Saturday, July 2, 2011

PECAH BERITA !! Lagi Ditangkap!! Lagi Diberkas!! Lagi Diheret!!

Di Kedah - Polis Kedah hari ini menahan 14 orang yang sebahagian besar mereka ahli PKR kerana didakwa bersubahat untuk cuba menghasut orang ramai menyertai perhimpunan BERSIH di Kuala Lumpur pada Sabtu depan.

Semua mereka ditahan pada kira-kira jam 9.20 pagi ketika cuba mengadakan sidang media bagi mengajak orang ramai menyertai perhimpunan itu dan membantah tindakan polis menahan aktivits BERSIH di sebuah restoran di Pekan Koboi di Alor Setar.

Antara yang ditahan ialah, Timbalan Ketua Wanita PKR Kedah, Suraya Hashim; Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR negeri, Gooi Hsiao Leung dan Ketua PKR Cabang Kulim Bandar Baharu, Saari Fadzil Hud. 

Di Selangor - Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu ditangkap selepas tengah malam tadi dan dilaporkan 'dipaksa' keluar dari kereta Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang ditumpanginya.

Pada kejadian 12.20 pagi itu, beberapa ahli exco baru sahaja selesai menghadiri sebuah majlis ceramah di Hulu Selangor dan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur sebelum ditahan oleh polis pada pertengahan jalan.

Menurut rakan exco yang juga saksi kejadian Elizabeth Wong (kanan), mereka berkonvoi kira-kira “lapan atau sembilan” kereta yang diketuai oleh sebuah kereta peronda polis di sebatang jalan di Rawang apabila tahanan dibuat.

Di Sabah - Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Dr Natassia Sarah Mohd Danny bersama enam lain ditahan polis ketika sedang makan di sebuah restoran di Kota Kinabalu.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Natassia berkata, hanya seorang dari mereka memakai t-shirt Bersih manakala tiga lagi hanya berpakaian kuning manakala bakinya termasuk beliau berpakaian hitam.

“Antara 60 hingga 70 anggota polis bersama empat van menyerbu restoran semasa kami sedang makan mee goreng sebelum membawa kami ke balai polis Karamunsing.

“Apabila kami soal atas sebab penahanan kami, polis cuma memberi alasan ‘kerajaan tidak suruh pakai baju kuning’ sedangkan baju yang saya pakai berwarna hitam,” katanya.

Enam rakannya itu masing-masing empat dari KEADILAN dan dua dari PAS termasuk seorang pemuda yang sebelum ini dihalau oleh seorang Ahli Jawatankuasa Masjid Bandaraya Kota Kinabalu kerana memaikai t-shirt Bersih ketika bersolat.

PELIK - Dr Michael telah dilepaskan dari balai polis, kemudian ditahan semula di luar balai polis!!

TERBARU - Dr. Xavier Jayakumar telah ditangkap bersama empat yang lain!! Penahanan adalah di bawah akta ISA !!

PS: Main bangsat ?


EDYES @ edyesdotcom

No comments: