Thursday, June 26, 2008

Akan tiba giliran kami, Setelah Muafakat Tercapai !

Yahya Buktikan Dengan Resit

Bekas pegawai kanan menteri besar Selangor didakwa menunjukkan resit dan akaun penerimaan wang derma, sepatutnya untuk kerajaan negeri, yang dimasukkan ke akaun PKR sehingga mencetuskan kontroversi dalam pentadbiran Pakatan Rakyat.


Mohd Yahya Mat Sahri, yang meletakkan jawatannya itu Isnin lepas, dikatakan membuat pendedahan itu dalam mesyuarat perhubungan PKR Selangor yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

"Beliau (Yahya) juga mengakui membawa wakil PAS dalam mesyuarat (tentang akaun tersebut)," kata beberapa pemimpin parti yang turut hadir kepada Malaysiakini.

edyes wrote:

Kenapa perlu berperang? Hal-hal sebegini sepatutnya diselesaikan segera tanpa publisiti.

PKR bukan kemaruk wang seperti Umno. Kita ada perkara lebih besar yang nak diperjuangkan iaitu membebaskan rakyat Malaysia dari dari cengkaman kesengsaraan.

Logiknya, wang derma tersebut dipindahkan kepada akaun PKR negeri kerana Pakatan belum mempunyai akaun tersendiri, kalau masuk akaun PAS, dah tentu parti PAS akan lebih teruk dihentam. Akaun tersebut wujud sejak menghadapi pilihanraya yang lepas.

Kalau iyapun ada kesilapan teknikal di mana-mana, tolong jangan buat statement yang bakal menjadi modal kerajaan pusat. Kita ada parti, kita ada pakatan, perlu ikut saluran. Jangan jadi cacamerba kelak akan disamakan dengan parti kuno UMNO. Mereka sentiasa menunggu peluang terbaik untuk memutar alam.

Penglibatan Adik DSAI dalam scenario kerajaan selangor juga merimpakkan keadaan. Notis 24jam oleh beliau menunjukkan tanda commitment jitu dan diharap menjadi noktah di situ. Keadaan akan pulih seperti sediakala, sudah tiba giliran pakatan, yang telah berjaya menangkis serangan, harus membuat tembakkan balas. Kita akan redah semua.

Kita semua kena sedar, ini adalah ujian demi ujian untuk Pakatan Rakyat. Kita harus lebih bersatu untuk menumbangkan kerajaan penjajah. Sudah lupakah janji kita dulu, iaitu tidak akan sekali-kali berputus-harapan selagi kerajaan UMNO tidak lenyap dari mukabumi Malaysia ini.

Kita harus yakin. Ini kehidupan kita, tidak harus kita menanggung beban demi kekayaan pemimpin korup. Ingat semua, ingat semua, ingat semua wahai pejuang perubahan, pejuang reformasi, sang rajawali perkasa. Perjuangan masih belum berakhir.

Ayuh, jalankan peranan masing-masing. Kita masih punya harapan untuk menikmati Malaysia yang lebih mapan, lebih berkebajikkan. Kita jangan menyerah kalah. Kita bukan meminta-minta di negara orang, kita bukan pendatang yang meminta belas ehsan kerajaan. Kita adalah rakyat yang memilih kerajaan, suara rakyat suara keramat. Bangkitlah !! sudah lupakah ungkapan ini... sudah lupakah ungkapan ini... sudah lupakah ungkapan ini..? RE-FOR-MA-SI

RE-FOR-MA-SI

RE-FOR-MA-SI

RE-FOR-MA-SI

2 comments:

Unknown said...

Sudah la..jgn cakap serupa bikin. PKR tak tamak duit kononnya..hal duit semua pun sama aje. Tmbh sekrg ni minyak naik. Larat ke jalan kaki. Siapa pun gelap mata tgk duit..en pun sama.

Edyes said...

kalau kita dari awal berfikiran sebegini, mata gelap dek duit, maka itulah yang mencerminkan diri kita.

duit boleh dicari. maruah tak boleh dijual beli...