Wednesday, February 9, 2011

Kerajaan Selangor Menghabiskan Duit Rakyat!!


Kerajaan Negeri Selangor telah melakukan pengkhianatan terbesar dalam sejarah pemerintahan negeri selangor apabila bertindak sesuka hati menaikkan elaun guru KAFA dan guru sekolah agama rakyat.

Tindakkan kerajaan Selangor ini harus ditentang kerana ia merupakan satu pembaziran. Adalah lebih baik kerajaan yang dipimpin oleh Khalid Ibrahim itu menyalurkan dana untuk membina bangunan 100 tingkat di Shah Alam sebagai mercu tanda sebuah bandaraya melayu.

Seluruh rakyat negeri Selangor diseru untuk turun berdemonstrasi bersama-sama kepimpinan pembangkang Selangor Jumaat ini di perkarangan bangunan SUK.

Perhimpunan aman untuk membantah tindakkan kerajaan Selangor menaikkan elaun guru agama ini akan dikawal sepenuhnya oleh PDRM, Polis Trafik dan angkatan RELA kerana telah memperolehi permit. Maka para peserta demo tidak perlu khuatir!!

Ayuh, ketuanan melayu yang UMNO pertahankan selama ini di Selangor semakin lama semakin terhakis, jadi kita harus bersatu sepertimana lagu UMNO, bersatu kita bersatu...

Sila lihat berita yang amat mengecewakan di bawah... (mengecewakan penyokong UMNO!!) 

*********************

Kerajaan Negeri  meluluskan tambahan elaun sebanyak RM300 sebulan kepada guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) yang bertugas di Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di  seluruh Selangor.

Dengan tambahan elaun RM300 ini menjadikan elaun bulanan guru-guru KAFA di SRA dan SRAI di Selangor sebanyak RM1,300 sebulan. Kenaikan elaun ini berkuatkuasa 1 Januari lalu. 

Kelulusan untuk kenaikan elaun itu dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diadakan hari ini.

******************

EDYES @ edyesdotcom
Satira penyedar bangsa!!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

1 comment:

Anonymous said...

ha ha ha sarcastic abisss.. cayalaa

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan