Thursday, June 5, 2008

JOM ! HIMPUNAN AMAN PROTES HARGA MINYAK – DPPNK

Oleh ibnubakrin

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah akan menganjur satu perhimpunan aman untuk memprotes harga minyak yang akan diadakan pada jam 2:30 ptg ( Selepas solat Jumaat) dataran Jam Besar di bandar Sungai Petani.

Seluruh rakyat Kedah yang perihatin diseru untuk bersama-sama menyertai perhimpunan aman ini menyatakan bantahan berikutan kenaikan yang baru diumumkan secara mendadak dan amat membebankan rakyat.Orang ramai juga disaran membawa sepanduk atau periuk belanga sebagai simbolik.

DPPNK juga sedang berusaha mengatur untuk membolehkan Naib Presiden Tuan Haji Mohamad Sabu turut serta dalam perhimpunan yang dianjurkan. IbnuBakrin. "

edyes wrote:

Semua negeri harus ikut, pada hari dan masa yang sama iaitu selepas solat Jumaat !!

Ayuh Gerak !! SATU MALAYA BERHIMPUN !

No comments: