Thursday, June 19, 2008

Roslan Aziz mohon maaf

Komposer terkenal Roslan Aziz memohon maaf kepada ahli PAS kerana kenyataannya yang dianggap menghina parti itu berhubung tindakan Dewan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Mas Idayu, sempena 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir negeri itu.

"Sebagai seorang manusia yang beragama Islam, (juga) bapa, suami dan anak yang masih menagihkan ilmu pengetahuan dan keredhaan-Nya, saya dengan merendah hati memohon maaf kepada semua muslimin dan muslimat khususnya ahli-ahli PAS atas perlakuan saya itu," kata Roslan dalam blognya Roslan Aziz Production

edyes wrote:

Terima kasih dengan kenyataan permaafan saudara, semoga Allah merahmati kehidupan saudara dunia dan akhirat.

Pedulikkan kata orang, saudara telah memohon maaf dan menyedari kesilapan. itu yang terbaik.

Cukupkah sekadar mohon maaf ? cukuplah, sedangkan nabi ampunkan umat...

1 comment:

roslan aziz productions said...

"Roslan Aziz ??
Siapa tak kenal kontrovesi, pasti tidak kenal Roslan Aziz, iaitu mantan suami Shila Majid. Bukan mantan suami orang gaji Shila Majid ok."

Bro...tak habis2 cerita pasal orang gaji ? mana awak dapat berita fitnah ni ?Astaghfirullah...
Ya..saya terlanjur kata...tapi saya tak buat tuduhan dan fitnah...
saya kecewa seorang yang mahukan reformasi maseh tidak boleh reformasikan dirinya sendiri !

IKHLAS

roslan aziz

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan