Wednesday, July 20, 2011

Blogger Memilih Untuk Tidak Tunduk Kepada Regim !!



Sebagai seorang aktivis dan penulis blog, saya terkesan dengan apa yang berlaku terhadap sahabat blogger Amizudin Ahmat yang telah disaman sebanyak RM400k. Sebuah jumlah yang tidak termampu dibayar oleh seorang pejuang yang tidak pernah mengejar matawang.

Saman sebanyak ini berpunca daripada sebuah artikel yang dipublish dalam blognya sharpshooter.blogspot. Artikel tersebut sebenarnya adalah hanya di'copy&paste' dari akhbar online HarakahDaily, yang juga menghasilkan laporan tersebut berdasarkan sebuah laporan daripada Migrant Care. Laporan 2 mukasurat dari Migrant Care itu juga menyebut nama menteri  berkenaan telah dihebah melalui blogger UMNO sendiri iaitu Rocky Bru. Akhirnya, yang disaman ialah Din Sharpshooter.

Amizudin Ahmat atau lebih dikenali sebagai Din Binjai bukan sahaja seorang sahabat kepada Edyes, tetapi juga bagai seorang abang yang sering sama-sama berkongsi pengalaman dalam meneruskan kehidupan. Melalui banyak perjumpaan di P.Pinang mahupun di Kuala Lumpur, dan juga perbualan di BBM yang agak kerap, begitulah rapatnya hubungan Edyes dengan Abg Din.

Edyes berpendapat, seandainya Abg Din memilih untuk membuat permaafan secara terbuka, ia pasti menekan pihak menteri berkenaan melepaskan Abg Din dengan denda yang paling minima atau mungkin sahaja sekadar diberi amaran. Tetapi harus diingat bahawa maruah blogger terletak di tangan Abg Din dan Abg Din telah memilih untuk tidak tunduk kepada regim di atas keyakinan beliau menentang kedurjanaan sebuah kerajaan.

Syabas Abg Din kerana tidak tunduk kepada regim. Tindakkan Blogger Sharpshooter ini juga wajar dipuji dan harus menjadi ikutan kepada mana-mana blogger untuk berdepan dengan regim. Demi maruah dan kebertanggungjawaban, Abg Din berdepan dengan situasi muflis yang boleh membuatkan rumah miliknya dan segala harta dilelong. Tetapi ini jawapan seorang pejuang;
" LAWAN TETAP LAWAN !! SAYA DAH MMG BERSEDIA UTK JADI MUFLIS DI DUNIA TETAPI PALING PENTING JANGAN MUFLIS DI AKHIRAT,,!!! "
Dengan ini, Edyes melancarkan sebuah kempen untuk membantu Abg Din Sharpshooter. Hari ini mungkin nasib Abg Din, esok mungkin nasib Edyes pula. Lawan tetap Lawan !!
 " TABUNG SHARPSHOOTER RAKYAT"
boleh disalurkan di -
Amizudin ahmat ( CIMB ) : 0714-0121200-52-6
Amizudin ahmat (Maybank ) : 107303045377
hp : 016-4695343

Berita Sebelumnya;

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini memerintahkan seorang penulis blog membayar ganti RM300,000 kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim kerana memfitnah menteri itu dalam satu artikel.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof juga memerintahkan Amizudin Ahmat membayar kos RM100,000 kepada Rais.

Pada 1 Jan lepas, Rais, 69, memfailkan saman terhadap Amizudin (kanan), 42, yang juga anggota jawatankuasa Pemuda PKR, berhubung artikel yang disiarkan dalam blog, sharpshooterblogger.blogspot.com pada atau sekitar 28 Disember tahun lepas.

Dalam penghakimannya, Hakim Zabariah berkata bahawa setelah mengambil kira fakta dan bentuk fitnah yang dilakukan oleh Amizudin dalam blognya dan juga nilai wang semasa, jumlah yang diberikan kepada Rais adalah munasabah.

Katanya fitnah yang dibuat itu adalah sangat serius, dan jika seseorang itu mempercayainya, bukan sahaja reputasi Rais akan terjejas di peringkat nasional dan antarabangsa, tetapi yang lebih penting ialah kesannya terhadap kehidupan Rais dan keluarga.

Beliau berkata fitnah itu melibatkan perbuatan merogol seorang individu dari negara lain dan ini merupakan satu tuduhan paling kotor yang dibuat terhadap seseorang.

Dalam samannya itu, Rais berkata artikel berbahasa Melayu itu berniat jahat dan memfitnah beliau serta bermaksud beliau melakukan kesalahan besar merogol dan mampu membunuh pembantu rumah beliau dari Indonesia.

Seorang wanita yang pernah bekerja dengan menteri itu kemudiannya telah memberitahu sebuah portal berita Indonesia bahawa beliau tidak pernah dirogol atau dilayan dengan buruk oleh majikannya itu.

No comments: