Ayuh, bangkitlah. Saya percaya, setiap anak Pahang mempunyai darah kepahlawanan Mat Kilau, setiap anak Perak mempunyai semangat menentang penjajahan Datuk Maharajalela, setiap anak Terengganu mempunyai resam Rahman Limbung, dan akhir sekali, setiap anak Malayu mempunyai darah Jebat dalam memartabatkan keadilan. Bangkitlah bangsaku, menentang penjajah era baru, Kerajaan Penjajah. - Edy Noor Reduan
Showing posts with label BERSIH 2. Show all posts
Showing posts with label BERSIH 2. Show all posts
Thursday, December 22, 2011
Friday, September 30, 2011
TUNAIKAN 8 TUNTUTAN, BARULAH PRU-13 - Malam Ini di Dewan Cina !!
9 Julai 2011 merupakan hari yang sangat bermakna untuk semua penyokong demokrasi di Malaysia. 50,000 rakyat Malaysia telah berhimpun di Kuala Lumpur untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.
Hampir 3 bulan selepas Perhimpunan BERSIH 2.0, kerajaan tetap lagi berdolak dalik untuk melaksanakan 8 tuntutan BERSIH 2.0 demi pilihanraya bersih dan adil. Oleh itu, BERSIH 2.0 melancarkan kempen baru iaitu "Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13".
Pilihanraya Utama Ke-13 (PRU-13) tidak patut diadakan sebelum 8 tuntutan BERSIH 2.0 dilaksanakan!
Sertai kami di Pelancaran Kempen "Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13"!
Tarikh : Jumaat, 30 September 2011
Masa : 8.30pm
Tempat: Dewan Perhimpunan Cina KL Selangor, No. 1, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur
Facebook: http://www.facebook.com/event.Masa : 8.30pm
Tempat: Dewan Perhimpunan Cina KL Selangor, No. 1, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur
Ucapan khas daripada Masjaliza Hamzah (Centre for Independent Journalism), Fadiah Nadwa (Lawyers for Liberty), Ahmad Syukri (Solidarity Mahasiswa Malaysia), Prof Aziz Bari (UIAM) dan dari AJK BERSIH 2.0 iaitu Maria Chin Abdullah, Zaid Kamaruddin, Dr Farouk Musa dan Dato' Ambiga Sreenevasan.
Aktiviti-aktiviti lain termasuk:
- Pendaftaran pengundi
- Semakan status dalam daftar undi
- Daftar untuk latihan PACA (Polling Agent & Counting Agent)
- Buku-buku dan barangan lain akan dijual
- KHAS: Datang untuk menemui kartunis politik terkenal, Zunar!
Sila sebarkan dan datang beramai-ramai.
Sekian Salam Bersih!
Jawatankuasa Pepandu
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0)
Jawatankuasa Pepandu BERSIH 2.0 terdiri daripada:
Dato’ Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Arul Prakkash, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh and Zaid Kamaruddin.
1. Bersihkan senarai undi
2. Mereformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Tempoh kempen minima 21 hari
5. Akses media yang bebas dan adil
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor
PS: Dapatkan senaskah "FITNAH" Terbitan SAMM malam ini !!
Tuesday, August 9, 2011
Bila 100 Ribu Rakyat Sedia Untuk Ditahan !
Cuba lihat laporan di bawah;
Sementara itu, AFP melaporkan sekurang-kurangnya 160 orang ditahan oleh polis kerana didakwa terbabit dalam rusuhan dan samun di utara London sejak Ahad lalu manakala keganasan baru dilaporkan tercetus dan merebak ke bahagian lain di ibu negara Britain itu.
Wartawan AFP melaporkan beribu-ribu penduduk mencuri barangan dari sebuah gedung barangan elektrik di kawasan Brixton, selatan London pada awal pagi ini, menakala gerombolan pemuda membaling objek ke arah polis.
Menurut Scotland Yard, kejadian mencuri merebak ke beberapa kawasan di utara, timur dan selatan bandar raya ini, sementara sekumpulan kira-kira 50 pemuda merosakkan harta benda di kawasan tumpuan pelancong di Oxford Circus.Ini namanya perhimpunan tidak aman, atau lebih senang dipanggil rusuhan. Sekucar-kacirnya bandaraya yang berumur satu milenium iaitu Bandaraya London, hanya 160 orang sahaja yang ditangkap polis. Penangkapan tersebut juga punya kewajaran bagi membendung rusuhan daripada menjadi lebih buruk.
Perusuh merosakkan sebuah kereta polis dan memecahkan tingkap di Enfield, pinggir utara London kira-kira lima kilometer dari Tottenham, medan kekacauan pada malam sebelumnya.
Pasukan polis tambahan dikerahkan di kawasan-kawasan kediaman bergolak selepas tiga anggota polis dimasukkan ke hospital akibat dirempuh kereta.
Cuba kita kenang kembali peristiwa yang berlaku pada 9 Julai 2011, atau dikenali sebagai B-709. Ratusan ribu rakyat di atas jalanraya menuntut hak demokrasi. Mereka berhimpun secara aman sebelum dileraikan dengan penuh kekasaran. Namun displin tetap ada, kerana tersemat dalam jiwa setiap demonstran yang hadir ke Kuala Lumpur pada tanggal 709 itu, sebuah semangat cintakan negara. Inilah patriotik sebenar, bukan seperti 'pakturut' berbaju merah.
Dalam peristiwa bersejarah BERSIH 2.0, cuba kira berapa jumlah kedai yang dipecah masuk oleh demonstran ? Berapa jumlah kenderaan polis yang terbakar? Berapa jumlah bas RapidKL yang terbalik dek amukan demonstran pengejar demokrasi ? dan berapa pula orang anggota polis yang cedera parah hingga dikejarkan ke hospital kerana dirempuh rakyat yang menuntut pilihanraya bersih dan adil ?
Sifirnya mudah, jika dalam keadaan perhimpunan aman yang tidak tercetus sebarang rusuhan dan huru-hara, lebih 1500 rakyat Malaysia telah ditahan sepanjang kempen BERSIH samada pra atau pascanya. Bagaimanakah agaknya jika bukan perhimpunan aman yang berlaku pada 9 Julai 2011 tetapi sebuah rusuhan? Pastinya lebih seratus ribu rakyat yang bakal ditahan. Kerajaan Malaysia dan pak polisi harus berasa bersyukur kerana demonstran BERSIH berhimpun atas semangat cintakan negara dan juga keamanan, bukan seperti apa yang berlaku di London.
Namun begitu percayalah wahai Kerajaan Malaysia, jika 100ribu rakyat perlu ditahan oleh polis, berjaya merevolusikan negara ini dengan sistem pilihanraya yang bersih dan adil, jika 100ribu rakyat bakal disumbat dalam tahanan demi sebuah pilihanraya yang boleh diharap dan dipercayai, pasti ratusan ribu rakyat akan bersedia untuk ditahan. Demi demokrasi, demi pilihanraya bersih dan adil, supaya dipilihanraya jugalah tumbangnya kerajaan penipu lagi zalim.
Kami rakyat masih mahukan proses peralihan kerajaan melalui pilihanraya. Oleh demikian, jangan sesekali perlekeh hasrat rakyat yang akhirnya menjadikan pilihan yang ada itu bukan pilihanraya !
BERSIH 3.0 bersedia pada bila-bila masa. Pembongkaran 'Mismah-gate' membangkit ghairah rakyat untuk turun menentang sekuat mana pun kerajaan sedia ada! Adalah satu detik awal sebuah kerajaan apabila rakyatnya mula mengugut!
EDYES @ edyesdotcom
Disiarkan di lidahrakyat.com
Wednesday, July 20, 2011
Pakatan ikrar teruskan pertubuhan BERSIH
Pemimpin Pakatan Rakyat berikrar meneruskan momentum perhimpunan BERSIH 2.0 dengan mengambil inisiatif desakan pembaharuan sistem pilihan raya yang dituntut pertubuhan itu disebarkan kepada penduduk luar bandar.
"Kami sedar impak BERSIH hanya terhad di kawasan bandar dan hari ini dicadangkan kita menyebarkan dorongan itu ke luar bandar dan memberitahu rakyat mengenai BERSIH,” kata penolong setiausaha publisiti DAP Teo Nie Ching.
Perkara itu antara agenda utama yang dibincangkan pada mesyuarat khas pemimpin Pakatan di Petaling Jaya hari ini bagi meninjau sokongan orang ramai menjelang pilihan raya umum yang bakal diadakan sebelum pertengahan 2013.
Mesyuarat tiga hari itu, antra lain bertujuan mensinergi perhubungan media antara tiga gabungan parti berkenaan, PAS, PKR dan DAP.
Pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat turun ke jalanan di Kuala Lumpur menuntut pembaharuan dalam sistem pengundian negara atas alasan pilihan raya sekarang tidak telus dan seringkali di manipulasikan.
Perhimpunan BERSIH 2.0 yang dianggotai oleh 62 NGO itu mendesak mahukan pilihan raya yang bersih dan adil.
Namun, kerajaan bertindak keras bukan sahaja kepada penganjur BERSIH 2.0 tetapi juga penyokong mereka semasa perhimpunan itu.
"Keputusan ini akan dibincangkan dengan (pengerusi BERSIH 2.0) Datuk Ambiga (Sreenevasan)," kata Teo, yang juga ahli parlimen Serdang. - mkini

Perkara itu antara agenda utama yang dibincangkan pada mesyuarat khas pemimpin Pakatan di Petaling Jaya hari ini bagi meninjau sokongan orang ramai menjelang pilihan raya umum yang bakal diadakan sebelum pertengahan 2013.
Mesyuarat tiga hari itu, antra lain bertujuan mensinergi perhubungan media antara tiga gabungan parti berkenaan, PAS, PKR dan DAP.
Pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat turun ke jalanan di Kuala Lumpur menuntut pembaharuan dalam sistem pengundian negara atas alasan pilihan raya sekarang tidak telus dan seringkali di manipulasikan.
Perhimpunan BERSIH 2.0 yang dianggotai oleh 62 NGO itu mendesak mahukan pilihan raya yang bersih dan adil.

"Keputusan ini akan dibincangkan dengan (pengerusi BERSIH 2.0) Datuk Ambiga (Sreenevasan)," kata Teo, yang juga ahli parlimen Serdang. - mkini
Wednesday, July 13, 2011
Doktor dan Pakar Perubatan Sedia Buat Keterangan Bersumpah - Hospital Diserang !
Sekumpulan doktor kanan dan pakar perubatan telah mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan berhubung 'serangan polis' ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu di dua buah hospital.
Sehubungan itu, dalam satu kenyataan media kepada organ rasmi PAS Harakahdaily hari ini, doktor berkenaan yang bertugas di Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu berkata mereka akan mengemukakan afidavit bagi menyokong hujah bahawa hospital diserang.
Mereka mendakwa tindakan polis pada Sabtu lalu jelas mencabul pengiktirafan antarabangsa apabila hospital sebagai tempat santuari diserang.
Malah menurut sebeles doktor berkenaan, semasa peperangan hospital juga tidak akan diserang tetapi dalam kes di Malaysia, polis memasuki bangunan hospital bagi mencari peserta yang melarikan diri daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia.
"Apa yang paling menakutkan dan disaksikan ramai bahawa serangan yang tidak dihasut itu berlaku di kawasan hospital dan beberapa peserta masuk ke hospital bagi mencari perlindungan daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan meriam air,” kata mereka.
Ini adalah reaksi pertama oleh sekumpulan pakar perubatan berikutan penafian pihak polis dan kerajaan bahawa tidak ada gas pemedih mata dilontarkan ke perkarangan hospital pada 9 Julai lalu.
Menurut kesebelas-sebelas doktor berkenaan, pihak berkuasa tanpa rasa malu terus menafikan serangan itu di sebalik pelbagai bukti yang dikemukakan dan ramai saksi yang tampil membuat pengakuan.
Kenyataan media itu ditandatangani oleh Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong.
"Adalah menjijikkan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali,” kata mereka.
Doktor-doktor itu berkata mereka tidak berhasrat menyertai polemik selepas perhimpunan itu, tetapi sebahagian daripada mereka yang sedang bertugas ketika kejadian, bersedia memberi keterangan bersumpah, jika diperlukan bagi memberitahu apa yang sebenarnya berlaku.-mkini

Mereka mendakwa tindakan polis pada Sabtu lalu jelas mencabul pengiktirafan antarabangsa apabila hospital sebagai tempat santuari diserang.
Malah menurut sebeles doktor berkenaan, semasa peperangan hospital juga tidak akan diserang tetapi dalam kes di Malaysia, polis memasuki bangunan hospital bagi mencari peserta yang melarikan diri daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia.
Ini adalah reaksi pertama oleh sekumpulan pakar perubatan berikutan penafian pihak polis dan kerajaan bahawa tidak ada gas pemedih mata dilontarkan ke perkarangan hospital pada 9 Julai lalu.
Isnin lalu, menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0.
Katanya, dakwaan yang berlegar di media internet berhubung tembakan ke arah hospital itu adalah tidak benar.
Liow juga berkata sebenarnya polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.
Beberapa rakaman video dan gambar yang dikemukakan terus diperlekehkan oleh kerajaan termasuk anggota jemaah menteri.
Liow juga berkata sebenarnya polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.
Menurut kesebelas-sebelas doktor berkenaan, pihak berkuasa tanpa rasa malu terus menafikan serangan itu di sebalik pelbagai bukti yang dikemukakan dan ramai saksi yang tampil membuat pengakuan.
Kenyataan media itu ditandatangani oleh Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong.

Doktor-doktor itu berkata mereka tidak berhasrat menyertai polemik selepas perhimpunan itu, tetapi sebahagian daripada mereka yang sedang bertugas ketika kejadian, bersedia memberi keterangan bersumpah, jika diperlukan bagi memberitahu apa yang sebenarnya berlaku.-mkini
Tuesday, July 12, 2011
Video Pendedahan Cincin RM24.5 Juta oleh SAMM dan Chegubard !!
Salam BERSIH,
Pendedahan penting ini hadir pada malam sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 di dalam ceramah yang disampaikan oleh Chegubard di Taman Melewar, Gombak. Ia seolah-olah memberi ilham yang amat besar untuk setiap rakyat yang mendengar pendedahan pada malam tersebut, membuatkan rakyat lebih bersemangat untuk hadir ke himpunan Bersih keesokkan harinya.
Maklumat diperolehi oleh pasukan risikan SAMM yang berjaya menerbit keluar dari kastam, sebuah skandal RM24.5 juta, dan setelah mendapat kesahihan chegubard mengambil tanggungjawab selaku penyelaras SAMM untuk mendedahkan skandal jahat ini kepada rakyat. Di hadapan ribuan pendengar ceramah dan puluhan polis serta SB, chegubard menerangkan dengan terperinci maklumat yang tertera dalam printscreen. Anda boleh rujuk printscreen tersebut dalam entry blog chegubard dalam tajuk "Imelda Rosmah dan cincin nilai RM24.4 juta".
Mungkin disebabkan pendedahan ini juga, menyebabkan kami diekori oleh sebuah Persona hijau ketika balik ke hotel dari Taman Melewar sejurus selepas chegubard habis ceramah. Pendedahan oleh Chegubard ini sememangnya mendatangkan bahaya besar kepada regim pemerintah. Namun syukurlah di atas taktikal 'decoy' yang digunakan oleh anak muda SAMM berjaya mengelirukan pihak polis seraya meloloskan Chegubard dari ditangkap sebelum berhimpun.
SAMM akan terus ke hadapan membongkar penipuan dan rompakkan yang dilakukan oleh rejim jahat tanpa rasa gentar kerana rakyat dan anak muda tetap bersama SAMM. Kepada anak muda yang ingin menyertai SAMM, sila ke laman portal SAMM di alamat www.anakmudamalaysia.com.
Edyes @ Solidariti Anak Muda Malaysia
Pengarah Propaganda SAMM
Berkerusi Roda, Berpapah Selepas Dirempuh LandRover Polis !!
Abg Mat dipapah keluar selepas menunaikan solat jenazah di AU3. Klik sini
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini mendakwa polis menggunakan trak merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 kelmarin.
Melawat Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam dengan berkerusi roda, pemimpin yang selalu ceria itu kelihatan serius menceritakan kembali pengalamannya itu.
Mohamad (kiri) berkata, ketika dalam perjalanan dari Masjid Negara, tiba-tiba sebuah Land Rover merempuhnya.
Ketika itu, tambahnya, beliau tidak tahu bahawa kenderaan itu dipandu pihak polis.
Dalam sidang media itu, Mohamad berkata, setelah terjatuh di jalan, beliau dan penunggang motosikal itu dibawa dengan Land Rover itu ke klinik di Jinjang sebelum kes itu dirujuk ke hospital.
Kebumi Jenazah As-Syahid, Penghormatan Akhir dari Anak Muda !!
Penghormatan Terakhir - Chegubard dengan baju kuning BERSIH turut membantu pengkebumian
Saya tweet gambar ini kepada follower twitter, tetapi ada seorang pengikut UMNO yang mempersoalkan dengan menulis "Sampai liang lahad pun nak berpolitik". Kemudian saya dengan tenang menjawab - Kalau nak belajar pun biar sampai ke liang lahad, apatah lagi bagi menjatuhkan sebuah rejim kukubesi legasi penjajah!!
Cerita penuhnya di sini
Video Pejuang Banjiri Jalan Ampang !!
Video ini saya taknak ulas... anda tengok sendiri berapa ramai pejuang yang otw ke KLCC... Ini baru sampai jalan ampang, depan Restoran Saloma tu, belum sampai di KLCC yg dah beribu tunggu.
Tahniah kepada Unit Amal dan SAMM yang dari awal berjaya membawa crowd hingga menjadi paling ramai berjaya berkumpul di KLCC. Saya akan ulas lebih panjang dalam entri khas pasca BERSIH 2...
Monday, July 11, 2011
Hidup Rakyat Bergema Depan Maybank - Engage Pertama
Ketika ini, rombongan dari CM, KTM, Brickfield, Pudu dan yang tak lepas masuk ke Masjid Negara, bergabung dengan kumpulan yang dihalau dari Masjid Jamek... Bergabung betul-betul dihadapan Menara Maybank
Sebelumnya, suasana menjadi begitu bersemangat apabila Chegubard dan komrad SAMM sampai di depan Menara Maybank...
Video Dirakam dan dipublish tanpa sunting oleh Edyes
tunggu, ada video lagi... lewat malam nie...
Terus Gayakan Baju BERSIH Anda Di Mana-Mana !! Berani Kerana Hak !!
Membeli barang dapur bersama family
Ketika di Surau AU3 sebelum solat jenazah
Semalam 10 Julai, setelah as-syahid pejuang demokrasi selesai dikebumikan, tibalah giliran untuk berkhidmat kepada keluarga. Isteri mula membalas dendam setelah hampir sebulan si suaminya sibuk memanjang. Tiap-tiap malam kalau tak ceramah, meeting...
Balik dari kubur singgah ke hotel dulu untuk hantar Poji TP dan rakan komrad lain selain dari mandi membersih diri dari kotoran kubur. Badan bermandi peluh bila menapak lebih 3 kilometer dari surau di AU3 hingga ke tanah perkuburan di AU4. Beribu yang turut sama berarak. Dalam perarakkan jenazah tu juga kami mengenakan baju BERSIH dan apabila melintasi pihak polis, tiada apa yang pihak polis lakukan walaupun kami mengenakan baju BERSIH. Kenapa polis tak tangkap kami yang berbaju BERSIH ? Adakah pihak polis tak menjalankan tugasnya ?
Aku tak pernah lihat polis hanya mendiamkan diri bila mat motor ragut beg tangan wanita depan polis tersebut. Tapi semalam aku dapat lihat bagaimana polis membiarkan ramai penjenayah mengenakan baju kuning BERSIH walaupun bilangan polis melebihi 10 orang di AU4 ketika itu. Adakah ia bermakna tidak salah mengenakan baju kuning BERSIH ? Ok, walaupun aku tak pernah rasa salah kalau pakai baju BERSIH, tapi sebab taknak kena reman ketika pejuang lain berhimpun di Kuala Lumpur pada hari 'besar', aku putuskan untuk tak pakai baju BERSIH sebelum 9 Julai. Selepas 9 Julai, takda masalah untuk aku pakai sebab aku tak sikit pun rasa bersalah!
Berbalik kepada perihal melunaskan harapan seorang isteri. Program keluarga petang itu ialah, membeli barang-barang dapur di Carefour Mid-Valley. Ketika sedang bersiap untuk ke Mid-Valley, ada mesej dalam BBM sudah masuk. Mesej itu berbunyi;
seorang teman Mohd radzman b ramly,23thn.diL0kap balai p0lis sremban 2,tangkapan d lakukan d jusc0 seremban 2,krn pakai tshirt bersih smlm. Saya sejak 9pg tadi di IPD Seremban..InsyaAllah akan dibebas dgn jaminan sebentar lagi..
Berita ini sangat mencabar akan kuasa rakyat dan tempiasnya kena pada aku. Perhimpunan BERSIH telah menjadi sejarah pada 9 Julai, dengan kata lain - dah habis atau dah selesai. Tetapi bukan bererti kempen tuntutan itu sudah berakhir. Hanya perhimpunannya sahaja yang berakhir, bukan ruhnya BERSIH. Akhirnya aku sampai ke Mid-Valley dengan anak beranak mengenakan baju BERSIH.
Ramai yang pandang-pandang dan tak kurang juga yang menyapa dengan hamburan pujian. Ada juga yang curi-curi ambil gambar. Ada pasangan kekasih yang mengambil gambar untuk dimuatkan dalam Facebook dan pasangan itu juga bersetuju betapa tidak salahnya mengenakan baju BERSIH di khalayak ramai.
Kehadiran aku di Mid-Valley berbaju BERSIH bukanlah untuk mendabik dada tetapi hanya memperjuangkan hak rakyat berdemokrasi dan ber-asasi. Rakyat harus berani, rakyat harus berdepan dengan kerajaan ini kerana negara ini adalah negara rakyat. Milik mutlak rakyat sementara Putrajaya itu adalah amanah dan mandat dari rakyat untuk rakyat!!
Sama-sama kita bantu mangsa yang ditangkap pra-BERSIH mahupun pasca-BERSIH. Kalau tak boleh bantu secara langsung, bantulah secara tidak langsung dengan doa dan harapan agar tumbangnya sebuah kerajaan kuku besi era moden yang berselindung di sebalik muka yang baik dan isteri yang jahat...
Melaporkan dgn santai...
Gambar Terbaik Dari Komrad Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) !!
Sila besarkan gambar untuk melihat lebih jelas, adakah botol air yang dipegang atau ianya botol 'molotof cocktail'. Kerana dilaporkan oleh TV123 bahawa 'molotof cocktail' buatan 1Malaysia adalah menggunakan botol plastik dan bertudung pinky.
Tahniah buat komrad Zizi SAMM, idea ini akan digunakan dalam siri perhimpunan akan datang.
Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata...
The Battle for Jalan Pudu - Part 1
Dalam video nie, dapat dilihat bagaimana FRU membelah crowd besar yang diketuai Dr.Hatta dan Chegubard!
kemudian crowd terbahagi dua, separuh pergi ke Stadium Merdeka melalui jalan petaling(belakang) dan separuh lagi tinggal di depan puduraya menghadapi serangan polis dari depan dan belakang(Hospital cina tu)...
Friday, July 8, 2011
Panduan Ringkas Perhimpunan BERSIH 2.0
1. Apa yang perlu anda buat apabila DIBERHENTIKAN polis?
o Minta beliau tunjukkan Kad Kuasa Polis
o Catit nama dan nombor anggota yang tercatat dalam Kad Kuasa Polis
o Jika beliau berpakaian seragam, catit nombor anggota pada pakaian seragam
o Jika beliau berkenderaan, catit nombor pendaftaran kenderaan
2. Apa perlu anda buat jika diminta pengenalan diri?
o Berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat sahaja
o Jangan sekali-kali menyerahkan kad pengenalan anda kepada polis; hanya tunjuk sahaja
o Jika polis paksa anda serahkan kad pengenalan, minta dikeluarkan Borang Pemeriksaan sebagai bukti kad pengenalan dirampas
3. Bilakah anda ditahan?
o Apabila anda dihalang beredar dari tempat tersebut
o Apabila anda digari
4. Apa harus anda buat apabila ditahan?
o Jangan melawan dan jangan beri alasan kepada polis untuk gunakan kekerasan
o Tanya apakah alasan anda ditahan
o Tanya ke balai mana anda akan dibawa
5. Apakah hak anda setelah ditahan?
o Anda berhak membuat panggilan telefon kepada keluarga dan/atau peguam dan maklumkan balai tempat anda dibawa, sebab tangkapan dan nama polis yang membuat tangkapan
6. Berapa lama polis boleh menahan anda?
o Polis boleh menahan anda tidak melebihi 24 jam di balai atau lokap polis
o Anda boleh ditahan melebihi 24 jam jika anda diberikan Perintah Reman oleh Mahkamah Majistret tertakluk kepada tempoh maksimum 7 (4+3) hari bagi kesalahan menghadiri perhimpunan ‘Bersih 2.0’
7. Apakah yang perlu dibuat apabila anda dibawa ke hadapan Majistret untuk mendapatkan Perintah Reman?
o Beritahu polis/Majistret bahawa anda ingin diwakili peguam
o Jika anda diwakili peguam, anda tidak perlu bercakap kerana peguam yang akan bercakap bagi pihak anda di hadapan Majistret
o Anda hanya perlu beritahu peguam yang mewakili anda sekiranya anda sakit, didera, diugut atau tidak diberikan makanan/air/pakaian secukupnya semasa dalam tahanan. Buat laporan polis dengan segera jika berlaku keadaan sedemikian
o Beritahu juga kepada peguam sama ada polis telah menjalankan penyiasatan semasa anda dalam tahanan
8. Apakah yang perlu dibuat apabila polis ingin merakam Kenyataan Bertulis semasa dalam tahanan?
o Kenalpasti nama dan pangkat pegawai yang menyoal siasat anda
o Berikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan (butir-butir peribadi) jika diminta
o Selain memberikan butir-butir peribadi, anda dinasihatkan untuk berdiam diri dari menjawab soalan dari pegawai polis
o Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan “saya akan jawab di mahkamah” terhadap sebarang soalan yang dikemukakan kepada anda dan polis tidak boleh memaksa, mengugut atau memukul anda jika anda enggan menjawab soalan
9. Bilakah anda didakwa di mahkamah ?
o Anda boleh didakwa di mahkamah pada atau sebelum tempoh reman yang diberikan terhadap anda tamat
o Anda didakwa jika pertuduhan dibacakan terhadap anda di hadapan seorang Majistret/Hakim dan anda ditanya sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan
o Pastikan anda MENGAKU TIDAK BERSALAH dan peguam ‘Bersih 2.0’ akan mewakili anda sehingga perbicaraan selesai
Disediakan oleh: Unit Tindakan Undang-Undang Jenayah, Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama Lajnah Undang-Undang PAS Pusat
Jika Anda Ditahan Hubungi No. Telefon Hotline Bilik Gerakan PEGUAM, Dewan Pemuda PAS Malaysia :
1. 0 1 6 – 3 1 2 6 4 6 3
2. 0 1 6 – 3 1 2 6 4 7 3
3. 0 1 4 – 6 4 5 1 7 5 3
4. 0 1 2 – 3 9 2 8 3 7 9
harakahdaily/-
Bukan Permit Tetapi Surat Penafian Berhimpun - Balai Dang Wangi !!
Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh menafikan dakwaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) bahawa mereka telah diberikan permit bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka, esok.
Ketika dihubungi beliau berkata pihaknya tidak menyedari bahawa permit telah diluluskan.

"Setahu saya, tiada permit dikeluarkan untuk 9 Julai,” katanya.
Apabila didesak, beliau mengakui bahawa orang pertama yang akan mengetahui perkara itu adalah ketua polis daerah Dang Wangi Zulkarnain Abdul Rahman, tetapi kemungkinannya adalah kecil.
"Orang terbaik untuk disoal adalah Zulkarnain. Tetapi saya baru berhubung dengan telefon dengannya.
"Beliau tidak menyatakan apa-apa berhubung meluluskan permit,” kata Amar Singh.
Apabila didesak, beliau mengakui bahawa orang pertama yang akan mengetahui perkara itu adalah ketua polis daerah Dang Wangi Zulkarnain Abdul Rahman, tetapi kemungkinannya adalah kecil.
"Orang terbaik untuk disoal adalah Zulkarnain. Tetapi saya baru berhubung dengan telefon dengannya.
"Beliau tidak menyatakan apa-apa berhubung meluluskan permit,” kata Amar Singh.
Sebelum ini menulis pada laman sosialnya di Facebook dan Tweeter, BERSIH 2.0 berkata mereka diminta datang ke balai polis Dang Wangi Kuala Lumpur untuk mengambil permit bagi mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka, esok
“BERITA BAIK! Balai Polis Dang Wangi telefon Bersih, minta kami datang ambil permit untuk himpunan aman di Stadium MERDEKA! Kini terserah kepada PM & Pengurusan Stadium Merdeka untuk membuat langkah sepatutnya,” tulis BERSIH.
“BERITA BAIK! Balai Polis Dang Wangi telefon Bersih, minta kami datang ambil permit untuk himpunan aman di Stadium MERDEKA! Kini terserah kepada PM & Pengurusan Stadium Merdeka untuk membuat langkah sepatutnya,” tulis BERSIH.
Bagaimanapun kira-kira setengah jam kemudian, BERSIH menjelaskan terdapat salah faham berhubung perkara itu.
Katanya, ketika diminta ke balai polis, wakil itu telah tiga kali bertanya sama ada ia berkaitan dengan permit dan dijawapnya "ya".
“Sorry all, spoke too soon: Bersih rep asked 3 times "Is this a permit?" Police: "Yes", but now, police say "Actually it is a letter denying permission".
Sementara itu, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Wong Chin Huat ketika dihubungi berkata BERSIH 2.0 akan mengadakan sidang akhbar pada jam 5.30 petang ini.
PECAH BERITA !! BERSIH SUDAH HALAL !!! Polis Beri BERSIH Permit Himpun di Stadium Merdeka!!!
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah diminta untuk datang ke Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk mengambil permit bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka, esok.
Menulis pada laman sosialnya di Facebook dan Tweeter, BERSIH 2.0 berkata mereka diminta berbuat demikian melalui sebuah panggilan telefon.
“BERITA BAIK! Balai Polis Dang Wangi telefon Bersih, minta kami datang ambil permit untuk himpunan aman di Stadium MERDEKA! Kini terserah kepada PM & Pengurusan Stadium Merdeka untuk membuat langkah sepatutnya,” tulis BERSIH.
Sementara itu, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Wong Chin Huat ketika dihubungi mengesahkan mereka telah diberikan permit berkenaan.
Katanya, BERSIH 2.0 akan mengadakan sidang akhbar pada jam 5.30 petang ini.- mkini
PERKASA Batal Perhimpunan 9 Julai !!
PERKASA telah membatalkan rancangannya untuk berhimpun esok kerana gagal mendapatkan permit polis, kata presidennya, Datuk Ibrahim Ali.
Berikutannya, Ibrahim berkata ahli-ahli PERKASA yang telah mendaftar untuk berhimpun esok, diminta "bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur khususnya di Taman Tasik Titiwangsa.
"Buat masa ini batal, tetapi kita akan berusaha untuk mendapatkan stadium, kalau dapat kita akan pohon permit polis," katanya.
Katanya, ia ekoran kegagalan PERKASA untuk mendapatkan kebenaran dari beberapa pihak pengurusan stadium yang dipohon sebagai lokasi perhimpunan PERKASA.

Ditanya mengenai masa yang sudah suntuk, Ibrahim berkata, pihaknya kita akan mencuba sedaya upaya untuk berbuat demikian.
Pagi tadi, dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata permohonan PERKASA untuk berhimpun di Stadium Titiwangsa di Kuala Lumpur esok telah ditolak.
Katanya, penolakan itu kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menguruskan stadium berkenaan tidak meluluskan tempahan mereka.-mkini
Katanya, penolakan itu kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menguruskan stadium berkenaan tidak meluluskan tempahan mereka.-mkini
EDYES wrote:
Kemungkinan-kemungkinan PERKASA batalkan perhimpunan;
1. Langsung tak dapat sambutan kerana tujuan perhimpunan yang semata-mata mahu menggempur peserta himpunan BERSIH - rakyat kian bijak !!
2. Bukan sahaja tak dapat perkenan YDP Agong, tetapi nak mengadap Agong pun tidak dilayan.
3. something fishy...
Subscribe to:
Posts (Atom)