Friday, July 29, 2011

Beza Di Antara Pasukan Malaysia dan Kerajaan Malaysia !



Tahniah Khairul Fahmi, menyelamatkan banyak cubaan bahaya...

Sekarang ini saya belum sedia untuk memberikan ulasan untuk perlawanan malam tadi. Cukuplah jika saya katakan Pasukan Harimau Malaya telah berikan yang terbaik untuk pertahankan maruah Malaysia. 

Pasukan bolasepak kebangsaan bermati-matian mencari kemenangan termasuklah berhempas pulas mencari dua defesit gol yang akhirnya menemui hanya satu sebelum direntap gol penyamaan. Menang kalah adat permainan, apa yang lebih penting ialah semangat lawan yang tinggi dipersembahkan oleh Harimau Malaya menentang sebuah pasukan 'world selection'.

Singapura adalah seteru utama kita bukan sahaja dalam aksi bolasepak tetapi juga dalam pelbagai aspek persaingan. Perlawanan malam tadi jelas menunjukkan bahawa anak muda pemain bolasepak negara tidak langsung memberi ruang kepada pasukan Singapura selain daripada terus mengasak dari awal hingga wisel penamat.

Namun demikian, adakah kerajaan Malaysia juga bermati-matian pertahan maruah negara apabila berdepan dengan negara yang asalnya milik kita iaitu Singapura ? Jangan kita lupa akan bagaimana maruah negara kita tercalar oleh Singapura apabila kita kehilangan Pulau Batu Puteh ketika paklah menjadi Perdana Menteri. Dalam tidur pun Pak Lah melawan dengan membawa kes ini ke mahkamah antarabangsa, tetapi kalah sebab kuat tidur.

Tetapi di zaman Najib maruah negara bukan sahaja tercalar, maruah negara telah tergadai apabila kerajaan Malaysia menyerahkan tanah KTM Tanjung Pagar untuk diusahakan bukan lagi sebagai stesen dan laluan keretapi. Dengan usaha pembangunan selain daripada stesen dan laluan keretapi di Tanjung Pagar, perjanjian 999 tahun yang dimetrai ketika penyerahan Singapura dulu akan terbatal dan tanah tersebut berhak dirampas oleh kerajaan Singapura.

Begitulah mudahnya maruah negara tergadai ditangan Singapura angkara ketidak-tentuan Kerajaan Malaysia pimpinan Najib. Apakah suatu ugutan dari negara selatan tanahair itu telah berlaku terhadap kepimpinan tertinggi negara yang membolehkan Tanjung Pagar tergadai sewenangnya ? Itu kena baca buku Siapa Arah Bunuh Altantuya terbitan Chegubard dan InsyaAllah buku baru bakal mewarnai ceramah chegubard selepas ini.

Tidak seperti pasukan bolasepak Malaysia yang menentang Singapura dengan bermaruah, Kerajaan Malaysia menyerah diri kepada Singapura bagaikan murahan. Rakyat mana yang tidak kecewa dengan kehilangan Tanjung Pagar ?

Akhir kalam, syabas saya diucapkan kepada pasukan kebangsaan dan juga penyokong setia. Jangan sesekali berhenti berharap dan jadikan sikap serah diri kerajaan Malaysia terhadap Singapura sebagai satu sempadan.


EDYES @ edyesdotcom

5 comments:

abu idris said...

arrayah.info - Kebencian Kaum Kafir Terhadap Islam Hingga Ke Padang Bola

Anonymous said...

hingga ke hari ini masih lagi tertanya tanya di benak fikiranku..kenapalah orang2 malaysia begitu sempit pemikiran mereka.buatlah sesuatu mengikut fakta dan bukan mengikut perasaan..cuba anda teliti,segala apa yang singapura perolehi bukannya datg bergolek dgn begitu saja.diadakan mahkahmah antara bangsa demi mempertahankan hak dan akhirnya berjaya diperolehi singapura...pulau batu putih..ini mengikut fakta dan bukti kukuh..jgn salahkan kami.kenapa ada keraguan walau dah terbukti? di padang bola juga,cuba anda fikirkan apa sebenarnya yang tidak memuaskan hati anda wahai malaysia?apa yang aku lihat kebanyakan kejatuhan perlawanan negara anda adalah berpunca dari kesilapan anda sendiri.mengenai tanjung pagar,siapa yang memulakan cadangan memberhentikan operasi.walaupun ianya terletak tengah2 tanah singapura,ku kira pm najiblah orang yang bijak mencadangkan demikian.tiada apa yang perlu di bidaskan dan tidak ada rampas merampas dalm hal ini..hormatilah kata putus pm anda walau sudah sekian lama kami rakyat singapura bersabar membiarkan kawasan landasan KTM DI bawah milik anda berada di tengah2 negara kita yang membantotkan pembangunan di kawasan itu.apa perlu anda biarkan kawasan itu terbengkalai dgn semak samun hanya untuk memuaskan hati dan sifat dengki anda?sudah tiba masanya anda memberi laluan dan peluang kepada orn lain.be rational..jagn ada sifat dengki yang tidak menguntungkan.perlu ada kecerdikan dlm minta dan rational...tiada guna saya memperpanjangkan hujah saya ini..kerana saya pasti anda tidak akan putus2 mempertahankan hak anda.cubalah sedikit sebanyak hormati hak org lain..slepas ini komenlah apa2 yang terpendam di hati,kami akan menerima SEGALANYA dgn hati terbuka..kerana kami tahu akan hakikat yang sebenar..tiada perlu kami mempertikaikan lagi.ingatlah bukan anda dan rakyat malaysia saja yang ingin hidup di muka bumi ini..SELAMAT

Anonymous said...

Untuk pengetahuan rakyat Singapura, PM kami sekarang ini bukan cerdik sangat.... malah kepimpinannya memang goyah dengan pelbagai skandal.... tak dihormati rakyat sendiri.

Tak apalah, lain kali kami suruh PM kami yang lebih cerdik dan berwibawa untuk menawarkan kenaikan harga air mentah yang dihantar ke Singapura... kerana apa perlunya kami terpaksa membayar mahal bekalan air kami sendiri sedangkan ianya ditakung di negeri kami sendiri, tetapi menjual secara murah kepada negara yang sentiasa mencabar kami... tak termasuk bola sepak... sebab itu sukan.

Cerdik sikitlah warga Singapura oooi... negara kamu masih bergantung pada hasil mahsul negara kami, hatta untuk keperluan asas walaupun kamu telah lama merdeka.

Maaf sebab cakap kasar sikit, tapi sebab tulisan kamupun kasar jugak.

Anonymous said...

HASIL MAHSUL TELAH BANYAK PUN KAMI PUTUSKAN KERANA TAK TAHAN ASYIK KENA BANGKIT TAK HABIS2.MENTANG2LAH NEGARA KITA NI KECIL MAKIN DIPERKCIL2KAN.KITA SUDAH PUNYA BEKALAN SENDIRI.JADI JAGNLAH MENGBAKIT2KAN ISU LAPOK.KAMI RELA MATI KEHAUSAN DARI MENERIMA BEKALAN ANDA YANG TAK IKHLAS.ITU PUN KITA BELI JUGAK.BUKAN FREE.MUNGKIN KALAU FREE LAGI TERUK JADINYA..KESIAN KITA.SOAL PM NAJIB,ISH ISH ISH KESIAN DIA KAMU KUTUK GITU SEKALI.BERTERIMAKASIHLAH RAKYAT MALAYSIA OII DAPAT PM YANG BERWIBAWA.SEDANGKAN KAMI RAKYAT ASING MEMUJI PM ANDA,ANDA MAMPU PULA MENGUTUK BELIAU.RAKYAT APA NI..TAK PATRIOTIK LANGSUNG..MULAI SKG BELAJARLAH BERTERIMAKASIH PADA KERAJAAN.JGN ASYIK NAK BERONTAK JE KERJA NYA YE..APATAH KAMI RAKYAT ASING..DI BALUN BULAT2.AKHIR SEKALI KATA2 IKHLAS DARI SAYA,MALAYSIA BOLEH!!!!MACAM2 DIA BOLEH..

Toi'Toi' said...

kepada anon singapore...

abg saya baru pulang dr singapore 'outstation' di sana.
malu, terhina kena kutuk dgn warga Singapore tentang politik kotor Malaysia.
Pemimpin kerajaan Malaysia yg asyik memenuhkan poket sendiri saja. Penuh dgn skandal sana-sini itulah sebenarnya pemimpin kerajaan Malaysia kalu anon Singapore nk tau!!

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan