Wednesday, July 13, 2011

Imelda Rosmah memang penggemar Jacob & Co



Oleh: Chegubard
 
11.45pg ini che'GuBard di iringi oleh Setiausaha AMK P.Pinang, Syed Mikhael dan Ketua Penerangan DPP P.Pinang serta 30 aktivis SAMM telah ke SPRM Pulau Pinang untuk berkongsi dengan SPRM beberapa bukti yang telah disiarkan dan bukti - bukti susulan mengenai isu belian bernilai RM24.4 j yang dikaitkan dengan Imelda Rosmah.

Rombongan kami dibernarkan masuk seramai 5 orang dan telah di terima oleh Pegawai penyiasat bernama' Nizam'. Pegawai Penyiasat SPRm sendiri terkejut dengan pendedahan dan bukti yang diserahkan. Mereka mengatakan terkejut bagaimana SAMM boleh mendapat bukti-bukti sedemikian rupa.

Belum selesai dengan pendedahan belian bernilai RM 24.4 j yang dibawa masuk melalui KLIA kini aktivis SAMM pula telah tampil membuktikan bahawa kemungkinan Imelda Rosmah sememangnya merupakan 'peminat' barang kemas Jacob and co.

ini gambar yang diambil dari media tempatan
cuba fokus besarkan ke bahagian tangan dan besarkan imej gelang tangan.
carian dibuat gelang tangan tersebut ialah produk keluaran Jacob & co

SAMM merujuk kepada seorang pekerja di syarikat menjual emas dan belian tempatan menyatakan paling murah pun gelang tersebut berharga RM100,000. Jika dengan tempahan khas dan selalunya ia diperolehi satu set dengan cincin dan lain lain maka jumlahnya cukup tinggi menjangkau puluhan juta.

Nama Jacob & co juga merupakan nama yang tertera sebagai pembekal belian bernilai RM 24.4 j yang dikaitkan dengan Imelda Rosmah.

Menurut satu sumber yang sedang disahkan, Jacob & co merupakan syarikat kaya dunia yang mendokong zionisma. (klik maklumat dari wikipedia)

Blog ini pernah menyiarkan pendedahan mengenai beg tangan Imelda Rosmah (klik untuk baca mengenai beg tangan bernilai ratus ribu)

Derma hampir setengah juta ringgit ke Yayasan Kaya Antarabangsa untuk menaik imej Imelda Rosmah (klik sini untuk baca lanjut)

Rakyat terus terseksa tetapi dia lansung tak peduli apa.
 
Solidariti Anak Muda Malaysia


No comments: