KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Penyelenggaraan bulanan landskap di Putrajaya menelan belanja RM1.5 juta atau RM18 juta setahun, persidangan Dewan Rakyat diberitahu.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique berkata sejumlah 29 kontraktor landskap yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bagi Projek Seni Taman telah dilantik bagi menjalankan penyelenggaraan landskap mengikut pembahagian zon penyelenggaraan.
edyes wrote:
RM 18 juta bagi pokok vitamin, Jaga kesihatan pokok, make up pokok tu cantik2. Supaya warga Putrajaya lebih sihat, aman dan makmur. Begitulah gamaknya kot.
Saya bukanlah seorang yang arif tentang landscaping ini, tapi RM18 juta setahun hanya untuk 'penyelenggaraan' adalah terlalu besar bagi orang kebanyakkan seperti saya. Adakah 18Juta tersebut benar-benar untuk penyelenggaraan atau untuk 'pengenyangan' pihak tertentu.
Kot ye pun kita nak jadi kerajaan paling cantik dalam dunia sekalipun, kalau kita nak jadi kerajaan paling mewah dalam dunia sekali-duapun, kalau kita nak jadi kerajaan yang mempunyai lanscap paling indah dalam dunia dua-tigakalipun, tolonglah fikirkan tentang rakyat.
Jika semua rakyat Malaysia tinggal di dalam suasana kediaman seperti di Putrajaya, tidaklah saya kisah sangat pun kerana ianya akan nampak selaras. Tetapi sebagai kerajaan yang memerintah, mereka harus sedar akan kadar kemiskinan tegar, kadar kemiskinan tak tegar, kadar pengangguran, kadar setinggan, kadar kais pagi makan petang.
Kerajaan patut alert dengan perangkaan ini. Dan jika kerajaan prihatin, tidak ada sebab untuk kerajaan membelanjakan 18juta setahun semata-mata untuk meng'gah'kan Putrajaya malah sepatutnya membelanjakan sejuta demi sejuta untuk membantu golongan susah di negara ini.
Masih lagi terngiang-ngiang di telinga ini, masih lagi terfikir-fikir di benak ini berkenaan slogan yang berbunyi "satu juta untuk satu emas olimpik", kini kedengaran pula "18juta setahun untuk penyelenggaraan Putrajaya". Malaysiaku yang gagah perkasa, merah putih kuning biru warnanya....
No comments:
Post a Comment