Saturday, July 16, 2011

Suratan Atau Kebetulan ? Kuning Menghantui Najib...

Sebagaimana Najib dan kabinetnya menghina himpunan BERSIH, begitu jugalah nasibnya Najib apabila teruk dihina sepanjang edisi jelajah UK pada pasca B-709.

Sudahlah tidak disambut permaidani merah, dibatalkan pula satu event penting dalam jadual sesi lawatan. Tidak cukup dengan itu, sepanduk kuning yang menyokong BERSIH berlegar di jalanraya sepanjang beberapa hari Najib di UK, juga telatah Ratu England mengenakan pakaian keseluruhan kuning melengkapkan lagi penghinaan terhadap seorang Perdana Menteri negara Komanwel.

Kini satu lagi gambar yang menceritakan kisah sedih Najib apabila menteri di Britain juga telah menterjemahkan sokongan terhadap kempen BERSIH dengan tali leher yang tersergam kuning. Apalah nasib, dihina di mana-mana kerana kelantangan sendiri menghalang kempen BERSIH umpama berperang dengan rakyat marhein.

Sekali lagi diingatkan, kempen BERSIH adalah semata-mata menuntut pilihanraya bersih dan adil. Kempen yang seharusnya diberi perhatian dan diterima dengan baik demi pihak kerajaan, pihak pembangkang tidak kira siapa pun pembangkang akan datang dan juga ianya terbaik buat rakyat. Kempen ini bukan untuk dilawan dengan segala kekuatan sebuah kerajaan kerana BERSIH sebuah kempen rakyat.

Sesungguhnya tuhan itu maha adil. Yakinlah perilaku tindakkan yang baik itu akan dibalas kebaikan, dan perilaku tindakkan yang buruk itu akan dibalas dengan keburukkan.

Ambillah iktibar sebelum Perdana Menteri lebih dimalukan dari dalam dan juga dari luar negara.


EDYES @ edyesdotcom

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

1 comment:

kpasu guy said...

Semasa Najib di Mansion House London beliau telah disambut oleh sekumpulan rakyat Malaysia berbaju BERSIH dengan pekikan Shame on Najib....

Kalau di Malaysia puak-puak nie masok lokap dah.... tetapi di sana Polis hanya mengawal ketenteraman saja..tanpa mengganggu mereka...

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan