Monday, June 30, 2008

Kerajaan Penjajah !


"Inilah niat mereka. Anda tahu, kami akan mengumumkan satu pilihanraya kecil dalam satu pilihanraya kecil," katanya sebuah agensi berita AFP.

"Saya akan bertanding dalam pilihanraya kecil itu, polis juga sudah mengetahui (perancangan) itu."

ANWAR IBRAHIM

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat seperjuangan.

Kerajaan Penjajah. Tajuk entri kali ini agak menggerunkan, semoga Allah memberi perlindungan kepada saya. Kerana rakyat telah dicabar maka saya tampil dengan buah fikiran yang agak lama terpendam meluap-luap. Saya akan ulas berkenaan Dato Seri Anwar Ibrahim di akhir entri ini.

Saya masih ingat sewaktu saya kecil dulu, saya sering dibawa ke Port Dickson oleh arwah bapa untuk bersantai. Kami pergi sekeluarga dan kerap juga wan saya dibawa bersama. ‘Wan’ adalah panggilan bagi nenek di negeri kelahiran saya iaitu Negeri Sembilan.

Sepanjang perjalanan dari batu 4 P.Dickson ke Teluk Kemang, saya begitu teruja dengan rumah-rumah bungalow yang begitu besar. Seraya itu saya pernah berjanji kepada wan untuk menghadiahkan bungalow P.Dickson betul2 di tepi pantai. Janji seorang cucu yang juga janji seorang kanak-kanak riang yang belum kenal erti kehidupan sebenar.

Sedarkah saudara sekalian, jika saya belajar sehingga ke universiti sekalipun, jika saya bergaji 3 ribu sekali pun, belum tentu wan saya dapat merasai bungalow yang telah saya janjikan. Kalau saya tahu erti kehidupan di negara ini, sudah tentu saya tidak akan berjanji kepada wan untuk membeli rumah bungalow itu. cukup cerita kisah silam. Wan saya pun dah arwah berbelas tahun yang lalu.

Kita rakyat yang mempunyai sebuah negara, kita rakyat ada kerajaan ‘prihatin’, kita rakyat ada sumber alam yang begitu lumayan. Tetapi apakah yang kita ada buat diri kita? hutang kereta 30 ribu, hutang rumah 150 ribu, hutang pinjaman peribadi 20 ribu kononnya nak buat business sampingan. Apakah yang telah kita miliki sebenarnya? adakah aset atau liability ? Berapa ramai rakyat Malaysia beli kereta dengan cash? Tiada apa yang boleh dibanggakan jika setakat makan gaji bayar hutang. Saya percaya rakyat tertekan apabila memikirkan nasib ini.

Bukanlah saya nak menyalahkan kerajaan kerana hutang-hutang yang kita 'nikmati', tetapi wajarkah kita mempunyai hutang sebanyak itu jika kita hidup di negara yang cemerlang? Cuba kita andaikan, jika kereta kancil baru dijual dengan harga RM10 ribu, Proton Wira pula 15 ribu, adakah ianya menjadi beban yang besar kepada rakyat? atau adakah kerajaan pula yang terbeban dengan penetapan harga tersebut?

Bayangkan, jika kita hanya membayar RM100 sebulan untuk kereta proton saga baru, dan RM200 sebulan untuk rumah teres, bukankah banyak lebihan gaji? Mengapa keadaan itu tidak boleh berlaku di negara ini? Bukan satu perkara yang mustahil untuk merubah semua kepada sesuatu yang lebih baik untuk rakyat, kita bisa melakukannya, bukan melalui UMNO. Tetapi realitinya yang dihadapi oleh rakyat ialah, bayaran untuk saga baru ialah RM400 sebulan manakala bayaran untuk rumah flat kos sederhana pula RM600 sebulan baik dari segi sewaan mahupun belian. Kerajaan penjajah.

Mengapa kerajaan membiarkan harga Gen-2 60ribu bersamaan 4 kali ganda dari harga kos sedangkan pengeluar Gen2 adalah milik kerajaan? Mengapa kerajaan sanggup menjual kereta nasional dengan harga yang begitu murah kepada negara lain asalkan terjual tetapi kepada rakyat Malaysia, mencecah 60ribu? Bukankah ini satu bentuk penindasan? Oleh kerana rakyat berada di bawah genggaman kerajaan maka rakyat harus dibebankan untuk membantu kerajaan. Kerajaan penjajah.

Apabila rakyat yang semakin terbeban ini mencari inisiatif lain seperti berniaga, lain pula halanganya. Mana-mana kawasan yang telah berjaya menjadi tapak perniagaan, akan keluar notis untuk dirobohkan dengan alasan lazim, kerajaan ingin membangunkan kawasan perniagaan yang lebih 'proper'. Seperti yang kita sedia maklum, ada wang disebalik tujuan ikhlas, pasti, pasti, pasti terdapat way of interest. Apabila dibangunkan tapak perniagaan yang selesa, maka akan ada pula bayaran bulanan yang tinggi dengan tapak yang begitu terhad dan syarat-syarat yang amat ketat. Kerajaan penjajah.

Lain pula jadinya di petaling street. kita semua tahu bahawa apa yang diniagakan di sana adalah barangan tiruan dan banyak terdapat unsur kongsi gelap di sana. Namun, layanan kelas pertama yang mereka dapat, di mana atap serba moden dibangunkan untuk perniagaan haram. Salahkah jika saya katakan, suapan telah berlaku terhadap agensi kerajaan maka laluan mudah diberi kepada peniaga Petaling Street dan lebih dipermudahkan dengan mengiktiraf petaling street sebagai salah satu pusat pelancongan. Shit!

Kita kaji balik, semua projek kerajaan didahului dengan interestnya tersendiri. Kerajaan ada buat rumah flat untuk rakyat miskin, dengan kos beberapa juta di atas kertas, naiklah bangunan flat 17tingkat berupa seperti sarang merpati. Itupun kerajaan bukan beri percuma di atas kependudukkan setinggan berpuluh tahun, malah harus membayar kadaran sewa kepada DBKL, Inikah yang dinamakan Program Rakyat Termiskin?

Tanah asal yang si setinggan ini duduki merupakan tanah haram bagi kerajaan, dengan itu kondominium mewah dibangunkan di tanah tersebut khas kepada mereka sedangkan penduduk asal tinggal di rumah merpati yang rata-ratanya kawasan begitu sendat dan sesak. Kerajaan penjajah.

Projek-projek tembatan banjir sentiasa dipandang remeh, hanya setelah kerugian berbilion ringgit, kerajaan muncul bersama projek billion trowong smart yang juga mempunyai interest berbentuk tol. Pendek dan panjang kata, semua projek kerajaan Barisan Nasional adalah hanya yang memenuhkan poket kroni dan proxy sambil menindas rakyat marhein. Kerajaan penjajah.

Demikian jugalah sekatan yang dilakukan terhadap pemimpin yang berniat untuk membela bangsa. Demi menjaga kepentingan peribadi yang dipupuk sejak dulu kini dan selamanya, usaha untuk menghalang panjatan DSAI menjadi agenda utama para pemimpin kerajaan penjajah. Tindakan tahun 1998 yang lalu diulangi oleh pemimpin yang menjanjikan Islam Hadhari ini demi tujuan yang sama iaitu menghalang pembongkar rahsia dari memiliki kuasa. Iaitu kuasa yang boleh menghumban mereka ke dalam kegelapan. Kerajaan penjajah.

Rakyat pasti bangkit membela pemimpin yang menjanjikan pembelaan. Di saat rakyat berhimpun keluar ke jalanan, datang pula truck merah bomba bersama water canonya. Bomba yang hadir ini bukan datang untuk memadamkan bangunan yang terbakar, tetapi memadamkan api kemarahan rakyat. Air kimia dan bom asap itu tidak akan berjaya memadamkan luapan kemarahan rakyat terhadap kerajaan. Kerajaan penjajah.

Layarilah youtube untuk hari berikutnya, akan dapat di lihat rakyat dipukul, dihentak, disepak, diterajang oleh anjing-anjing kerajaan. Pemandangan sebegini tidak akan dilihat dalam bulletin utama tv3. Berhimpun secara aman bertukar ganas angkara mata-mata gelap, Special branch memainkan peranan untuk rosakkan himpunan aman seperti yang berlaku 1998. Siapa polis untuk belasah rakyat ? Dalam undang-undang mana yang membolehkan polis memukul orang yang berhimpun? Polis mempunyai hak untuk menangkap, tetapi bukan memukul! where is the rule of law?

Pemimpin seperti Dato Seri Anwar Ibrahim tidak terlepas dari menjadi mangsa kerajaan penjajah. Dengan persediaan yang cukup rapi untuk menumbangkan kerajaan penuh korupsi, langkahan dangkal dari pihak kerajaan menjelma demi mematikan langkah Anwar, untuk seketika gamaknya.

Perancangan DSAI sampai juga ke tangan UMNO. Pada pilihanraya kecil di Sanglang kelak, Anwar dikatakan akan membuat pengumuman bahawa beliau akan bertanding di satu lagi pilihanraya kecil yang 'besar'.

Saya jangkakan pilihanraya kecil itu akan melibatkan sebuah kerusi parlimen. Apabila berita ini tersebar ke tangan UMNO, maka laporan polis dibuat supaya DSAI tidak akan dapat bertanding atas sebab terlibat dengan jenayah / masih dalam perbicaraan.

Inilah cara juak Barisan Nasional untuk menggagalkan usaha merampas kerajaan dari tangan mereka. Keadaan ini memberikan tidak banyak pilihan kepada kita sebagai rakyat. Adakah kita perlu lakukan lebih lagi..? Rakyat jangan dicabar, jika rusuhan adalah jalan yang terakhir bagi kita, itulah pilihan yang telah diberi oleh kerajaan penjajah yang memerintah.

Percayalah, mereka akan mempertahankan kerajaan ini bagi menjaga segala rahsia korup mereka. Bukan hanya menjaga kroni2, dan hasil2 haram, malah mereka gentar kerana segala kemungkaran yang dilakukan selama berpuluh tahun akan terbongkar apabila kerajaan ini ditumbangkan.

Kerajaan penjajah ini mempunyai kuasa dalam semua bidang. Polis, FRU, mahkamah, media, SPR dan agensi-agensi lain, jawatankuasa itu dan ini yang menyokong penuh kemungkaran yang berlaku. Kita berazam untuk ubah mentaliti dangkal yang menyelubungi seluruh pegangan kerajaan.

Ayuh, bangkitlah. Jika kamu semua tidak berkesempatan untuk berjuang menentang penjajah seperti di zaman Tok Janggut, jika kamu semua tidak sempat lahir untuk menentang penjajah British bersama Datuk Dol Said, Inilah masanya untuk kamu buktikan darah kepahlawanan yang ada dalam diri setiap rakyat.

Saya percaya, setiap anak Pahang mempunyai darah kepahlawanan Mat Kilau, setiap anak Perak mempunyai semangat menentang penjajahan Datuk Maharajalela, setiap anak Terengganu mempunyai resam Rahmah Limbung, dan akhir sekali, setiap anak Malayu mempunyai darah Jebat dalam memartabatkan keadilan. Bangkitlah bangsaku, menentang penjajah era baru. Kerajaan Penjajah.

RE-FOR-MA-SI

RE-FOR-MA-SI

RE-FOR-MA-SI

TAKBIR!!


EDYES

30 JUNE 2008

Jumpa lagi satu Gambar


Sah ! Musang berbulu ayam

gambar selebihnya di sini.

sumber gambar di atas dari pinkturtle

Khairul Faizi : Pesanan Untuk Saiful Bahari

Saya mempunyai maklumat penting yang ingin dikongsi bersama. Walaubagaimanapun, originality maklumat ini adalah dari rakan saya Khairul Faizi iaitu Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat.

Kita akan dapat melihat bagaimana si Saifool Bahari ini menjejaki PKR pada February lepas.

sila klik sini untuk ke blog minda-kembara

Anwar: Tahniah di atas kelincahan pasukan khas kita!

Kedutaan Turki

Saya tiba ke Kedutaan awal pagi, berlepas dari Quality Inn. Tahniah diatas kelincahan pasukan khas kita!

Pastilah keletihan kerana hampir tidak tidur malam tadi mendengarkan asakan hujah pimpinan. Pastinya kami menganggap Turki negara sahabat dan keputusan untuk ke sini adalah kerana isu keselamatan semata.

Pengalaman lalu mengajar kita bahawa tindakan ganas dan rakus bisa saja dari pendendam. Dan dalam konteks ini cadangan laporan polis saya terhadap Musa Hasan dan Gani Patail adalah berkaitan. Kita dapat buktikan bagaimana mereka berdua terlibat dalam merekayasa bukti, mendera dan menakutkan orang terlibat.

Maka apa yang dipohon adalah jaminan tegas pimpinan negara agar kecurangan lalu tidak berulang! Sebaik ada jaminan keselamatan diri dan keluarga, kami akan segera pulang.

Meskipun layanan di sini agak lumayan, tidak mungkin sama dengan keselesaan di rumah. Dan tidak diizinkan sebarang pertemuan dengan media atau sahabat. Hanya Azizah dan anak-anak dibenar menziarah saya.

Muda-mudahan pihak pemerintah segera memberikan jaminan keselamatan kepada saya sekeluarga. Jika tegas pengumuman sedemikian, saya akan segera pulang meninggalkan Kedutaan.

ANWAR IBRAHIM

Sunday, June 29, 2008

The Picture of the event


Saiful Bukhari Azlan (left in blue shirt) and Khairil Annas Jusoh (right) work for Deputy Prime Minister Najib Tun Razak




Gambar oleh Malaysia Today

Konspirasi Anwar : Khutbah Jumaat juga Terlibat


Konspirasi. Satu serangan taktikal yang disusun mengikut aturan dan
turn dengan menggunakan segala sumber yang ada value of posible. Dengan kekuatan yang ada iaitu menguasai media, menguasai penghakiman, menguasai kepolisian, maka konspirasi ini akan berjalan dengan lebih lancar dan teratur sekali.

Pada hari Jumaat yang lalu, saya sedikit terlewat untuk menunaikan solat Jumaat tetapi alhamdulillah sempat untuk mendengar khutbah. Pada akhir khutbah tersebut, imam dengan tak semena-mena telah memasuki bab hubungan sejenis yang berleluasa, homoseksual yang melanda negara. Juga disebut ianya termasuklah golongan remaja, golongan profesional, golongan top management dengan menyebut satu contoh kes CEO, dan akhir sekali golongan yang dikatakan terlibat ialah golongan alim ulamak.

Pada waktu itu, saya terfikir tentang Anwar. Apakah khutbah hari ini bersangkut paut dengan Anwar? Saya berfikir demikian kerana sumpah ezam yang menyebut ada perkara yang menyebabkan beliau meninggalkan DSAI. Perkara yang bermain dalam benak kepala hotak saya merujuk kepada maksud Ezam ialah kes liwat Anwar. Ini kerana Ezam menyatakannya dari sudut prinsip agama.

Kita semua sedia maklum bahawa kebiasaanya isi teks ucapan khutbah Jumaat adalah berlandaskan keadaan semasa dan isu-isu yang melanda negara pada minggu sebelumnya.

Saya tidak pasti apakah saudara pengunjung yang lain mengikuti khutbah yang sama walaupun di masjid yang lain. Tetapi saya sedia maklum bahawa teks khutbah adalah standard satu malaya.

Oleh demikian, jika benar teks khutbah Jumaat adalah sama seluruh negara, maka saya katakan inilah konspirasi ! Arakian dengan cara ini, penyebaran berbentuk khutbah tersebut bagi membolehkan umat yang hadir pada sembahyang Jumaat menyedari akan gejala homoseksual ini merangkumi semua golongan.

Jadi, dengan tersebarnya teks ini juga, membolehkan konspirasi berjalan lancar di mana keesokkanya (Sabtu) timbul satu lapuran polis mengenai homoseksual yang membabitkan DSAI.

Kita ada akal, akal yang membuahkan fikiran, fikiran yang menghasilkan keputusan.

Kita tidak akan berdiam diri. Taktik kotor ala Mahathir ini harus kita lawan. Lawan tetap Lawan. UMNO sudah tidak releven.

Janganlah kita biarkan politik kotor ini menyelubungi kehidupan kita. Rakyat ditindas, bukan bermakna rakyat tidak boleh membalas. Lawan tetap Lawan. RE-FOR-MA-SI !

EDYES

Wan Azizah Buat Pendedahan Penting !



Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam sidang media sebentar tadi mendedahkan gambar pengadu kes Anwar, Saiful Bukhari Azlan dengan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof.

Gambar itu akhirnya mencetus tanda tanya samada kes dakwaan liwat terbaru membabitkan Anwar itu adalah berpunca dari konspirasi seseorang.

Beliau tidak mendedahkan siapa yang menyerahkan gambar tersebut namun disyaki adanya konspirasi seperti kes pada tahun 1998 membabitkan Anwar.

Namun menurut sumber, Saiful adalah Pegawai Khas Anwar yang menjadi sukarelawan ketika pilihan raya umum lalu dan beliau dikatakan bukan ahli KeADILan.

Wan Azizah yang mengulas perkembangan terbaru itu menyatakan rasa kecewa dengan dakwaan tersebut yang dikatakan sekali lagi untuk menjatuhkan Anwar.

Malah menurut Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali, kini konspirasi itu bukan sahaja untuk menjatuhkan Anwar malah mengancam hidup Anwar.

Pimpinan KeADILan sepakat mengecam konspirasi terbaru ini yang nyata sekali untuk menjatuhkan Anwar tatkala perkembangan KeADILan semakin hampir memerintah kerajaan, kata Syed Husin.

Pimpinan KeADILan sendiri sepakat tidak mempercayai dakwaan Saiful itu malah menyokong penuh kepimpinan Anwar.

Suasana di perkarangan hotel dekat sini semakin bising dengan laungan reformasi dan takbir.

Sejak semalam, timbul desas-desus yang menyatakan bahawa Anwar akan ditahan ekoran satu laporan polis yang dibuat terhadapnya semalam.

Laporan tersebut dibuat oleh pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa telah diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut.

Sumber KeADILan mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu khas Anwar semalam dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.

Sementara Saiful Bukhari dikatakan sedang memberi keterangan di salah sebuah balai polis di Kuala Lumpur.

Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan dalam laporan tersebut dan mendakwanya ianya merupakan satu rekaan semata-mata.

Sebaliknya, beliau berkata, laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk 'menyerangnya' sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salah laku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999.

Anwar dijangka membuat laporan polis berhubung bukti-bukti yang diperolehinya itu hari ini.

Presiden KeADILan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan perkara itu tetapi tidak diketahui bila dan di mana laporan itu akan dibuat.

Dalam kenyataannya pagi tadi, Wan Azizah berkata, Saiful merupakan seorang sukarelawan yang tampil membantu KeADILan, sewaktu pilihan raya umum lalu.

Ekoran itu, katanya, mereka tidak membuat sebarang semakan latar belakang pengadu.

ImageMengenai laporan tersebut, beliau berkata, ia bertujuan untuk mencemarkan masa depan politik Anwar.

Menurut Wan Azizah perkara yang sama berlaku sepertimana 10 tahun yang dulu.

Anwar, bekas TPM dan Menteri Kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1998 kerana didakwa menyalahguna kuasa dan dituduh terbabit dalam perbuatan liwat.

Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman liwat dan membebaskan Anwar.

Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.

Laporan lanjut menyusul./wann_

edyes wrote:

Ini sebuah counter attack yang terbaik dalam dekad ini. Pendedahan yang dibuat oleh Wan Azizah ini akan menjadi titik tolak penentu.

Adakah perjumpaan Saiful Bukhari Azlan dengan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof adalah satu kebetulan?

Modal yang penghabisan telah dicanang. Tapi percayalah, dengan perkembangan terbaru ini, kita akan dapat melihat satu pembersihan kepada nama Dato Seri Anwar Ibrahim terhadap segala tuduhan bersangkutan liwat terhadap beliau.


No Arrest has been made yet

Update 1.00 am - “Beribu sedang berkumpul di Quality Hotel Shah Alam menghalang pihak yang cuba menangkap DSAI atas tuduhan serupa dengan episod 1998″ Radio Belukar KB.

Update 1.10am. “An aide of a senior opposition has alleged in a police report that the politician sodomised him, he has been warded in hospital”./ Star News Alert.

Update 9.08am. “No arrest has been made yet. Anwar will hold a Press Conference today in Shah Alam. According to my source closely link to Anwar, the fella in the centre of this latest indescribable accusation against the former DPM, has only been working with Anwar for the last 3 months.

Anwar was quoted as saying, the 23 years old Saiful Bahari has been missing for two days. Anwar then was informed that Saiful was picked up by police yesterday and hours later filed a police report against Anwar.

sumber kickdefella

Friday, June 27, 2008

Mesti Tonton : Hujah Mahfuz di Parlimen

Perbahasan sebelum usul penstrukturan subsidi.

Terdapat dua bahagian, kedua-dua bahagian ini penuh dengan dalil2 mengapa kerajaan tidak harus menaikkan harga minyak. Penuh fakta bersama emosi.

Bahagian 1

Bahagian 2

Sila luangkan masa anda untuk mendengar rintihan seorang pemimpin bagi mewakili rakyat. Bukan seperti 129 pemimpin bacul yang mengundi sokong usul menteri PDNHEP.

Mereka (MP Barisan Nasional) tahu logiknya hal minyak ini tidak dinaikkan, tetapi berdiam diri kerana telur mereka digenggam oleh tingkat 4 Perdana Putra.

Reminder : PROTES Sejuta Umat - 6 Julai










Sumpah Si Ezam

“Dengan nama ALLAH saya tinggalkan Anwar atas prinsip sebagai seorang Muslim yang berpegang kepada prinsip Islam yang tidak membenarkan saya membantu beliau menjadi pemimpin dalam apa cara sekalipun,”

Sumpah Ezam si penyelamat bangsa+t.

edyes wrote:

Dengan nama ALLAH, saya cabar Ezam untuk tidak berselindung, tidak main sembunyi-sembunyi, dan tidak main kotak kotak melainkan fakta dan kenyataan.

Mengapa perlu berselindung wahai Ezam, mengapa perlu tunggu? Jika benar DSAI tidak layak menjadi PM atas sebab-sebab yang kau tahu, adalah menjadi kewajipan untuk menyampaikan kepada semua rakyat biarpun ianya penuh keaiban. Jika aib yang dilakukan, maka layaklah seseorang itu diaibkan kerana rakyat tidak wajar menerima si aib sebagai pemimpin.

Jika benar DSAI tidak boleh dibiarkan menjadi PM, sila buktikan dengan bukti, bukan bukti dengan kata-kata, bukan bukti dengan sumpahan, tetapi bukti yang membuatkan seluruh rakyat menolak kepimpinan Anwar. Jika itulah musibat engkau Ezam, ingin melihat kejatuhan seorang pemimpin pembela bangsa.

Kalaupun betul engkau bersumpah, mengapa dulu ketika setia bersama DSAI tidak kau dedahkan segalanya? Kenapa sesudah masuk UMNO baru nak bersumpah macam ni. Adakah ini bermakna selama ini kau bersubahat dengan orang yang kau tuduh? Fasik sungguh.

"Jika datang kepada kamu seorang yang FASIK membawa sesuatu berita, hendaklah kamu selidik terlebih dahulu, semoga kamu tidak menghukum sesuatu kaum dengan sebab kejahilan kamu (atas perkara yang disampaikan itu)
"

Engkau juga jangan lupa Ezam, jika politik Dato Seri Anwar Ibrahim berkubur sekalipun, Semangat Reformis dalam setiap diri kami tetap berkobar. Kami akan pastikan engkau bersama UMNO hancur lebur ditelan arus tsunami rakyat !

Tiada yang aku nampak selain kepentingan peribadi disebalik akuan sumpah ini.

Thursday, June 26, 2008

Akan tiba giliran kami, Setelah Muafakat Tercapai !

Yahya Buktikan Dengan Resit

Bekas pegawai kanan menteri besar Selangor didakwa menunjukkan resit dan akaun penerimaan wang derma, sepatutnya untuk kerajaan negeri, yang dimasukkan ke akaun PKR sehingga mencetuskan kontroversi dalam pentadbiran Pakatan Rakyat.


Mohd Yahya Mat Sahri, yang meletakkan jawatannya itu Isnin lepas, dikatakan membuat pendedahan itu dalam mesyuarat perhubungan PKR Selangor yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

"Beliau (Yahya) juga mengakui membawa wakil PAS dalam mesyuarat (tentang akaun tersebut)," kata beberapa pemimpin parti yang turut hadir kepada Malaysiakini.

edyes wrote:

Kenapa perlu berperang? Hal-hal sebegini sepatutnya diselesaikan segera tanpa publisiti.

PKR bukan kemaruk wang seperti Umno. Kita ada perkara lebih besar yang nak diperjuangkan iaitu membebaskan rakyat Malaysia dari dari cengkaman kesengsaraan.

Logiknya, wang derma tersebut dipindahkan kepada akaun PKR negeri kerana Pakatan belum mempunyai akaun tersendiri, kalau masuk akaun PAS, dah tentu parti PAS akan lebih teruk dihentam. Akaun tersebut wujud sejak menghadapi pilihanraya yang lepas.

Kalau iyapun ada kesilapan teknikal di mana-mana, tolong jangan buat statement yang bakal menjadi modal kerajaan pusat. Kita ada parti, kita ada pakatan, perlu ikut saluran. Jangan jadi cacamerba kelak akan disamakan dengan parti kuno UMNO. Mereka sentiasa menunggu peluang terbaik untuk memutar alam.

Penglibatan Adik DSAI dalam scenario kerajaan selangor juga merimpakkan keadaan. Notis 24jam oleh beliau menunjukkan tanda commitment jitu dan diharap menjadi noktah di situ. Keadaan akan pulih seperti sediakala, sudah tiba giliran pakatan, yang telah berjaya menangkis serangan, harus membuat tembakkan balas. Kita akan redah semua.

Kita semua kena sedar, ini adalah ujian demi ujian untuk Pakatan Rakyat. Kita harus lebih bersatu untuk menumbangkan kerajaan penjajah. Sudah lupakah janji kita dulu, iaitu tidak akan sekali-kali berputus-harapan selagi kerajaan UMNO tidak lenyap dari mukabumi Malaysia ini.

Kita harus yakin. Ini kehidupan kita, tidak harus kita menanggung beban demi kekayaan pemimpin korup. Ingat semua, ingat semua, ingat semua wahai pejuang perubahan, pejuang reformasi, sang rajawali perkasa. Perjuangan masih belum berakhir.

Ayuh, jalankan peranan masing-masing. Kita masih punya harapan untuk menikmati Malaysia yang lebih mapan, lebih berkebajikkan. Kita jangan menyerah kalah. Kita bukan meminta-minta di negara orang, kita bukan pendatang yang meminta belas ehsan kerajaan. Kita adalah rakyat yang memilih kerajaan, suara rakyat suara keramat. Bangkitlah !! sudah lupakah ungkapan ini... sudah lupakah ungkapan ini... sudah lupakah ungkapan ini..? RE-FOR-MA-SI

RE-FOR-MA-SI

RE-FOR-MA-SI

RE-FOR-MA-SI

Fahami Kerangka Perjuangan Secara Bijaksana

Fahami Kerangka Perjuangan Secara Bijaksana

Saya hargai pengertian saudara-saudara. Berulang kali ditegaskan: faham kerangka besar perjuangan, gunakan kebijaksanaan dan saluran parti, bermahasabah dan menilai prestasi masing-masing dalam menyempurnakan tanggungjawab.

Berhubung dengan rencana Sahibus Samahah Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin seringkali memberi kejutan dalam takwilnya mengenai urusan ibadah dan kemasyarakatan. Kita perlu menyambut himbauannya secara terbuka meskipun keberatan menerima hujahnya.

Namun dalam meneliti beberapa penulisan beliau, termasuk menimba pengalaman dari Imam Nawawian, ternyata bernas dan tegas!

Berkenaan ehwal ekonomi dan nilai ringgit, singgungan pengunjung mengenai kemelut ekonomi dibawah pengurusan Umno-BN perlu dihadham. Akibat amalan boros, kehilangan beratus bilion ringgit kerana kebocoran dan rasuah dan kini dipersulit dengan kenaikan harga minyak mendadak, ekonomi negara berada dalam krisis!

Di antara kesan parah yang tidak banyak diketahui umum adalah inflasi melambung tinggi bermakna nilai ringgit merosot. Ia tambah dipersulit manakala wang disimpan. Nilai wang dalam tempoh satu tahun saja menurun!

ANWAR IBRAHIM

RM18 Juta untuk Landscap Putrajaya

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Penyelenggaraan bulanan landskap di Putrajaya menelan belanja RM1.5 juta atau RM18 juta setahun, persidangan Dewan Rakyat diberitahu.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique berkata sejumlah 29 kontraktor landskap yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bagi Projek Seni Taman telah dilantik bagi menjalankan penyelenggaraan landskap mengikut pembahagian zon penyelenggaraan.

edyes wrote:

RM 18 juta bagi pokok vitamin, Jaga kesihatan pokok, make up pokok tu cantik2. Supaya warga Putrajaya lebih sihat, aman dan makmur. Begitulah gamaknya kot.

Saya bukanlah seorang yang arif tentang landscaping ini, tapi RM18 juta setahun hanya untuk 'penyelenggaraan' adalah terlalu besar bagi orang kebanyakkan seperti saya. Adakah 18Juta tersebut benar-benar untuk penyelenggaraan atau untuk 'pengenyangan' pihak tertentu.

Kot ye pun kita nak jadi kerajaan paling cantik dalam dunia sekalipun, kalau kita nak jadi kerajaan paling mewah dalam dunia sekali-duapun, kalau kita nak jadi kerajaan yang mempunyai lanscap paling indah dalam dunia dua-tigakalipun, tolonglah fikirkan tentang rakyat.

Jika semua rakyat Malaysia tinggal di dalam suasana kediaman seperti di Putrajaya, tidaklah saya kisah sangat pun kerana ianya akan nampak selaras. Tetapi sebagai kerajaan yang memerintah, mereka harus sedar akan kadar kemiskinan tegar, kadar kemiskinan tak tegar, kadar pengangguran, kadar setinggan, kadar kais pagi makan petang.

Kerajaan patut alert dengan perangkaan ini. Dan jika kerajaan prihatin, tidak ada sebab untuk kerajaan membelanjakan 18juta setahun semata-mata untuk meng'gah'kan Putrajaya malah sepatutnya membelanjakan sejuta demi sejuta untuk membantu golongan susah di negara ini.

Masih lagi terngiang-ngiang di telinga ini, masih lagi terfikir-fikir di benak ini berkenaan slogan yang berbunyi "satu juta untuk satu emas olimpik", kini kedengaran pula "18juta setahun untuk penyelenggaraan Putrajaya". Malaysiaku yang gagah perkasa, merah putih kuning biru warnanya....

Wednesday, June 25, 2008

Juak Yahya, Tolong Baca Sampai Habis...

Oleh Topeng_Perak

"a
Assalamu'alaikum...

Kenapa perlu berbogel? kalau ya pun tak setuju dengan keputusan pimpinan atasan, tak kan dah tak ade cara lain nak tunjukkan tak puas hati? tak malu ke kemudian hari nanti? orang lain pun berjuang jugak & berjasa jugak & lebih ramai lagi yang dipinggirkan, tapi tak de pulak yang ambik tindakan membogelkan diri sendiri...

Ini "protes" cara baru ke?kalau "badan" tu cantik tak pe la jugak...ini tidak...penuh dengan kurap,panau,kayap,daki-daki,nanah,kudis-kudis & macam-macam lagi. apa lah bodoh sangat sampai kena dedahkan semua tu? kerbau kat kampung aku lagi banyak jasanya kat orang kampung tapi tak pernah mengamuk pun bila nak kene sembelih. tau jugak kerbau tu erti "pengorbanan".

(TOLONG BACA SAMPAI HABIS)

Artikel aku ni aku tujukan pada ibnukhuzaimah & rakan-rakan "reformis" pro Yahya.

Aku rasa engkorang tak baca artikel aku sebelum ni [ klik ] pasal isu yang sama.entah engkorang tak baca atau engkorang baca tapi sebab "keras kepala" engkorang tak terima teguran aku tu.

Bukan aku je yang buat teguran...engkau tengok kat ruangan komen kat bawah artikel tu pun engkorang boleh baca macam-macam teguran tambahan pembaca bagi.semuanya bagi nasihat yang baik,kecuali engkau sorang je kat situ yang buat pendedahan...untuk apa?engkau ingat aku peduli dengan pendedahan engkau tu?mungkin engkau & rakan-rakan "reformis"(kununnya) engkau ni memang jenis "degil & tak boleh ditegur".elok engkau ajak kawan-kawan reformis(kununnya)engkau ikut jejak "kuda trojan" engkorang tu.sesuai sangat dengan lagak engkorang.

(TOLONG BACA SAMPAI HABIS)



FIKIR SECARA LOJIK GUNA OTAK DALAM KEPALA
...jangan fikir pakai NAFSU..!

Dalam ni aku tak nak sentuh pasal dakwaan-dakwaan engkau pada pimpinan engkau tu & aku tak minat nak ambik tau.aku cuma nak jelaskan pada engkau & TOLONG SAMPAIKAN sekali penjelasan aku pada rakan-rakan reformis engkau tu apa yang aku nak jelaskan.kalau engkau & rakan-rakan engkau betul-betul macam yang engkau panggil "REFORMIS",mesti engkau boleh terima teguran aku & rakan-rakan kat sini.
*rakan-rakan yang lain boleh tambah pada ruangan komen - tolong bantu rakan kita ni.

1 : Tindakan MB Khalid yang jadi isu - pesanan sms memaklumkan supaya Yahya tidak terkejut akan tindakan yang akan dikenakan keatasnya keesokan hari.

Apa masalahnya dengan pesanan sms tu?bagi aku,tindakan Khalid mengirim sms adalah satu tindakan yang bijak.kalau engkau jadi Khalid,apa agaknya cara terbaik bagi engkau?call & bagitau terus?larat ke engkau nak bersoal jawab dalam hp?ini bukan isu kecik untuk engkau bincangkan dalam hp.ini isu yang melibatkan KERAJAAN NEGERI.bagi aku memadailah dengan maklumkan melalui sms kemudian seterusnya boleh bincang dipejabat keesokan hari.susah sangat ke?kalau pegi pejabat tiba-tiba dapat tau kena gantung macam mana?tak ke lagi haru?

2 : Gantung tugasan.

Apa masalahnya kena gantung tugasan?GANTUNG TUGASAN SAHAJA bukannya BUANG atau DILUCUTKAN JAWATAN.kenapa nak melatah mengalahkan orang kene buang kerja?setakat kena gantung kerja bagi aku perkara biasa dalam mana-mana institusi bila terlibat dengan siasatan BPR.bagi aku ni perkara normal(kecuali orang UMNO).

Kenapa mesti gantung?

Ini semua kena jelas...untuk memudahkan siasatan BPR,sebaik-baiknya individu terbabit WAJIB digantung tugasan buat sementara waktu.tujuannya - supaya siasatan tidak terganggu.engkau bayangkan kalau engkau jadi anggota BPR.engkau buat siasatan di pejabat sipolan-sipolan,tiba-tiba ada dokumen hilang.siapa akan jadi suspek utama?BPR tak kan cari orang lain...mesti dia cari "tertuduh" sebab kemungkinan "tertuduh" akan melarikan apa-apa dokumen berkaitan untuk menutup@menghilangkan bukti.

TAPI - kalau tertuduh TIDAK BEKERJA semasa siasatan dijalankan,"tertuduh" tidak akan menjadi suspek utama kalau apa-apa dokumen hilang.itu yang nak dielakkan oleh MB Khalid.engkorang dah lama jadi "reformis" mungkin dah nak masuk 10 tahun patutnya engkorang tau benda-benda macam ni & sepatutnya tak payah sape-sape jelaskan untuk engkorang.bro......berani kerana benar,takut kerana salah.

Kalau benar,kenapa nak melatah?

(TOLONG BACA SAMPAI HABIS)


3 : Jasa,pengorbanan & penghargaan.

Ini yang aku nak tekankan pada engkorang & aku nak tanya beberapa soalan pada ibnukhuzaimah & rakan-rakan reformis...
soalan 1 - apakah ukuran "jasa" seseorang pada perjuangan reformasi?
A.bersama membangkitkan "reformasi" di Malaysia(1998)
B.bersama mengembangkan perjuangan "reformasi"(1998-2008)
C.bersama mempertahankan perjuangan "reformasi"(hidup)

soalan 2 - apakah ukuran "pengorbanan" seseorang pada perjuangan reformasi?
A.bersama-sama berdemonstrasi
B.bersama-sama mengahadapi bom asap & air kimia dalam demonstrasi
C.bersama-sama dibelasah semasa demonstrasi
D.bersama-sama tertangkap semasa demonstrasi
E.bersama-sama di ISA kan kerana berdemonstrasi

soalan 3 - apakah jenis penghargaan yang para reformis nikmati?
A.jawatan dalam parti
B.pangkat dalam parti
C.kedudukan dalam kerajaan negeri

soalan akhir & main point aku - hampir semua para "reformis" berjasa,berkorban tetapi berapa kerat yang mendapat "penghargaan" & pernahkah mereka-mereka yang tidak mendapat apa-apa anugerah & penghargaan mengadu domba pada mana-mana pihak kununnya jasa & pengorbanan mereka tidak dihargai?pernahkah mereka-mereka yang kita tidak kenal ini menuntut apa-apa penghargaan dari pihak pimpinan?pernahkah mereka-mereka ini menuntut agar jasa-jasa mereka ini dibalas setimpal dengan jasa & pengorbanan mereka?

(TOLONG BACA SAMPAI HABIS)


Terus-terang aku katakan jasa & pengorbanan engkorang kat atas tu tak dapat disamakan dengan jasa & pengorbanan mereka-mereka yang dibawah ni...engkorang kat atas tu masa demo,polis tak berani pukul sebab engkorang kira macam leader la,korang femes jadi polis x brani nak buat sembarangan...macam mana polis nak pukul?rakyat kat bawah ni awal-awal dah tolong cover engkorang...kepong engkorang supaya engkorang selamat.

Berapa ramai "reformis" yang balik berdemo dengan kepala berdarah & badan lebam-lebam kena cota,kena rotan,kena bom asap,kena tendang terajang,kena air asid & macam-macam lagi.engkorang datang demo naik apa & balik demo naik apa?engkorang tau tak berapa ramai yang balik rumah macam balik perang.anak bini menangis-nangis dekat rumah.ada jugak anak bini yang melopong je tunggu suami tak balik-balik berhari-hari,tau-tau ada dalam lokap.

Engkorang bila kena tangkap cukup femes...masuk muka depan,macam filem star tapi reformis yang lain-lain dapat apa?engkorang tau tak berapa ramai anak bini menangis kat rumah masa tu tunggu bapa & suami diorang tak balik-balik.sape yang bapak-bapak diorang tu pertahankan?engkorang kan?bagi aku engkorang cukup bertuah,semua reformis yang engkau tak pernah kenal secara sukarela pertahankan engkorang masa tu tapi pernah ke diorang mintak balasan,penghargaan & pangkat???

Bagi aku engkorang yang cepat melatah ni TAK LAYAK LANGSUNG digelar sebagai "reformis" sebab perjuangan engkorang tak ikhlas.ikhlas apa kalau bila sampai masa engkorang asyik mengungkit jasa & pengorbanan engkorang yang bagi aku tak seberapa tu!!!???

(TOLONG BACA SAMPAI HABIS)


Nasihat aku pada ibnukhuzaimah & rakan-rakan "reformis".

Bertindaklah menggunakan akal.jangan cepat melatah.apa-apa masalah dalaman parti janganlah didedahkan sewenang-wenangnya.kita berjuang demi kebenaran,kita laungkan perubahan tapi semua tu tak de gunanya kalau kita sendiri tak amalkan.semua parti ada prosedur masing-masing.ikutlah prosedur yang ada.cara yang engkorang ambik ni sebenarnya mengeruhkan keadaan padahal keadaan tenang je.Yahya belum dihukum...dia cuma digantung sahaja.MB Khalid kan dah jelaskan habis siasatan,kalau tak bersalah yahya akan mula bekerja semula seperti biasa.itu prosedur yang MB Khalid gunapakai.

Bagi aku,masih belum terlewat lagi untuk engkorang renung balik baik buruk apa yang berlaku.tindakan engkorang tu terlalu awal bagi aku.terlalu terburu-buru.masalah tak kan selesai...sebenarnya bagi aku tak de masalah pun yang timbul dari awal...engkorang yang timbulkan masalah tu.bawak-bawak berkumpul,bincang cara adik-beradik,bincang sesama rakan seperjuangan...jalan penyelesaian pasti ada.

Kita dalam Pakatan Rakyat kan dah sepakat,pimpinan pun dah buat kenyataan jadikan TGNA sebagai contoh.jangan mendahului pemimpin.apa-apa bawak berbincang.engkorang kena ingat,seluruh rakyat Malaysia sedang memerhatikan Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi PKR.engkorang sebagai leader dalam Pakatan Rakyat sepatutnya tunjuk contoh yang baik pada rakan-rakan sekutu Pakatan Rakyat.

Ahli PKR sendiri mesti tau 1 perkara & kenyataan ni - hampir 50% rakyat Malaysia sedang bandingkan PKR dengan UMNO & ada yang mengatakan PKR tak lebih dari parti serpihan UMNO.itu kenyataan!!!jangan sampai tuduhan tu jadi kenyataan.nanti sia-sia je jasa & pengorbanan engkorang selama ni.engkorang tak rasa malu ke bila engkorang disamakan dengan UMNO?aku sebut UMNO pun dah rasa nak muntah dah.

(TOLONG BACA SAMPAI HABIS)


Fikir & renunglah balik apa yang aku taip ni.aku pun harap sangat bukan engkorang je yang fikir benda ni,kalau boleh semua kita dalam Pakatan Rakyat muhasabah diri.jangan terlalu asyik mencari kesalahan orang(harap aku sendiri pun sama jugak muhasabah diri).kadang-kadang kita ghairah sangat mencari kesalahan orang sampai kita lupa kelemahan kita & tak mustahil kita sendiri yang dedahkan kelemahan kita pada lawan kita.

Come on friend...ini baru ujian awal...banyak lagi yang akan datang & tak mungkin dapat kita jangkakan.kembali balik pada asas perjuangan kita,lupakan dulu soal kuasa(kalau boleh tak yah fikir).perjuangan kita belum selesai.kembali semula dalam permuafakatan ni & sama-sama kita langkah kaki kanan kearah tujuan kita.

Aku yakin kalau engkorang muhasabah diri,rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat baik PAS,DAP & PKR akan jadi lebih kuat lagi...jangan layan musuh dalam selimut.

Ingat kawan...bersatu kita teguh,bercerai kita roboh(pinjam ayat parti raba-raba).rakan-rakan yang lain pun aku harap sama-sama kita tegur kesilapan sesama kita.kalau aku buat silap,jangan malu-malu nak tegur kesilapan aku.aku pun macam tu jugak,mana yang aku rasa buat silap & perlu ditegur,aku akan tegur.mungkin cara teguran aku tak sama tapi matlamat "menegur" tu 1 je...untuk kebaikan kita.aku ulang - untuk kebaikan kita,bukan kebaikan aku sorang atau sape-sape individu perseorangan...

Oi...panjang betul taipan aku kali ni...aku harap taipan aku ni tak sia-sia & aku berdoa kepada Allah semoga kita semua diberi kekuatan oleh-Nya dalam perjuangan kita ni.

*gambar tengkorak main gitar tu tak de kene mengena dengan artikel ni...saje je aku letak situ...

Berjuang,berjuang,berjuang & terus berjuang!!!

http://perisikrakyat.blogspot.com/

Gambar Press Boycott

Berikut gambar-gambar yang merakamkan suasana di lobi Parlimen sejak pagi tadi.





oleh Mstar Online

25-06-2008 10:50:27 AM

PETUGAS-petugas media di Parlimen tidak lagi dibenarkan membuat liputan berita di lobi Parlimen yang sebelum ini merupakan kawasan bagi menteri atau Ahli Parlimen mengadakan sidang akhbar. Pihak media yang tiba seawal 9.30 pagi ini telah dilarang berada di kawasan itu oleh petugas keselamatan Parlimen yang menjelaskan ia atas arahan pejabat pentadbiran Parlimen.

Pulis ambil keterangan Rosmah

oleh malaysiakini

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan bahawa isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, terbabit dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu seperti yang didakwa oleh Raja Petra Kamaruddin.

rosmah mansor and altantuya murder caseNajib juga berkata, Rosmah telah dipanggil memberi kenyataan kepada polis ekoran dakwaan terbaru dalam akuan bersumpah Raja Petra itu.

Bercakap kepada pemberita di Parlimen hari ini, Najib berkata apa yang ditulis oleh Raja Petra adalah satu pembohongan semata-mata.

Najib juga menyifatkannya sebagai satu tindakan terdesak untuk mencemarkan imej politik beliau.

Sebelum ini, beliau mempengerusi mesyuarat kabinet mengenai masalah pendatang tanpa izini di Sabah.

