Monday, July 4, 2011

BERSIH 2.0 Tidak Batal !! Tetap Akan Diteruskan !!

Hari ini, kita dapat melihat permainan jahat pengguna laman sosial seperti blogger, pengguna twitter dan facebook telah mengeluarkan kenyataan palsu dengan mengatakan himpunan BERSIH telah dibatalkan. Ini satu propaganda jahat dan cubaan untuk menggagalkan perhimpunan aman BERSIH.

Ingin dimaklumkan bahawa belum ada apa-apa keputusan terbaru mengenai status perhimpunan BERSIH, maka ianya adalah status-quo.

Dalam masa terdekat, wakil seketariat BERSIH dan Pakatan Rakyat bersama sokongan kumpulan-kumpulan NGO, akan mengadakan mengadap DYMM Agong. Agenda pertemuan tersebut tidak dinyatakan secara spesifik tetapi dijangka akan cuba memberi jaminan kepada DYMM Agong untuk mengadakan demonstrasi aman.

Pakatan Rakyat juga mengambil tanggungjawab bagi mempersembahkan kepada Seri Paduka segala keterangan dan bukti yang ada mengenai penipuan dan kelemahan dalam sistem pilihan raya yang dikelola SPR.

Oleh demikian, tidak ada sama sekali bait-bait keputusan yang berkait dengan pembatalan malah BERSIH semakin mantap dan begitu meyakinkan untuk meneruskan perhimpunan aman di jalanan sepertimana yang dibenarkan oleh artikel 10 Perlembagaan Malaysia.

Rakyat tetap mahukan hak kebebasan berhimpun secara aman seperti yang diperuntukkan dalam klausa artikel 10 Perlembagaan Malaysia!

Jangan sesekali termakan dakyah puak-puak terdesak yang cuba sedaya upaya untuk menggagalkan perhimpunan bersejarah menuntut demokrasi dengan cara mengatakan perhimpunan ini batal. Pejuang demokrasi tidak akan berganjak dalam pencarian demokrasi sebenar !


EDYES @ edyesdotcom
Bukan menjemput, tetapi memaklumkan sahaja...

No comments: