Friday, June 6, 2008

Piket Aman di Seremban



maklumat oleh pasjelebu

Pagi ini tepat jam 9.00 pagi gabungan parti-parti Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan telah mengadakan satu demonstrasi aman di perkarangan Pasar Besar Seremban sebagai menunjukkan bantahan kepada kerajaan BN khususnya Pak Lah kerana telah menyusahkan dan memiskin kan lagi rakyat Malaysia dengan menaikkan harga minyak petrol sebanyak 0.78 sen menjadi RM2.70 seliter dan juga minyak diesel naik sebanyak RM1.00 seliter menjadi harga diesel sekarang kepada RM2.58 seliter.

Seluruh pemimpin parti-parti Pakatan Rakyat NS dari DAP,PAS dan PKR telah hadir dalam demonstrasi aman tersebut. DAP diwakili oleh Pengerusi DAP NS YB Loke dan juga Timbalan Pengerusi P.Guna. Pesuruhjaya PAS NS Saudara Zulkefly Mohamad Omar dan juga Ketua Pemuda PAS NS YB Taufek Ghani turut hadir. PKR dihadiri oleh Cikgu Bard Ahli Majlis Tertinggi PKR dan juga Setiausaha Perhubungan PKR NS Saudara Sabaruddin. Terdapat ramai lagi pemimpin-peminpin lain dari ketiga-tiga gabungan parti yang turut hadir bersama dalam demo aman membantah kenaikan harga minyak tersebut. Wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat seperti YB Aminuddin dan YB Chai Tong Chai turut hadir bersama.

Dalam ucapan beliau YB Loke menyatakan dengan kenaikan harga minyak ini BN telah menyusahkan rakyat kerana ia akan menyebabkan kenaikan harga barang dan juga kenaikan harga perkhidmatan seperti bas dan lain-lain. Saudara Zulkefly juga meminta seluruh rakyat Malaysia membantah kenaikan harga minyak ini dan sama-sama turun ke padang untuk menunjukkan bantahan tersebut. Kerajaan BN terus menerus menindas rakyat jelata, menurut Saudara Zulkefly. Menurut Zulkefly lagi baru-baru ini kenaikan harga beras sudah cukup menyusahkan rakyat maka sekarang ditambah pula lagi dengan kenaikan harga minyak. Bagaimana rakyat Malaysia boleh hidup aman dan tenang dengan tekanan dan bebanan hidup yang cukup tinggi, soal Pesuruhjaya PAS NS tersebut.

Cikgu Bard dalam ucapan beliau mencabar Pak Lah menurunkan harga minyak dan menegaskan supaya Pak Lah berundur atau turun dari takhta PM kerana Pak Lah sudah tidak layak memegang jawatan sebagai PM Malaysia kerana tidak habis-habis berbohong kepada rakyat dan menyusahkan rakyat. Cikgu Bard juga menyatakan PROTES akan mengadakan "kick-off" di NS untuk siri rally membantah kenaikan harga minyak pada 14 Jun 2008 bersamaan pada hari Sabtu. Masa dan tempat "kick-off" bantahan ini akan diberitahu nanti ,kata beliau. Seluruh rakyat NS tanpa mengira bangsa dan keturunan dan juga tanpa mengira apa pun parti politik mereka dijemput untuk hadir dalam program tersebut. Sekarang ini seluruh rakyat sudah susah dan sudah miskin di kerjakan oleh Pak Lah dan BN, maka seluruh rakyat kena datang kata Cikgu Bard lagi. Bantahan raksaksa atau besar-besaran menurut Cikgu Bard adalah pada 14 Julai 2008 di Menara KLCC.

Gambar-gambar demonstrasi aman membantah kenaikan harga minyak di Pasar Besar Seremban.

http://pasjelebu.blogspot.com

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan