Friday, July 1, 2011

Terkejut Bila Pulang Ke Tanah Air, Melihat Malaysia Jadi Negara Komunis !!


Aku dah pulang ke tanah air!! Perjuangan di tanah air akan diteruskan dan diperhebat !! Aku akan turun ke perhimpunan BERSIH pada 9 Julai nanti, apa masalah ? Aku ikut perlembagaan negara, artikel 10 membenarkan aku berhimpun secara aman. 

Besok hari Sabtu, aku nak pakai baju kuning BERSIH, apa masalah ? Aku rakyat Malaysia ada hak nak pakai baju kaler apa yang aku suka, dengan tulisan apa yang aku suka asalkan ia bukan provokasi kepada orang lain. Atau apakah baju kuning BERSIH itu adalah satu provokasi ke atas kerajaan Malaysia? Ada aku kesah??!

Aku pulang dari negara Viet Nam, sebuah negara sosialis. Sosialis yang dikaitkan dengan komunis. Bila pulang, satu kejutan budaya telah berlaku apabila berita yang masuk ke halwa telinga mengatakan - Perhimpunan BERSIH berkait rapat dengan pergerakan komunis. Kononnya ada di antara seketariat BERSIH terdiri daripada komunis. Woi, aku ada dalam meeting tu, mana ada yang pakai topi bintang satu atau bintang tiga !! Bullshit !!

Dengan berita ini, satu aku nak cakap. BODOH punya bangsat lah kalau ini permainan mereka! Cuba mengaitkan perhimpunan BERSIH dengan komunis adalah satu percubaan BODOH untuk memperbodohkan rakyat Malaysia.

Kita rakyat semua terutamanya orang-orang melayu cukup sensitif dengan perkataan komunis. Suka sangat tengok filem Bukit Kepong tanpa menilai cerita di sebalik cerita, sejarah di sebalik sejarah. Bila sebut saja perkataan komunis, pasti ia akan dikaitkan dengan keganasan. Sebab komunis itu sendiri dipanggil pengganas komunis. Tetapi jangan kita lupa, gerakan Islam di serata dunia juga acap kali digelar pengganas. 

Maka dapat kita lihat mengapa KDN dan kerajaan Malaysia cuba kaitkan komunis dengan himpunan BERSIH, pastinya supaya perhimpunan BERSIH dicop sebagai satu perhimpunan yang ganas. Lebih bodoh lagi jika mereka katakan perhimpunan BERSIH bertujuan untuk menjadikan komunis sebagai kerajaan Malaysia yang baru. Mari kita tunggu setakat mana kebodohan kumpulan-kumpulan yang terdesak ini.

Namun begitu, syabas diucapkan kepada semua rakyat Malaysia yang telah celik maklumat. Mereka yang celik maklumat ini tidak mudah diperdaya dengan propaganda jahat yang langsung tidak membawa faedah, malah boleh menimbulkan kekacauan lebih parah. Sedangkan, jika pihak polis bekerjasama dalam perhimpunan BERSIH ini, pasti ia akan selesai dalam masa dua tiga jam. 

Mengaitkan BERSIH dengan komunis adalah satu detik malang bagi pihak kerajaan Malaysia. Malang lagi menyedihkan kerana menyangka rakyat masih di takuk lama.

Ingatlah wahai polis dan kerajaan, mengaitkan BERSIH dengan keganasan bukanlah satu kerja yang mudah. Kerana pihak seketariat BERSIH telah bertegas sepertimana perhimpunan versi pertama tahun 2007 yang lalu, perhimpunan BERSIH adalah sebuah perhimpunan aman yang dibenarkan mengikut peruntukan undang-undang!

Semua demonstran BERSIH sedia merafak ikrar bahawa perhimpunan ini adalah sebuah perhimpunan aman. Tiada keganasan yang akan berlaku dari pihak demonstran BERSIH, tiada kerosakkan yang akan terjadi dari tangan-tangan pejuang demokrasi.

Perhimpunan BERSIH adalah berkenaan penyerahan memorandum tuntutan pilihanraya kepada DYMM Agong. Pakaian seragam demonstran BERSIH juga berwarna kuning raja berpelembagaan. Oleh demikian, barang siapa di antara demonstran yang bertindak di luar dugaan, itu adalah sebuah pengkhianatan kepada DYMM Agong ! 

Begitu juga dengan pihak polis dan FRU. Seandainya perhimpunan berjumpa DYMM Agong ini dihalang dan dikacau dengan seribu satu halangan jahat oleh polis dan FRU, maka Polis diraja Malaysia juga telah melakukan pengkhianatan terhadap DYMM Agong!! Ingatlah !!

Ayuh, turun ke jalan raya menyertai perhimpunan BERSIH di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini. Ia tidak salah sama sekali dan mempunyai peruntukkan undang-undang yang tertera dalam perlembagaan Malaysia.

Menyamakan BERSIH dengan komunis, adalah sebuah dongeng bodoh. Siapa mahu percaya ?

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan