Wednesday, June 18, 2008

Usul tidak percaya terhadap PM !!

Oleh Malaysiakini


Ahli Parlimen Parti Progresif Sabah akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Badawi apabila Dewan Rakyat bersidang Isnin ini.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah negara, usul tidak percaya akan dikemukakan terhadap perdana menteri.

"Sewaku sidang Dewan Rakyat mulai Isnin ini, 23 Jun, ahli-ahli Parlimen kita akan menyokong undi tidak percaya kepada PM.

"Sama ada usul itu akan dikemukakan oleh ahli Parlimen kita atau ahli Parlimen lain, akan diputuskan bila tiba masanya," kata satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

SAPP mempunyai dua ahli Parlimen - Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawai) dan Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) - dan empat ahli dewan undangan negeri.

Majimbun yang kini berada di luar negeri, telah menyatakan sokongannya terhadap keputusan parti itu dengan menandatangan kenyataan tersebut.

Chua (kanan), yang hadir di sidang akhbar tersebut di Kota Kinabalu memberi empat sebab mengapa beliau menyokong usul tidak percaya terhadap PM itu.

bullet buttonWalaupun seruan demi seruan dibuat oleh DAPP kepada perdana menteri berkaitan dengan isu pendatang tanpa izin, namun tidak ada tindakan konkrit yang telah diambil dan ia menyebabkan "kedaulatan kita terancam".

bullet button Akibat kenaikan harga bahan api yang dibuat tanpa perancangan, telah membebabkan rakyat Malaysia, khasnya di Sabah (negeri termiskin di Malaysia) mengakibatkan 16 peratus kumpulan miskin, menjadi iskin tegar.

bullet button Merasa gagal dalam melaksanakan tanggungjawab selaku pemimpin yang dipilih oleh rakyat sekiranya ketidakpuasan hati rakyat Sabah terhadap sistem penyampaian yang tidak cekap, rasuah, pembaziran, tiada ketelusan dan akauntabiliti diketepikan. Perkara yang sama juga telah disuarakan oleh pemimpin Umno seperti Datuk Ghapur Salleh, Datuk Anifah Aman dan Datuk Bung Mokhtar.

bullet button Rakyat telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan di bawah Datuk Abdullah Ahmad Badawi. SAPP juga berpendapat bahawa sekiranya pemimpin atasan tidak boleh melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan, ia seharusnya berundur dan memberi laluan kepada pemimpin lain mengambil alih.

edyes wrote:

Takbir !!

(saya tak sempat untuk beri komen)

No comments: