oleh malaysiakini
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan bahawa isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, terbabit dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu seperti yang didakwa oleh Raja Petra Kamaruddin.
Najib juga berkata, Rosmah telah dipanggil memberi kenyataan kepada polis ekoran dakwaan terbaru dalam akuan bersumpah Raja Petra itu.
Bercakap kepada pemberita di Parlimen hari ini, Najib berkata apa yang ditulis oleh Raja Petra adalah satu pembohongan semata-mata.
Najib juga menyifatkannya sebagai satu tindakan terdesak untuk mencemarkan imej politik beliau.
Sebelum ini, beliau mempengerusi mesyuarat kabinet mengenai masalah pendatang tanpa izini di Sabah.
Raja Petra, dalam akuan bersumpahnya 18 Jun lalu, mendakwa Rosmah bersama dua lagi berada di tempat kejadian sebelum wanita Mongolia itu diletupkan.
Najib dan isterinya beberapa kali menafikan pembabitan mereka dengan kes ini, yang masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Pengendali blog Malaysia Today juga mendakwa perdana menteri menerima maklumat tentang pembabitan tiga individu itu, termasuk Rosmah, dan menyerahkan laporan perisikan kepada menantunya dan juga naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Bagaimanapun, semalam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan ada menerima laporan bertulis daripada perisikan tentera mengenai mereka yang terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.
Abdullah dilaporkan berkata: "Memang saya concern (dengan dakwaan penulis Malaysia-Today Raja Petra Kamarudin). Perbuatan Raja Petra itu tidak boleh diterima. Sebab apa yang dia nyatakan itu adalah sesuatu yang tidak betul.
"Terutamanya dalam surat itu (akuan berkanun Raja Petra) disebut yang saya dah diberi satu laporan mengenainya dari pihak perisikan tentera.
"Itu tak betul," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan jawatankuasa khas mempertingkat daya saing kelapa sawit di bangunan Parlimen semalam.
Belum bicara mana nak tau betul ke salah paklah... Atau paklah dah tau keputusan mahkamah kelak?
Mari kita tunggu apa kata Khairy, si pemangsa pembela bangsa.
No comments:
Post a Comment