Sunday, July 3, 2011

Balai Polis 'kosong'?? Peluang Buat Penjahat Bermaharajalela !! (Wajib Baca!!)

 Gambar hiasan

Difahamkan, kebanyakkan kawasan-kawasan yang mempunyai aktiviti ceramah oleh pimpinan Pakatan Rakyat telah dikepong oleh berpuluh-puluh anggota polis sehingga ada yang mencecah 60 anggota!

Cuba saudara dan saudari bayangkan, apa yang akan berlaku kepada keadaan sekeliling apabila pihak polis meninggalkan pos jagaan semata-mata untuk mendengar ceramah Pakatan Rakyat ? Ia pasti mendedahkan bahaya kepada rakyat apabila penjenayah boleh bertindak lebih bebas dalam masa 2-3 jam lamanya, apabila semua polis di satu-satu kawasan diarahkan bertumpu di tapak ceramah pimpinan Pakatan Rakyat.

Ramainya anggota polis yang menyerbu tapak ceramah bakal membuatkan perbelanjaan negara bertambah serta-merta walaupun ia sebenarnya adalah perbelanjaan yang tidak perlu apabila terpaksa membayar 'OT' atau elaun lebih masa kepada anggota yang bertugas. Ingin saya mengingatkan bahawa ini adalah satu pembaziran wang rakyat, dan pembaziran juga adalah amalan syaitan. Maka adakah ?

Apalah nasib rakyat Malaysia, apabila bukan sahaja hak berhimpun secara aman artikel 10 Perlembagaan Malaysia telah dinafikan sekerasnya, malah kedudukan rakyat juga tidak lagi selamat apabila pihak berkuasa yang diamanahkan untuk menjaga keamanan telah meluangkan masa untuk mendengar ceramah.

Di sini juga saya mengambil kesempatan untuk memaklumkan bahawa perhimpunan BERSIH tetap akan berlangsung pada 9 Julai 2011. Saya ingin menegaskan, kenyataan mengenai tarikh himpunan BERSIH yang saya sebut di atas bukanlah satu pelawaan ataupun ajakkan tetapi sebagai makluman sahaja. 

Saya bukan pelawa atau ajak, tetapi saya membuat pemberitahuan sahaja kerana jika ajak sudah tentu saya akan ke 'dalam'! Sepertimana yang berlaku ke atas beberapa pejuang, mereka ditangkap hanya kerana mengajak orang ramai melalui laman sosial facebook supaya turun ke perhimpunan aman BERSIH. Di atas kegilaan ini, saya bertegas untuk hanya memaklumkan sahaja. Bukan saya takut kena tangkap, cuma saya taknak di tangkap sebelum hari 'besar' buat demokrasi negara.

Apa yang lebih penting ialah, kita tidak perlu lagi mengajak orang ramai untuk turun ke perhimpunan BERSIH kerana sememangnya semua pejuang demokrasi akan menunaikan komitmen terpenting dalam sejarah politik negara. Semua akan turun !!

Kita jangan sesekali berasa takut untuk menegakkan kebenaran. Percayalah bahawa sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang BERSIH. Allah bersama dengan setiap insan yang memperjuangkan apa jua BERSIH terutamanya berkaitan dengan gerakan membersihkan negara !

Takbir !!
Allah huakhbar !!


EDYES @ edyesdotcom
LAWAN tetap LAWAN !!

2 comments:

Anonymous said...

HIDUP BERSIH..
SAYA DAH START PAKAI BAJU KUNING.

Kinik

anaklangkawi said...

jgnla buat ceramah kalau mcm tu.. apalaa