Raja Petra, dalam akuan bersumpahnya 18 Jun lalu, mendakwa Rosmah bersama dua lagi berada di tempat kejadian sebelum wanita Mongolia itu diletupkan.

Najib dan isterinya beberapa kali menafikan pembabitan mereka dengan kes ini, yang masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pengendali blog Malaysia Today juga mendakwa perdana menteri menerima maklumat tentang pembabitan tiga individu itu, termasuk Rosmah, dan menyerahkan laporan perisikan kepada menantunya dan juga naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Bagaimanapun, semalam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan ada menerima laporan bertulis daripada perisikan tentera mengenai mereka yang terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.

Abdullah dilaporkan berkata: "Memang saya concern (dengan dakwaan penulis Malaysia-Today Raja Petra Kamarudin). Perbuatan Raja Petra itu tidak boleh diterima. Sebab apa yang dia nyatakan itu adalah sesuatu yang tidak betul.

"Terutamanya dalam surat itu (akuan berkanun Raja Petra) disebut yang saya dah diberi satu laporan mengenainya dari pihak perisikan tentera.

"Itu tak betul," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan jawatankuasa khas mempertingkat daya saing kelapa sawit di bangunan Parlimen semalam.

edyes wrote:

Belum bicara mana nak tau betul ke salah paklah... Atau paklah dah tau keputusan mahkamah kelak?

Mari kita tunggu apa kata Khairy, si pemangsa pembela bangsa.

RPK Muncul Kembali !

RPK: I'm back with a new police story...

Badawi or RPK's mystery, "reliable" source? The PM has denied (here, NST Online) accusations made by Raja Petra Kamarudin in his Statutory Declaration. In the SD, RPK said he had been "reliably informed" that the Deputy PM's wife, together with several other people who are not among those charged for the murder of Altantuya, was present when the Mongolian was blown up with C4 explosives somewhere in Shah Alam.

selanjutnya di blog Rocky Bru. (banyak pulak source Brader rocky hari nie)

Kedatangan Dr Shaaribu pada ahad lalu menggegar politik negara. Kali ini beliau 'concern' mengenai artikel Raja Petra dalam weblognya malaysia today berikutan penglibatan Isteri TPM dalam kes letupan altantuya. Dr. Shaaribu tidak menafikan artikel tersebut.

Jangan tak percaya, Khairi Jamaludin tidak terlibat, tetapi dituduh bertanggungjawab menyimpan kertas kerja berprofile tinggi kes ini oleh bapa mertuanya. Tiada pula statement penafian dari remaja yang lantang ini.

Paklah yang terselamat dari undi tak percaya, kini bagai tak percaya kerana terpaksa menanggung beban najib seisi keluarga.

Turun 10% dicanang, Elaun naik diam-diam

maklumat oleh : sangpemantau.blogspot

Dalam keadaan rakyat tertekan dengan keadaan kos sara hidup semakin meningkat, saya sungguh kecewa apabila kerajaan yang semalamnya pada 23 Jun 2008, bermula pukul 10 pagi melalui wakil-wakil rakyat BN melaung-laungkan betapa kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi sungguh prihatin, amanah, bertanggungjawab dan adil untuk menangani permasalahan rakyat.

Masalah ekonomi sekarang bersifat global maka Kerajaan tiada pilihan lain selain terpaksa menaikkan harga minyak. Kononnya semuanya telah difikirkan semasak-masaknya dan beberapa langkah telah, sedang dan akan diambil untuk menolong rakyat. Berkokoklah si menantu yang kononnya hebat dengan hujah-hujah ekonomi tetapi semuanya kosong. Pembelit, perompak, pemfitnah dan hipokrit!!! Bak Musang berbulu ayam atau Ada Udangkah di sebalik Batu?


Sedar tak sedar, pada detik yang sama, iaitu pada 23 Jun 2008, pukul 10.04 pagi, satu pekeliling telah dimuatkan di Laman Web JPA bertajuk “
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/2008 Pindaan Kadar Imbuhan Tetap Jawatan Gred Khas dan Imbuhan Tetap Keraian Bagi Jawatan Gred Khas –{Artikel ini dikirim pada hari Isnin, Jun 23rd, 2008, 10:04 am dan difailkan di bawah Surat Pekeliling Perkhidmatan. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi artikel ini melalui suapan RSS 2.0.} (http://www.jpa.gov.my/docs/spp/2008/10/spp102008.pdf).

Well Said Dato Seri Anwar.

keADILan Selangor Tidak Tergugat Dengan Dakyah Media Umno-BN

Maka bertebaranlah desas desus kononnya KeADILan Selangor dilanda kemelut. Media Umno-BN terus memainkan peranan mereka.

Alhamdulillah saya dapat segera menghubungi Tan Sri Khalid sebaik kembali dari Madinah al Munawwarah. Kemudian saya turut ngobrol panjang dengan Sdr Yahya Sahri sambil menikmati mee mamak tanpa teh tarik.

Isu yang digembar-gemburkan dalam media Umno-BN tidak menggugat seperti yang dipaparkan. Penyelesaian baik dicapai. InshaAllah saya akan turut hadir dalam mesyuarat KeADILan Negeri Selangor malam nanti.

ANWAR IBRAHIM

edyes wrote:

Sesungguhnya kami dah muak dengan propaganda murahan dari media UMNO-BN sejak sekian lama. Telah saya jangkakan, segala masalah yang melanda diakhiri dengan penyelesaian aman oleh pucuk pimpinan.

Banyak telah ujian ditempuh. Tiba masa untuk menterbalikkan pemerintahan berbentuk jajahan ini.

Adakah anda cemburu dengan gaji Bos Anda ?


Kita fokuskan kepada gaji DS Che Khalib iaitu CEO TNB.

Tolong kirakan, Gaji 50ribu sebulan tu cukup tak untuk perbelanjaan sebulan. Kalau tak cukup kita 'naikkan' lagi 100% untuk CEO TNB ini kerana berjaya memujuk kerajaan bagi menaikkan tarif letrik pada 1 Julai nanti.

TAHNIAH

Bukan kita nak cemburu, cuma berasa tidak wajar kerana terdapat perbezaan yang begitu ketara di antara CEO dan pekerjanya di seluruh negara ini. Kenapa perlu ada perbezaan yang begitu ketara? Apakah langkah kerajaan demi mengurangkan jurang yang besar ini. ??

Jutawan Sukan atau Jutawan Sakan ?

RM1 juta insentif atlet negara menang emas di Olimpik

KUALA LUMPUR 24 Jun – Atlet negara yang memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik di Beijing, Ogos ini dan pada temasya serupa pada masa akan datang akan menerima insentif RM1 juta berbanding hanya RM160,000 sebelum ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun hadiah itu dianggap besar, ia wajar memandangkan standard Sukan Olimpik semakin meningkat.

edyes wrote:

Alhamdulillah.

Akhirnya kerajaan kita mengutarakan langkah penjimatan untuk rakyat tersayang. Kerajaan memang prihatin.

Kita tidak menafikan bahawa pingat Sukan Olimpik mampu menaikkan nama negara di persada antarabangsa, tetapi apa maknanya pingat emas, perak atau gangsa sekiranya rakyat sendiri menderita. Bukankah wang jutaan ringgit itu boleh disalurkan untuk membantu rakyat dalam apa juga bentuk.

Bukan tak boleh berinsentif, tetapi biarlah memadai. Dalam pada kerajaan mengumumkan langkah penjimatan, lain pula ceritanya dalam kem sukan negara. Sepatutnya perbelanjaan ke olimpik dikurangkan, jumlah pegawai yang 'honeymoon' ke Beijing pun dikaji, begitu juga dengan hadiah kemenangan.

Kita semua sudah sedia maklum, perbelanjaan untuk pembangunan sukan menelan sehingga berbilion ! Apakah wajar jumlah-jumlah ini ditambah dalam keadaan gawat sebegini ?

Berita Baik untuk Pembayar Proton dan Perodua

Berita baik ini datangnya dari rocky bru.

Secara ringkasnya saya nyatakan, kepada pembayar loan bagi kereta nasional, installment anda akan dikurangkan 0.5% oleh kerajaan. Manakala pembayar bagi kereta import pula akan menghadapi kenaikkan 1% juga oleh kerajaan. Berita lanjut dari laman rocky bru di sini.

Kerajaan ingin membantu rakyat dengan mengambil kira pemilik kenderaan buatan nasional adalah golongan sederhana. Langkah kerajaan yang mahu membantu ini diakui menguntungkan rakyat sederhana dan miskin tetapi dalam masa yang sama, kerajaan mengambil untung di sebalik skim baru ini.

Pokoknya, jika kenaikkan adalah sebanyak 1%, pengurangan juga harus mencecah 1% juga. Alangkah baiknya jika kerajaan mengurangkan 1% untuk kereta nasional dan menaikkan 0.5% untuk kereta luar. Bukankah itu lebih banyak membantu? dengan menaikkan hanya 1% untuk kenderaan 'mahal' dan mengurangkan 0.5 untuk kenderaan 'murah', maka akan nampak ketirisan di sana. wallahualam.

Ingin saya tambah di sini, bukankah lebih baik jika kerajaan 'extend' cadangan ini ke atas loan rumah pula. Saya akan ianya akan lebih membantu.

Berita yang kedua dari Rocky Bru.

Jemputan kepada Bloggers untuk dinner sempena ;




DATE: 28 JUNE 2008
VENUE: BLOG HOUSE
66 LORONG SETIABISTARI 2
BUKIT DAMANSARA
TIME: 8.00PM

RM 30 PER PAX

REGISTER /PAYMENT TO:YEW WEI KEAT (tel 012-2138257)
514011899314 (MAYBANK)

LUCKY DRAW AND AUCTION

Tuesday, June 24, 2008

Gambar Pidato DSAI di Stadium Shah Alam









Gambar diambil oleh edyes dari pentas VIP

Sepi Seketika

Assalamualaikum,

Kepada pengunjung blog edyesdotcom, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kerana tiada entri dan rumusan terbaru terutamanya berkenaan sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di Selangor.


Buat masa ini, saya menumpukan sepenuh perhatian terhadap kesihatan kedua-dua anak saya terutamanya anak yang sulung (edy junior) menghadapi demam panas.

Saya akan kembali aktif sehari dua ini dan sebentar lagi akan saya paparkan gambar-gambar di sambutan 100 hari Pakatan Rakyat.

EDYES

Friday, June 20, 2008

Yong Teck Lee terbabit rasuah RM5 juta ?

Yong Teck Lee disiasat terbabit rasuah RM5 juta

20/06/2008 12:32pm utusan

KOTA KINABALU 20 Jun – Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee kini disiasat kerana disyaki terlibat dalam satu kes rasuah membabitkan RM5 juta yang didakwa dilakukan ketika beliau menjadi Ketua Menteri Sabah.

Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan memberitahu Utusan Malaysia di sini hari ini, BPR sedang menyiasat pembabitan Yong itu ekoran satu pendedahan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Semalam, Mahkamah Tinggi diberitahu Teck Lee telah mengarahkan pembayaran lebih RM5 juta hasil keuntungan jualan saham syarikat milik kerajaan negeri Sabah kepada ejen pilihannya pada 1996.

edyes wrote:

Sah lah ! dah habis modal !!

Begini, kita rakyat Malaysia semuanya dah semakin matang dengan politik yang di bawa oleh BN. Kita semua dah celik akal, bukan mudah untuk menghadam mana-mana maklumat yang diusulkan, kena pulak maklumat tersebut datangnya dari akhbar yang telah diboikot.

Persoalan : Kenapa selepas 12 tahun perkara itu berlaku baru hari ini nak ambil tindakan ? adakah ada kena mengena dengan pengusulan undi tak percaya oleh Yong Teck Lee ?

Ini bermakna, jika anda mengikut arus BN, jika anda masih dalam BN, dan jika anda menyokong pucuk pimpinan, maka anda tergolong daripada pemimpin yang 'imune' kepada tuduhan bersabit rasuah. Kesimpulan yang mudah kan ?

Saya ulang lagi kesimpulan ini dari sudut berbeza. Jika seorang pemimpin itu sokong paklah, maka BPR pun tak boleh nak siasat. Jika pemimpin itu menentang pucuk pimpinan, siasatan segera dilakukan.

Rakyat Malaysia sekalian, jika benarpun ada rasuah di sana, sepatutnya perkara ini telah pun selesai di mahkamah. Seharusnya hukuman sudah dijatuhkan. Tetapi ini berlaku setelah seorang pemimpin dari sabah menyatakan ketidakpercayaan terhadap PM, yakni dengan harapan negeri Sabah lebih diberi lebih perhatian.

Adakah ini modal penghabisan dari paklah ??

Saya rasa ramai lagi pemimpin UMNO yang terlibat dengan rasuah sebab itu mereka mempertahankan UMNO !

Kita semua ada akal fikiran, gunakanlah. Jangan simpan kat 'lemari'.

Gambar Menarik Minggu Ini

ehsan oleh pinkturtle




Ceramah Perdana 20 Jun 2008 Stadium Shah Alam


Dijangkakan 100 ribu orang akan memenuhi Stadium Shah Alam sempena 100 hari usia Kerajaan Baru Selangor pimpinan TS Khalid Ibrahim.

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar amanat DS Anwar Ibrahim pada 20 Jun 2008 di Stadium Shah Alam.

Pegawai Khas MB Selangor mengesahkan bahawa Tuan Guru Nik Aziz akan berucap, MB Kedah Dato’ Azizan Razak akan berucap, CM Lim Guan Eng akan berucap. Salain itu 3 pemimpin Parti Pakatan Rakyat, Tuan Guru Haji Hadi, MP Lim Kit Siang dan MP Datin Wan Azizah dijangka akan membuat satu deklarasi bersama pada malam itu.

Mari beramai-ramai datang sambil melahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan prihatin, bersih, dan berkebajikan Selangor.

Tan Sri Khalid akan memberi ucaptama yang dijangka akan melegakan rakyat Selangor.

Program akan bermula pada 7.30 malam dengan Solat Maghrib dan Sunat Hajat di perkarangan Stadium dan akan diteruskan didalam stadium dengan ucaptama YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, di ikuti ucapan oleh lain-lain pemimpin utama Pakatan Rakyat.

PS: boleh standby sejadah dari rumah. Ayuh rapatkan pakatan !!

Apa Kata Orang Sabah...

Oleh Dari_Sabah

Kami anak jati negeri Sabah memahami usaha kerajaan untuk membangunkan negeri kami. Faktor geografi adalah cabaran utama untuk pembangunan kerana keluasan tanah negeri Sabah yang terlalu luas berbanding dengan kebanyakan luas negeri teman kami di semenanjung.

Namun apa yang kami tidak puas hati adalah.

1) Isu pendatang tanpa izin. Kerajaan nampaknya tidak mampu menyelesaikan masaalah ini, malah jika PR berkuasapun selepas ini, saya secara peribadi melihat PR akan menghadapi masaalah juga kerana perkara ini telah lama berakar umbi, tetapi setidak-tidaknya sesuatu mesti dilakukan.

2) Masaalah keseragaman. Walaupun negeri Sabah adalah satu negeri di Malaysia, namun wujud ketidakseragaman dari sudut berikut..

a) Harga barangan
b) Gaji pekerja swasta
c) Harga getah dan kelapa sawit

HARGA BARANG: Adalah diketahui umum bahawa terdapat perbezaan harga barangan. Selalunya pengangkutan dijadikan alasan, namun seorang menteri dari Sabah pernah membandingkan keluasan Negara Malaysia dengan Negara Amerika yang 29 kali lebih luas dari negara Malaysia. Beliau berkata bahawa tidak terdapat banyak

perbezaan harga barangan antara New York dengan Los Angeles dan sepatutnya Malaysia yang keluasannya lebih kecil mampu menangani perbezaan ini.

GAJI PEKERJA SWASTA: Ramai tidak mengetahui bahawa gaji pekerja swasta disini lebih murah. seorang pekerja buruh binaan disini mendapat gaji lebih murah berbanding dengan buruh di semenanjung. Pekerja pembantu kedai, restoran, pasar raya rata-rata mendapat gaji sekitar RM300-RM400 sebulan. Malah ada diantara

pekerja pembantu kedai/restoran yang mendapat gaji dibawah RM300. Lebih teruk lagi apabila sesetengah majikan memberi gaji bulanan dibawah RM200. Kami menyedari yang ini bukannya salah kerajaan sepenuhnya, namun jika kerajaan setuju menggubal satu sistem gaji bagi negeri Sabah, itu sudah cukup baik namun

tidak pernah dilakukanpun. Bagi mereka yang berhijrah dari kampung ke bandar mendapati ini sesuatu yang sangat teruk apabila terpaksa menyewa rumah atau bilik sewa, dimana bilik sewa disini berharga minima RM150 sebulan. Inilah makanya kami sangat berharap jika kerajaan meluluskan gaji minimum RM900 tersebut

tetapi kerajaan telah menolaknya. Tapi tak sudikah kerajaan berbuat sesuatu supaya gaji kami disini (swasta) sekurang-kurangnya disama ratakan dengan gaji kawan-kawan kami di semenanjung. Tidak hairanlah banyak anak muda sabah berhijrah ke semenanjung kerana faktor gaji. Yang menyedihkan ialah banyak majikan

disini mendapat pendapatan kasar sehingga sejuta ringgit dan ada juga yang melebihi sejuta ringgit setahun namun pekerjanya menelan kepahitan sehingga terpaksa berkongsi bilik sewa untuk meringkankan beban ini.

HARGA GETAH & KELAPA SAWIT. Kedua-dua ini mempunyai harga yang lebih murah berbanding dengan semenanjung. Secara perbandingan harga getah diSabah sekarang berharga RM5.40 sekilo. ini sangat berbeza dengan harga getah Sarawak dan Semenanjung. Kami mendapat tahu yang LIGS mengawal harga getah sabah sementara

disemenanjung dikawal oleh RISDA. Jadi para pekebun kecil disini yang kebanyakannya miskin kecewa dengan perbezaan harga ini. Pengangkutan juga dijadikan alasan atas perbezaan harga kerana kami difahamkan semua getah dari Sabah mesti mematuhi polisi kebangsaan dimana ianya perlu dihantar ke semenanjung terlebih dahulu sebelum dieksport keluar negara.

Kesimpulan: Kami memerlukan sebuah kerajaan yang prihatin dengan nasib kami. Kami berharap agar tidak sesiapa teman-teman disemenanjung yang menganggap kami tidak berusaha. Kami berusaha sedaya upaya kami supaya kami hidup maka wajarlah kerajaan memberi perhatian kepada rungutan kami terhadap PERBEZAAN-PERBEZAAN ini. Saya dan teman-teman disini memilih PKR sewaktu pengundian berlangsung kerana "tsunami" itu cukup kuat disini, tapi entah kenapa keputusan pilihan raya pula yang mengejutkan kami. Kami seolah-olah tidak percaya bahawa hal sebaliknya berlaku. Dengan kenaikan harga minyak disusuli dengan kenaikan harga barang maka akan bertambahlah derita kami.

edyes wrote:

Lebih 40 tahun kerajaan pusat memerintah Sabah, cukup lah... enought is enought !

Nasib kita di semenanjung ini pun dah makin melarat, inikan pula nasib mereka di Sabah. Apakah selama ini kerajaan Barisan Nasional hanya pandai ambil untung sahaja dari Sabah?

Thursday, June 19, 2008

Roslan Aziz mohon maaf

Komposer terkenal Roslan Aziz memohon maaf kepada ahli PAS kerana kenyataannya yang dianggap menghina parti itu berhubung tindakan Dewan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Mas Idayu, sempena 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir negeri itu.

"Sebagai seorang manusia yang beragama Islam, (juga) bapa, suami dan anak yang masih menagihkan ilmu pengetahuan dan keredhaan-Nya, saya dengan merendah hati memohon maaf kepada semua muslimin dan muslimat khususnya ahli-ahli PAS atas perlakuan saya itu," kata Roslan dalam blognya Roslan Aziz Production

edyes wrote:

Terima kasih dengan kenyataan permaafan saudara, semoga Allah merahmati kehidupan saudara dunia dan akhirat.

Pedulikkan kata orang, saudara telah memohon maaf dan menyedari kesilapan. itu yang terbaik.

Cukupkah sekadar mohon maaf ? cukuplah, sedangkan nabi ampunkan umat...

SAPP Kekal Dalam BN ??

oleh Malaysiakini

Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini mengecam tindakan Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee ekoran tindakan parti itu akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap perdana menteri dalam sidang Dewan Rakyat yang bersambung Isnin depan.

Perkara itu terkandung dalam satu kenyataan yang dibaca oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Tengku Adnan Mansor selepas selesai mesyuarata tersebut yang berlangsung selam tiga jam.

Menurut kenyataan tersebut, tindakan akan diambil terhadap SAPP selepas reaksi rasmi daripada parti tersebut.

Manakala semua parti-parti komponen BN diminta supaya memastikan semua ahli Parlimen mereka menghadiri sidang Dewan Rakyat dan berdepan dengan kemungkinan undi tidak percaya dikemukakan.

Semua pemimpin parti komponen BN yang hadir turut menyatakan sokongan padu mereka kepada Abdullah.

Manakala Ketua Menteri Sabah, yang juga pengerusi badan perhubungan Umno negeri itu, Datuk Musa Aman tidak hadir.

Manakala Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pula menganggap kenyataan Yong itu sebagai kenyataan peribadi.

edyes wrote:

Adakah kerana takut kepada sentimen domino yang mungkin berlaku, maka SAPP masih dikekalkan di dalam UMNO? Bagaimana pula jika mesyuarat SAPP besok menghasilkan pengumuman keluar dari BN?

Walaupun SAPP hanya mempunyai dua kerusi parlimen, MT umno gayanya seperti tidak berani 'membuang' dua kerusi ini bagi meng'absorb' tekanan yang bakal diterima oleh BN. SAPP telah menconteng arang ke muka paklah, dan dengan bangganya paklah mengatakan itu adalah kenyataan peribadi.

Nantikan berita selanjutnya...

6 Julai: Tarikh baru protes harga minyak



oleh Malaysiakini

Tarikh dan tempat perhimpunan besar-besaran bagi membantah kenaikan harga minyak, ditukar sekali lagi.

Perhimpunan tersebut sebelum ini dijadual diadakan pada 5 Julai depan, bertempat di KLCC di ibu negara.

Bagaimanapun, hari ini, Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli berkata, perhimpunan itu akan diadakan pada 6 Julai bertempat di Jalan Timur, Petaling Jaya

Pertukaran itu, katanya, dibuat untuk memberi ruang kepada lebih ramai rakyat untuk menyertainya.

Keputusan memindahkan tempat perhimpunan juga dibuat kerana Protes tidak mahu perniagaan di KLCC terganggu.

edyes wrote:

Adalah satu langkah yang baik, logistiknya pun baik.

Jadi, jangan lupa janji baru kita :


6 Julai 2008
9 pagi

Jalan Timur, Petaling Jaya
(Padang Timur - dekat Amcorp Mall)

Untuk Melihat Protes Di Tempat Anda
||
V

Laporan Polis Terhadap Perdana Menteri Malaysia !

Laporan Polis ini telah dibuat di Balai Polis Daerah Kluang pada 18 Jun 2008, pukul 10.10 pagi.
=============================
LAPORAN POLIS
PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR

Tarikh : 18 Jun 2008 / 13 Jamadil Akhir 1429
---------------------------------------------


Aduan dibuat terhadap :-

Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia


Pendahuluan

Pada 6 Jun 2008 yang lalu, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan kenaikan harga minyak petrol sebanyak RM 0.78 seliter iaitu daripada RM 1.92 kepada RM 2.70. Manakala harga diesel dinaikkan RM 1 seliter iaitu daripada RM 1.58 kepada RM 2.58. Kenaikan petrol dan diesel masing-masing 40.6 peratus dan 63.3 peratus adalah merupakan yang tertinggi dalam sejarah negara kita.

selanjutnya sila klik sini

Cabaran Khairy Disahut !

Kerana pulut santan binasa
Kerana mulut badan binasa

Kera di hutan disusukan
Beruk di parlimen bergayut sakan

Usul untuk undi tak percaya ini gamaknya terlebih awal. Mungkin setelah sipolan itu mencabar agar kerajaan BN diruntuhkan sebelum 16sept maka cabaran itu dibeli dengan satu pengumuman.

Pertama sekali, sekalung tahniah dan salut perjuangan kerana ketegasan dan keberanian Parti Progresif Sabah (SAPP) dan dua Ahli Parlimen mereka mempertahankan hak rakyat khususnya Sabah. Mereka bukan cakap kosong tetapi menggambarkan betapa kerajaan pusat tidak mengambil enteng dalam usaha membebaskan sabah dari kemelut kesusahan.

Banyak isu yang dikemukakan dalam pada membawa usul tidak percaya kepada pucuk pimpinan BN, tetapi perkara pokoknya ialah sejauh mana hasrat kerajaan pusat membantu rakyat Sabah. Itu saya katakan bukan ketamakkan peribadi seperti yang dilemparkan paklah kepada Yong Teck Lee.

Jika sekiranya jawatankuasa tertinggi BN membuat keputusan untuk menendang SAPP, maka akan dapat terlihat di sini tiada lompatan berlaku melainkan tendangan. Ini adalah strategi peperangan yang sangat cemerlang gemilang terbilang dari banyak sudut. Domino pun menyusul meruntuhkan pertahanan BN.

Adakah SAPP akan diperap dalam BN oleh keputusan majlis tertingginya? atau SAPP bertindak keluar BN walaupun keputusan mengatakan SAPP kekal di BN? Mana-mana keputusan adalah sebenarnya terletak di tangan SAPP dan para bakal pembangkang 'sementara'. BN umpama kehilangan bola dalam perlawanan ini.

Berbalik kepada KJ, siapakah dia untuk mencabar kredibiliti seseorang? adakah dia menteri kabinet? mungkin KJ seorang yang kaya raya, tapi siapa beliau untuk mencabar Anwar? Dengan cabaran itu, pastinya langkahan DSAI dimulakan. Rentak permainan dilajukan tatkala kedengaran cabaran dari menantu hantu.

Saya katakan mungkin DSAI menunggu detik yang paling sesuai untuk memulakan peperangan dan pastinya beliau menunggu provokasi yang lebih mahal dilakukan oleh orang BN. Sebelum ini telah banyak provokasi terhadap kredibiliti Anwar tetapi itu belum mencukupi. Tetapi setelah satu cabaran keluar dari mulut Khairy Jamaludin, maka jari dipetik dan semboyan perjuangan digendang. Sehari selepas KJ mencabar Anwar, SAPP pula mencabar kredibiliti paklah dengan mengusulkan undi tak percaya.

Syabas Dato Seri, permainan kian menarik. Kami sebagai rakyat tidak sabar untuk melihat seorang pemimpin yang bijak dan cerdik membawa Malaysia ke arah yang lebih makmur, ekonomi yang lebih baik untuk rakyat iaitu merakyatkan ekonomi, ketamadunan Islam yang terbela.

Saya yakin, Malaysia akan menjadi negara yang berganda lebih hebat dengan membayar sebuah reformasi. Kita reform kerajaan, kita reform mentaliti diri, kita reform sistem negara. Angin perubahan jangan dibendung demi kebaikkan sejagat.

Barisan Nasional - Pembangkang yang cemerlang

EDYES