah pengganti paklah dari UMNO?
Saya bukan taksub DSAI, tapi jika dia boleh menjanjikan Malaysia yang lebih mapan, lebih berdaya saing, mengembalikan kepercayaan pelabur, membasmi kemiskinan tegar dengan sempurna, mengutamakan kebajikan, sudah pasti karisma beliau menjadi pertaruhan.
Saya mahukan seorang pemimpin yang cerdik dan bijak seperti Tun. Walaupun Tun agak kejam, tetapi rakyat tidak mengalami kesusahan seperti sekarang.
Kediktatoran Tun itu juga ada kebaikkan di mana TIADA menteri yang berani membuat keputusan melainkan melalui Tun sendiri. Tiada menteri yang boleh buat sesuka hati, tiada menteri yang boleh mengagihkan AP mengikut acuan Mertua+Menantu.
Malaysia semakin hancur sekarang ini, Melayu bumiputra juga makin susah dan mundur kecuali segelintir yang bergelar umnoputra.
Saya percaya wujud rasuah di zaman Tun, tetapi tidak sampai menyusahkan rakyat. Bukan maksud saya menghalalkan rasuah, tetapi keperitan yang ditanggung oleh rakyat adalah perkara pokok !!
Paklah akan menang tanpa bertanding, maka paklah juga akan perahsantan mengatakan dia diterima oleh semua rakyat sedangkan hanya rakyat 'umno' yang bahlol sahaja mengakuinya. Jika semua bahagian sudah dikawal supaya tidak menamakan calon lawan paklah, sudah tentu perkara yang menyeramkan ini akan menjadi kenyataan.
Demi Malaysia, demi melayu dan demi syiar Islam, saya cabar Tun untuk mengakui bahawa Anwar adalah pengganti yang terbaik dalam mengagungkan agenda Melayu, memartabatkan Melayu dalam negara sekurang-kurangnya, melepaskan rakyat dari cengkaman kesengsaraan dan agenda wawasan2020 Tun itu sendiri. Saya cabar Tun untuk mengakui hakikat ini.
Sekali lagi saya katakan bahwa saya tidak taksub pemimpin, mungkin dulu saya taksub kepada Tun, tapi terima kasih kepada paklah kerna membuka mata rakyat termasuklah saya. Bukan pemimpin menjadi perkara utama, tetapi sejauh mana pencapaian dan kredibiliti pemimpin itu yang harus dinilai. Rakyat harus diutamakan, itulah agenda seorang pemimpin !
Terima kasih kepada moderator kerana menyiarkan tulisan ini. Penulisan yang tidak seberapa ini juga akan saya muatkan dalam blog saya iaitu edyesdotcom.
EDYES
6 comments:
AAB adalah orang yang bertanggungjawab membebaskan DSAI. Jadi kenapa kau fikir DSAI akan menentang AAB? Dan tentunya DSAI akan berada dalam dilema. Tak mahu menentang AAB kerana takut didakwa seperti kacang lupakan kulit. Atau menentang tapi tidak sepenuh hati.
sol-jah,
siapa pula yang membawa DSAI hingga beliau sampai ke tahap Acting Prime Minister? Sudah tentu Tun Mahathir, jadi kenapa Tun ditentang habis-habisan sebelum DSAI disingkir?
kenapa pula paklah ditentang oleh DSAI? apakah rasionalnya menentang orang yang bertanggungjawab membebaskanya?
beginilah sol-jah, sepertimana DSAI menentang Mahathir, seperti itu juga DSAI menentang paklah! Ini kerana kepincangan yang melampau dalam pemerintahan negara.
Jika DSAI tidak menongkah arus sewaktu menjadi TPM dulu, maka beliaulah sepatutnya PM kita pada hari ini.
DSAI pun bukan orang suci. Dan aku tidak bercakap tentang salahlaku seksnya lagi.
Ketika dia menjadi TPM pun sudah terserlah skandal kroninya sapu bersih. Apa bezanya dia dengan Pak Lah atau KJ sekarang?
Bersyukur juga DSAI tidak jadi PM. Kalau tidak, aku hampir pasti Malaysia sudah ikut telunjuk IMF / Yahudi. Pembela Islam, konon!
aku dah baca komen kau kat blog chedet..aku akui kita sgt susah skrg..TUNKU DOLAH yg nath apa2 tu..najib tu satu lagi...hei...susah lah..
tapi lah idea2 kau yg nak sgt pakatan rakyat amik kuasa..ko tak rasa ke lagi kucar kacir dibuatnya..
