Thursday, June 26, 2008

Fahami Kerangka Perjuangan Secara Bijaksana

Fahami Kerangka Perjuangan Secara Bijaksana

Saya hargai pengertian saudara-saudara. Berulang kali ditegaskan: faham kerangka besar perjuangan, gunakan kebijaksanaan dan saluran parti, bermahasabah dan menilai prestasi masing-masing dalam menyempurnakan tanggungjawab.

Berhubung dengan rencana Sahibus Samahah Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin seringkali memberi kejutan dalam takwilnya mengenai urusan ibadah dan kemasyarakatan. Kita perlu menyambut himbauannya secara terbuka meskipun keberatan menerima hujahnya.

Namun dalam meneliti beberapa penulisan beliau, termasuk menimba pengalaman dari Imam Nawawian, ternyata bernas dan tegas!

Berkenaan ehwal ekonomi dan nilai ringgit, singgungan pengunjung mengenai kemelut ekonomi dibawah pengurusan Umno-BN perlu dihadham. Akibat amalan boros, kehilangan beratus bilion ringgit kerana kebocoran dan rasuah dan kini dipersulit dengan kenaikan harga minyak mendadak, ekonomi negara berada dalam krisis!

Di antara kesan parah yang tidak banyak diketahui umum adalah inflasi melambung tinggi bermakna nilai ringgit merosot. Ia tambah dipersulit manakala wang disimpan. Nilai wang dalam tempoh satu tahun saja menurun!

ANWAR IBRAHIM

No comments: