Wednesday, February 16, 2011

ANWAR HARUS SELESAIKAN SEMUA INI, JGN BUAT TAK TAU!!

Krisis keyakinan ahli terhadap PKR dijangka berpanjangan dan tiada tanda akan berakhir biarpun proses pemilihan kontroversi parti itu sudah lama berlalu.

Seperti rumah yang sedang dimakan anai-anai, masalah dalam parti itu bukan hanya melibatkan satu dua cabang bahkan kata sumber kepada Agendadaily lebih 50 cabang di seluruh negara.

"PKR Pusat sudah hilang kawalan terhadap cabang, dan selepas ini lebih banyak kritikan terbuka, ahli dan pemimpin keluar parti kerana hilang kepercayaan kepada PKR," kata sumber tersebut.

Agendadaily sendiri menerima banyak email dari ahli dan penyokong parti itu yang tak puas hati dan minta 'suara' mereka diangkat.

Ini termasuk email terus-terang dari Ketua Cabang PKR Batu Sapi Hassnar Hj Ebrahim yang melampirkan surat beliau kepada Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail bertarikh 13 Febuari lalu.

Surat lapan muka surat itu 'Fuziah Saleh jahanamkan PKR Sabah' itu antara lain menceritakan kronologi yang membawa kepada pergolokan politik parti itu di sana dari kaca mata penulis.

"PKR Sabah dah tak dapat diselamatkan lagi, kalau pengerusi majlis pimpinan negeri yang tidak sampai sebulan dilantik boleh sertai UMNO, bayangkanlah betapa teruknya masalah dalaman parti itu," kata sumber tadi.

Sebelum ini, Pajudin Nordin menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman pada 5 Febuari lalu.

"Kes Pajudin adalah contoh klasik cara urus tadbir buruk yang diamalkan oleh pucuk kepimpinan PKR, mereka lantik Pajudin yang bukan pun ketua cabang, dan apabila dibantah keras oleh ketua-ketua cabang maka Pajudin cuba digantikan.

"Tapi dalam kes ini, belum sempat hendak ganti, Pajudin angkat kaki dan sertai UMNO, dengan jawatan pengerusi majlis pimpinan negeri, PKR malu, sampai terpaksa tubuh Majlis Presiden untuk tangani masalah di Sabah,"kata beliau.

Menurutnya lagi, pergolakan di Sabah termasuk yang terbaru bila cabang Kalabakan dibubarkan membuktikan PKR Pusat sudah hilang kawalan terhadap cabang-cabang.

"Sabah hanya permulaan, selepas ini kita akan dengar masalah di Sarawak pulak, dan jangan terkejut ia lebih panas dari cerita di Sabah," katanya.

Sarawak yang sudah bersiap sedia untuk mengadakan pilihanraya negeri dijangka akan menambahkan 'bahang' perebutan kuasa dalam barisan kepimpinan negeri.

"Antara yang paling panas adalah pemilihan calon-calon yang akan mewakili PKR, di mana, sudah pasti berlaku perang antara fraksi yang mewakili kaum Melayu, Cina dan Iban di dalam PKR,".

"Saya tidak terkejut nanti, sepanjang tempoh berkempen ada saja pemimpin PKR umum keluar parti dan cabang bubar," jelasnya.

Sementara itu, Agendadaily turut dimaklumkan berlaku bantahan 'senyap' dikalangan ketua-ketua cabang PKR Perak selepas Dr Muhd Nur Manuty diumumkan pengerusi majlis pimpinan negeri yang baru.

"PKR Pusat suruh buat undian pilih pengerusi, ketika undian, 23 dari 24 ketua cabang hadir, 13 undi Mustapa Kamil Ayub dan 10 undi Muhd Nur Manuty, tapi sudahnya Muhd Nur Manuty juga diumumkan sebagai pengerusi, tak ke pelik?" soal beliau.

"Baik dari awal tak payah buat undian, lantik terus siapa yang pemimpin pusat hendak,"tambah beliau.

Selain itu, blogger popular pro pembangkang, Mat Saman Kati juga buat kenyataan di blognya (ureka.asia) ucap selamat jalan PKR.

Mat Saman Kati yang terkenal kerana anjurkan forum temukan calon-calon ketua AMK dalam pemilihan PKR sebelum ini tulis "Maka dengan ini, aku mengisytiharkan, bahawa aku bukan lagi ahli PKR, bukan lagi penyokong PKR dan tidak ada kena mengena dengan PKR.

"Tetapi bukan bermakna aku memusuhi semua kerabat PKR. Masih ramai mereka yang didalam PKR yang aku hormati. Tetapi oleh kerana ianya dipimpin oleh mereka yang tidak lagi aku hormati, maka aku tidak lagi mahu bersubahat dengan mereka."

Lagi lawak, di blognya, siap ada borang pra-pendaftaran ahli parti KITA yang diketuai Datuk Zaid Ibrahim.

Selain, Sabah, Sarawak, Perak turut bermasalah adalah PKR Johor yang mana pengerusinya bekas Menteri Kesihatan Datuk Dr Chua Jung Meng.

"Perlantikan yang tak mencerminkan realiti politik negeri, di mana orang Melayu merupakan kaum majoriti, dan dibantah oleh cabang-cabang yang ada,"kata sumber itu.

Sementara bagi ahli-ahli yang pro calon ketua AMK, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard terus mendesak parti menunaikan janji untuk membentangkan laporan siasatan mengenai penyelewengan dalam pemilihan PKR tahun lepas.

Sebelum ini, SUA PKR, Saifudin Nasution dilaporkan berkata setiap aduan yang dibuat akan disiasat dan hasilnya diketahui dalam tempoh dua minggu dari tarikh kongres nasional diadakan hujung November lalu.

Sebaliknya, sehingga kini tidak ada apa-apa laporan dibentangkan dan Chegu Bard kemudiannya ditawarkan jawatan timbalan setiausaha agung tetapi ditolak olehnya.

Masej twitter tat_lee dan AidilSMM antara contohnya, "Bukti penipuan pemilihan di cabang Parit Sulung… bukti dah ada tak kan DSAI hendak tengok saja,"tweetnya pada Isnin berserta gambar buku senarai pendaftaran pemilih yang hadir mengundi.

Melihat semua senario ini, tidak mustahil, 'bara dalam sekam' akan bertukar jadi api tidak lama lagi. Jangan terkejut kalau Anwar akan di 'Mubarak-kan" oleh ahli parti sendiri.-agendadaily 16/2/2011
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

1 comment:

bunbinban said...

nampaknya PKR yg bakal terkubur bkn UMNO. Namun agenda reformasi ttp di teruskan. Tumbangkan UMNO/BN dgn kuasa rakyat. Parti politik sila dok tepi, jgn kacau...korang seme selesai dulu masaalah korang. Anwar sendiri kena belajar byk dgn reformis bkn ketepikan reformis. Kebangkitan rakyat selepas ini xde kena mengena dgn Anwar. Kome dah serik.

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan