Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah memberi RESPON lebih awal terhadap titah DYMM SPB YDP Agong di sini .
Dalam kenyataan tersebut, SAMM berpendirian dan menyarankan jawatankuasa pemandu BERSIH 2 supaya ;
Menjunjung titah khas Tuanku dan menerima tawaran Najib. Kita berhimpun di Stadium. Syarat kita pilih Stadium Merdeka. Kedua syaratnya PDRM harus bertindak bertamadun dengan membebaskan semua tangkapan berkaitan BERSIH dan gugurkan sebarang usaha pendakwaan. Ketika kempen BERSIH harus 'dihalalkan'. KL tidak boleh dikepung umpama nak perang, pendokong pilihanraya bersih dan adil harus dibenar memasuki KL menuju ke Stadium dengan berbaju Kuning. Konvoi serta bas-bas penyokong tidak boleh disekat.
Kenyataan di bawah ini pula adalah kenyataan terbaru yang telah ditandatangani oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat;
“Setelah melalui beberapa proses perbincangan, kami ingin merakamkan pendirian bahawa ketiga-tiga parti mengambil sikap terbuka dengan tawaran Perdana Menteri itu selagi ia menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,”
Kenyataan itu ditandatangani Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Teresa Kok.
Kata kenyataan itu Pakatan Rakyat ingin menegaskan bahawa tuntutan reformasi dalam sistem pilihan raya negara agar bersih, telus dan adil kekal sebagai matlamat perhimpunan tersebut.
Menurut pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, proses reformasi ini perlu dilaksanakan segera sebelum pilihan raya umum ke-13 bersesuaian dengan lapan tuntutan Bersih 2.0 dan memerlukan komitmen Perdana Menteri; selain dari komitmen sedia ada beliau untuk menawarkan stadium bagi perhimpunan aman Bersih 2.0.
“Kesediaan ini juga perlulah disambut oleh pihak berkuasa dengan menghentikan pendekatan keras yang diambil setakat ini.
“Ketiga-tiga parti bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis dan pihak berkuasa yang lain bagi memastikan perjalanan perhimpunan itu nanti boleh berjalan dengan baik dan aman,” kata kenyataan itu lagi.
Oleh yang demikian, tambah kenyataan itu, Pakatan Rakyat menyeru supaya kesemua individu yang ditahan kerana Bersih 2.0 dibebaskan serta-merta dan tuduhan yang dikenakan terhadap mereka digugurkan.
No comments:
Post a Comment