1.masalah kaum..kan terang2 DAP nak yg macmmana..tgk skrg pun bukan PkR n DAP tu bleh buat apa2 utk kemajuan org melayu..isu babi yg jelas haram tu pun tak boleh nak handle..so klau jadik satu kerajaan..abislah semua kena sapu dgn DAP...utk org mlayu dapat apa??
2.kau jgn lupa..tunku dolah lepaskan anwar..sbb kena uggut dgn US pasal hal scomi..besides mmg lah diorg baik sgt dr zaman dolu2..
3.tunku dolah n anwar mmg rancang nak jatuhkan bn supaya anwar blh jadik pm..anwar jadik pm..dia proxy yahudi n amerika..so kita terjual balik la klau sampai pakatan rakyat amik kuasa..
4. mcamana lah ko blh kata anwar tu blh bawak m'sia ni ke arah kemajuan yg lebih mapan..ades2...taun kita krisis duit dulu kan dia yg beria2 nak pakai IMF..dah la tu..dia org kanan IMF..wah2 klau betul ms tu kita pakai IMF..x ke dah gulung tika..bukan gulung tika lagi..bungkus..itu ke org yg kita blh jadikan PM m'sia? pelik sungguh..
5. aku pun bersyukur sbb anwar tu dulu kena tendang klau tak kita dah terjual pada israel n amerika..so sbb skrg ni x lagi jadik jgn lah carik pasal..
mmg keadaan ni sgt rumit..pilih bn masuk mulut buaya..pilih pakatan rakyat lagi masuk masuk mulut naga..tapi kita sbgai rakyat mesti lakukan sesuatu utk kebaikkan n kemakmuran negara kita...mmg semua kena bleach..payah..tapi itulah yg perlu kita lakukan sekarang...
maksud aku sbb tunku dolah n the gang dah rosakkan negara ni..jgnlah pulak kit amik tindakkan singkat dgn sokong pakatan rakyat..meh kita fikir cara yg lebih baik..walaupun sgt susah tapi ia adalah utk bumi m'sia bertuah ni..n juga masa depan kita bersama..sehingga ke anak cucu..
Tun Nyemah
Aku pelik mengapa orang masih berharap kepada anwar.
Aku berharap sangat supaya Tun MM mendedahkan mengapa dia terpaksa memecat anwar.
Semua yang terlibat, sama ada mangsa dan saksi harus ditampilkan oleh Tun MM untuk menjelaskan atau mengulagi apa yang mereka lapurkan kepada Tun MM sehingga Tun MM terpaksa mengambil keputusan yang tidak popular.
Aku berharap penjelasan itu akan membolehkan rakyat membuat keputusan yang tepat dan betul.
Anwar sungguh bujak, dia boleh menipu semua orang hampir setiap masa, tetapi aku yakin di sana masih ada beberapa orang yang tidak tertipu dengan penonjolannya.
Sol-jah, Red dan si Anon,
Sewaktu Anwar ditendang dulu, saya sedikitpun tidak menyokongnya kerana percaya kepada media 'bulat'-'bulat'!
Saya tergamak untuk percaya, saya sesali kegamakkan saya itu.
Jika anda tidak percaya mengenai salah laku seks DSAI, maka anda juga harus percaya bahwa tindakan Anwar untuk mencadangkan IMF juga satu penipuan!
Saya pun dengar cerita yang sama, tetapi bukan maknanya saya kena percaya. Cerita mengenai beliau boleh direka-reka.
Kejahatan yang dilakukan oleh UMNO adalah terang sekali, tetapi apa yang didakwa terhadap DSAI adalah perkara yang belum pasti. jadi, janganlah kita menghukum sesuatu yang belum pasti.
seperti yang saya nyatakan, tiada pemimpin lain dari UMNO yang layak untuk ganti 'tun'. Jadi, kita kena sedikit radikal dalam hal ini dengan menyokong DSAI. Sekurang-kurangnya beliau telah berjanji untuk membela nasib kita.
come on lah, kita pertaruhkan 'sepengal' untuk menyelamatkan berpenggal-penggal ! Kita buktikan bahawa kuasa rakyat kuasa keramat ! rakyat yang pilih pemimpin, sudah pasti rakyat juga adalah keutamaan pemimpin !!
Post a Comment