Thursday, February 17, 2011

Chegubard Dibiayai Oleh Altantuya!!

Kereta Chegubard kini tersadai di Kemunting Taiping setelah rosak di Bukit Merah semasa dalam perjalanan dari P.Pinang ke Bangi.

Mujurlah Halim Keadilan Bukit Gantang sudi meminjam kereta kembaranya untuk meneruskan perjalanan ke Bangi.

Hari ini Halim memberitahu bahawa kereta Chegubard tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa kena buat 'top overhaul' siaplah kena stanby sekitar seribu hingga 3 ribu.

Inilah sebahagian dugaan dalam perjuangan..

Ada yang pernah bertanya sharpshooter, Chegubard ni keje apa? Jawabnya mudah..Chegubard dibiayai oleh Altantuya, Rosmah dan Zahid Hamidi...

Ya memang itulah sumber pendapatan Chegubard yang hanya menjual buku Misteri Pembunuhan Altantuya dan vcd isu Zahid Hamidi, Perempuan Puaka dan fatwa Yusoff Qardawi tentang fitnah kes liwat Anwar Ibrahim dengan harga RM15 (pakej 1 buku dan 3 vcd) pada setiap kali ceramahnya.

Chegubard dalam twitternya petang tadi "Kereta smlm sangkut di Taiping, bengkel baru tel...perlu top 'overhaul' katanya.. Arghhh ribu2 bakal terbang... Dugaan.. Esok prog kedah.."

Inilah sebahagian dugaan dan rintangan dalam perjuangan tetapi masih kecil jika nak dibanding dengan perjuangan pemuda Palestine...lawan tetap lawan..


Din Binjai @ sharpshooter

ReBlog oleh edyes


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2 comments:

Paku Seqepih said...

Laluan seorang pejuang sering kali ditabur ranjau & duri..
Bukan dgn hamparan permaidani merah serta puji2an.

Hayatilah pesanan Imam al-Ghazali kpd para pejuang,
# "Jika engkau mahu mengikut petunjuk para Imam, kuatkanlah dirimu untuk menerima musibah-musibah dengan jiwa yang tabah, sewaktu menghadapi setiap kepahitan, dan dengan hati yang sabar, walaupun dadamu bergoncang.
# Lisanmu dikunci, matamu dikendalikan, rahsiamu disembunyikan hanya untuk diketahui oleh Tuhanmu sahaja.
# Namamu biar tidak terkenal, pintu rumahmu tertutup rapat, bibirmu tersenyum, perutmu kelaparan, hatimu terluka, pasarmu tiada sambutan, pangkatmu dipendam dan keaibanmu ditonjolkan.
# Setiap hari kamu menelan rasa pahit daripada pengaruh zaman dan teman, sedangkan hatimu menurut dalam sedar.
# Pada waktu siang, kamu sibuk mengislahkan manusia tanpa berkira-kira. Malam pula kamu tenggelam dalam keasyikan kepada Tuhan.
# Ambillah kesempatan pada waktu malam. Jadikannya jalan dan persiapan untuk hari khiamat yang padanya sukar sekali untuk mencari jalan.”

author faethal said...

Salam Edyes..
Ehem2..standby2.
Kalau silap hari bulan kena patah balik pergi Tenang lepas Merlimau & Kerdau.

Adun Tenang Sakit Jantung