Tuesday, February 22, 2011

Syed Husin Kata Tak Ada... Azmin Kata Tak Berasas... Fuziah Dedah Segalanya...

"Setakat yang saya ketahui, tidak ada perbincangan mengenai laporan ini. Saya agak terkejut Free Malaysia Today (FMT) menyiarkan laporan yang tidak berasas ini," - Azmin Ali
 
 
"Setakat yang saya tahu, tidak ada laporan mengenai KPI ahli parlimen PKR," - Syed Husin
 
 
Pengesahan Fuziah Salleh;
 
Sementara itu, naib presiden PKR, Fuziah Salleh mengesahkan bahawa beliau telah membangunkan sistem penilaian KPI untuk semua ahli parlimen PKR, dan diluluskan oleh MPP, ADUN dan ahli majlis tempatan bagi meningkatkan prestasi mereka, sewaktu beliau menjadi pengarah latihan parti itu pada 2009.

Laporan penuh mkini di sini
 
 
EDYES wrote:
 
Timbalan Presiden kata tidak berasas, bekas Timbalan Presiden pula kata tidak ada laporan! Tetapi seorang Naib Presiden yang berani menempelak dengan mengesahkan memang wujud sistem penilaian KPI untuk semua ahli parlimen PKR.
 
Kepada Ahli Parlimen yang lain, Yang Berhormat dan Yang Berkhidmat harus yakin bahawa samada wujud atau tidak penilaian prestasi KPI, ahli MP harus peka terhadap keperluan rakyat setempat dan juga menjaga displin kehadiran di Parlimen tanpa memikirkan sistem pemantauan yang sedia ada. 
 
Adakah YB perlu tahu terlebih dahulu bahawa ada penilaian KPI, maka selepas itu baru bekerja keras untuk rakyat dan kehadiran penuh di Parlimen? Tolonglah jadi ahli parlimen yang hebat di mata rakyat, kerana kamu bukan YB UMNO !
 
 

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan