Thursday, July 28, 2011

Malaysia 3 - 0 Singapura


Optimis !

Sepertimana saya bersikap optimis ketika Malaysia ketinggalan 4-1 pada akhir separuh masa pertama dalam perlawanan terdahulu, ditambah lagi dengan bala kad merah terhadap kapten pasukan (yang juga dead-ball-terminator), saya tetap merasakan keputusan baik akan diperolehi oleh pasukan Harimau Malaya.

Akhirnya ia menjadi kenyataan apabila Malaysia berjaya merapatkan jurang kepada 4-3. Itu dah kira satu kedudukkan yang sangat baik dari aspek gol tempat lawan tetapi agak malang, kita leka di saat akhir membenarkan Singapura memperolehi gol penting.

Jangan kita lupa bagaimana kita tewas 5-1 di tangan Indonesia pada peringkat kumpulan di kejohanan Piala Suzuki tahun lalu, iaitu perlawanan di tempat lawan sebelum kita menebusnya semula. Jangan kita lupa bahawa stadium Bukit Jalil menjadi medan penebus maruah dengan kemenangan 3-0 terhadap 'mighty' Indonesia.

Stadium Bukit Jalil menjadi saksi bagaimana Vietnam yang ketika itu juara kumpulan, dimalukan Malaysia apabila pulang dengan tangan kosong. Itulah penangan stadium bukit Jalil dengan kehadiran 90ribu penyokong Malaysia!!

Tidak salah untuk saya bersikap optimistik untuk perlawanan bersejarah malam ini. Keyakinan penyokong disertai doa, tidak mustahil melayakkan Malaysia ke pusingan seterusnya. Pusingan ke-3 kelayakkan piala dunia adalah satu lagi sejarah yang telah lama diidamkan, bakal tercipta malam ini. Yakinlah, perasaan yakin itu tidak salah.

Kepada yang tidak punya tiket malam ini, jika tidak mampu panjat stadium untuk lolos masuk, sila panjatkan doa buat pasukan Harimau Malaya!


EDYES @ edyesdotcom
Blogger Sukan Anda
(Ulasan kali ini sangat ringkas kerana saya sedang menemani ayah saya di ward leukimia, ayah tetap merestui pemergian saya ke stadium malam ini, dan berdoa akan kemenangan pasukan Harimau Malaya)

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

4 comments:

Anonymous said...

kenapalah org2 malaysia ni suka angan2 kosong.hidup tu biarlah rendah diri dan humble.mungkin tuhan boleh kesiankan..

Anonymous said...

1Malaysia boleh menang dengan syarat semua pemain2nya dapat dipeluk Rosmah Mansor sekali....

Tapi ramalan saya adalah...

SINGAPORE - 4 MALAYSIA - 1

Malaysia bawah Pak Jib memang TAK BOLEH!!!!

arab said...

bro, gua nampak lu td dgn member2 lu.. gua nak tegur tp lu jalan tentang arus masa ramai2 kat trak FRU. malaysia temoang tanpa shafiq dan zaquan. nasib baik apek jaga gawang. kalau masa kat singapore apek jaga mayb x kena 5 bijik,

mamat2 anony, lu org kalau x minat bola xpayah nak kecoh lebey2. mcmana sukan nak maju? sekarang sukan bola sepak dh meningkat naik, apa salahnya kita kembalikan kepada kegemilangan zaman dulu. perlulah berdikit utk ke puncak! bkn nak tau menang jer sokong bila kalah kutuk!!!

Anonymous said...

berangan2 xsalah... sokong sukan negara Malaysia!!! bukan 1Malaysia

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan