Pada hari selasa lepas, Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Sabki Yusoff dan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad telah dipanggil untuk diambil keterangan oleh pihak Polis di Balai Polis Dang Wangi berhubungan Himpunan Aman Membantah kenaikkan Minyak pada 13 Jun.
Pihak Polis begitu berminat terhadap isu ini dan bahang kemarahan rakyat selepas pengumuman kenaikkan harga minyak begitu terasa.
Dalam pertemuan itu Sabki memaklumkan bahawa perhimpunan ini adalan perhimpunan aman sebagai manisfestasi rasa tidak puas hati rakyat terhadap keputusan kerajaan yang membebankan rakyat.
Kamaruzaman pula menegaskan bahawa rakyat berhak untuk berhimpun sebagai menunaikan hak demokrasi dalam membahaskan keputusan kerajaan yang dianggap melampau dan drastik. Kenaikkan kali ini adalah yang tertinggi dalam sejarah industri minyak negara.
Pihak Polis walaubagaimana pun tidak memberikan apa-apa reaksi memandangkan kebanyakkan pegawai dan anggota mereka turut terkesan atas kenaikkan ini. Walaubagaimana pun, pihak Polis tetap akan menjalankan tugas mereka sekiranya perhimpunan itu bertukar ganas.
Oleh itu dinasihatkan agar peserta perhimpunan mengambil tempat secara aman dan tidak mencetuskan provokasi melampau. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang tindakan provokatif atau mereka yang melanggar arahan.
Unit Amal PAS Wilayah akan ditugaskan bagi memantau perhimpunan agar ianya berjalan dengan lancar. Diharap para peserta dapat membawa sepanduk dan berarak dengan aman dari Masjid Kg. Baru menuju Suria KLCC melalui Jalan Sultan Ismail dan jalan Ampang.
edyes wrote:
Ok, pastikan kehadiran anda. Perhimpunan tetap akan diadakan dan pastinya ianya akan berjalan secara aman.
No comments:
Post a Comment