Monday, July 4, 2011

LIVE!! - Press Confrence BERSIH 4 Julai !

- Adalah sangat tidak logik untuk menyah-daftar / diharamkan satu gabungan NGO yang sebelum ini tidak pernah dan tiada keperluan untuk didaftarkan! KDN perlu belajar semula erti logika.

- Pihak polis mempunyai kemahiran untuk mengawal sebuah perarakan yang aman. Jika demikian, pihak polis sepatutnya lebih bertanggungjawab untuk menjayakan BERSIH

- SUHAKAM juga memberi endorsement positif untuk perhimpunan aman BERSIH dan mengharapkan kerjasama pihak polis.

- Kenapa pihak polis terlalu concern untuk menakut-nakutkan rakyat daripada memberi jaminan keselamatan lebih baik. Pihak polis juga sangat 'double-standard' dan pilih bulu dalam isu perhimpunan seolah-olah memerangi BERSIH.

- Serangan peribadi adalah tidak wajar sama sekali dan tidak perlu dilayan.

- Pakai baju BERSIH bukanlah satu kesalahan. Tetapi dianggap seperti kesalahan menghisap ganja di tempat awam.

- Pihak media harus fokus ke atas 8 tuntutan yang disuarakan BERSIH berbanding melayani provokasi yang membawa rebah dan juga serangan peribadi.

- Sangat memalukan bila mengaitkan BERSIH dengan komunisme.

- Penahanan Dr. Jeyakumar dan 5 yang lain adalah sangat tidak sepatutnya berlaku. Dr Jeyakumar adalah seorang Doktor yang budiman.

- Menuduh kait komunis hanya kerana jumpa buku sejarah pejuang komunis di pejabat seketariat adalah sangat tidak masuk akal. Anda boleh jumpa buku-buku tersebut di banyak perpustakaan dan juga di kedai buku 'popular'. Jadi adakah mereka juga komunis?

- BERSIH adalah mengenai demokrasi. Kami mencari demokrasi yang telah lama hilang melalui perhimpunan aman BERSIH.


EDYES @ edyesdotcom
Empower Office BERSIH PC

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments: