Wednesday, July 6, 2011

Konsert Justine Bieber Mencemar Sejarah Kemerdekaan Negara ? Apa kata Naina ?

KEGILAAN BEBERAPA BULAN YANG LALU

(Gambar) konsert Justin Bieber di Stadium Merdeka KL disini malam tadi yang telah disaksikan  17,000 penonton.  Ini adalah konsert sulungnya, My World Tour Bieber, 17, menyanyikan lagu  Somebody to Love, One Time, That Should Be Me, One Less Lonely Girl, Love Me, Pray, Bigger, Never Say Never dan  Baby.


KEGILAAN HARI INI

Pemuda Umno bantah BERSIH di Stadium Merdeka

Pemuda Umno hari ini membantahan keputusan BERSIH 2.0 yang memilih Stadium Merdeka sebagai tempat baru berhimpun pada Sabtu ini.

Ketua penerangan pergerakan itu Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, bantahan itu dibuat atas pelbagai alasan, terutamanya atas faktor sejarah tempat berkenaan. Stadium Merdeka dianggap sebagai tempat istimewa ekoran menjadi tempat di mana kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan pada 31 Ogos 1967 di hadapan 10,000 orang.


EDYES wrote:

Aku tak pasti, adakah pemuda UMNO yang buat bantahan atau pemuda PPP ?

Tapi aku pasti akan satu kegilaan, apabila membenarkan konsert Justin Bieber berlangsung di Stadium Merdeka beberapa bulan lalu tetapi tidak membenarkan perhimpunan BERSIH mengambil tempat di Stadium Merdeka dengan alasan faktor sejarah dan kerana menjadi tempat di mana kemerdekaan Tanah Melayu diishtiharkan.

Aku berbicara soal konsert yang penuh jeritan dan lonjak-lonjak berlaku di tempat bersejarah, bukan soal majlis tilawah Al-Quran !!

Fikir fikir !! Naina nanana...


No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan