Monday, July 11, 2011

Terus Gayakan Baju BERSIH Anda Di Mana-Mana !! Berani Kerana Hak !!



Membeli barang dapur bersama family

Ketika di Surau AU3 sebelum solat jenazah

Semalam 10 Julai, setelah as-syahid pejuang demokrasi selesai dikebumikan, tibalah giliran untuk berkhidmat kepada keluarga. Isteri mula membalas dendam setelah hampir sebulan si suaminya sibuk memanjang. Tiap-tiap malam kalau tak ceramah, meeting...

Balik dari kubur singgah ke hotel dulu untuk hantar Poji TP dan rakan komrad lain selain dari mandi membersih diri dari kotoran kubur. Badan bermandi peluh bila menapak lebih 3 kilometer dari surau di AU3 hingga ke tanah perkuburan di AU4. Beribu yang turut sama berarak. Dalam perarakkan jenazah tu juga kami mengenakan baju BERSIH dan apabila melintasi pihak polis, tiada apa yang pihak polis lakukan walaupun kami mengenakan baju BERSIH. Kenapa polis tak tangkap kami yang berbaju BERSIH ? Adakah pihak polis tak menjalankan tugasnya ?

Aku tak pernah lihat polis hanya mendiamkan diri bila mat motor ragut beg tangan wanita depan polis tersebut. Tapi semalam aku dapat lihat bagaimana polis membiarkan ramai penjenayah mengenakan baju kuning BERSIH walaupun bilangan polis melebihi 10 orang di AU4 ketika itu. Adakah ia bermakna tidak salah mengenakan baju kuning BERSIH ? Ok, walaupun aku tak pernah rasa salah kalau pakai baju BERSIH, tapi sebab taknak kena reman ketika pejuang lain berhimpun di Kuala Lumpur pada hari 'besar', aku putuskan untuk tak pakai baju BERSIH sebelum 9 Julai. Selepas 9 Julai, takda masalah untuk aku pakai sebab aku tak sikit pun rasa bersalah!

Berbalik kepada perihal melunaskan harapan seorang isteri. Program keluarga petang itu ialah, membeli barang-barang dapur di Carefour Mid-Valley. Ketika sedang bersiap untuk ke Mid-Valley, ada mesej dalam BBM sudah masuk. Mesej itu berbunyi;
seorang teman Mohd radzman b ramly,23thn.diL0kap balai p0lis sremban 2,tangkapan d lakukan d jusc0 seremban 2,krn pakai tshirt bersih smlm. Saya sejak 9pg tadi di IPD Seremban..InsyaAllah akan dibebas dgn jaminan sebentar lagi..
Berita ini sangat mencabar akan kuasa rakyat dan tempiasnya kena pada aku. Perhimpunan BERSIH telah menjadi sejarah pada 9 Julai, dengan kata lain - dah habis atau dah selesai. Tetapi bukan bererti kempen tuntutan itu sudah berakhir. Hanya perhimpunannya sahaja yang berakhir, bukan ruhnya BERSIH. Akhirnya aku sampai ke Mid-Valley dengan anak beranak mengenakan baju BERSIH.

Ramai yang pandang-pandang dan tak kurang juga yang menyapa dengan hamburan pujian.  Ada juga yang curi-curi ambil gambar. Ada pasangan kekasih yang mengambil gambar untuk dimuatkan dalam Facebook dan pasangan itu juga bersetuju betapa tidak salahnya mengenakan baju BERSIH di khalayak ramai.

Kehadiran aku di Mid-Valley berbaju BERSIH bukanlah untuk mendabik dada tetapi hanya memperjuangkan hak rakyat berdemokrasi dan ber-asasi. Rakyat harus berani, rakyat harus berdepan dengan kerajaan ini kerana negara ini adalah negara rakyat. Milik mutlak rakyat sementara Putrajaya itu adalah amanah dan mandat dari rakyat untuk rakyat!!

Sama-sama kita bantu mangsa yang ditangkap pra-BERSIH mahupun pasca-BERSIH. Kalau tak boleh bantu secara langsung, bantulah secara tidak langsung dengan doa dan harapan agar tumbangnya sebuah kerajaan kuku besi era moden yang berselindung di sebalik muka yang baik dan isteri yang jahat...


EDYES @ edyesdotcom
Melaporkan dgn santai...

1 comment:

sokongbersihselalu said...

adik beradik keturunan yahudi saja takut mati...namun bagi orang islam kematian itu adalah nikmat yang di cari....

Belajar lah sistem islam,,al-quran dan sunnah dah ajar kita...

wahai puak umno...dunia ini tumpangan sementara...ada lagi kehidupan selepas mati..di situ nanti tak akan ada kematian lagi...syurga dan neraka dah disediakan untuk setiap insan...pilih la...mana satu...

hidup lah dengan bermaruah...mati pun biar lah bermaruah...

saudara ini telah pergi mengadap ILLAHI dengan mendapat doa yang baik dari sahabat nya...bagaimana kita agak nya.