Friday, February 4, 2011

!!LINTAS LANGSUNG : DEMO 'DOWN MUBARAK' Bermula di KLCC!!






Perarakkan bermula di Masjid KLCC menuju ke kedutaan Mesir di Jalan Ampang Hilir !! Demonstran dari Masjid KLCC akan bergabung dengan demonstran dari Masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak !!

Ayuh kita desak Mubarak berundur dan kita sahut Revolusi Tunisia-Mesir !!

3 comments:

joecharlie said...

TERBARU ! UMNO/BN Nak Buat Sembahyang Hajat, PAS Nak Berdemo!

Labels: Pas. UMNO.

MiM difahamkan bahawa kerajaan BN melalui Jakim minta masjid seluruh negara adakan solat hajat malam ini dan selepas Sembahyang Jumaat esok untuk mendoakan keselamatan rakyat Malaysia di Mesir.

Manakala PAS pula mengarahkan ahli-ahli PAS menyertai demonstrasi di KL esok Jumaat !

Apahalnya PAS ni? Lebih baik buat doa hajat seperti yang selalu dibuat untuk 'menghancurkan' parti lawan! Kan lebih afdhal dan lebih berkat!

Manakala MiM juga mendapat sms dari PPUM tentang perkembangan terbaru rakyat Malaysia di Mesir :-

1. 3 pesawat pengangkut c-130 TUDM yang berlepas ke Jeddah semalam akan memulakan penerbangan membawa keluar pelajar MAlaysia dari Mesir pagi esok.

2. Rakyat Malaysia yang menetap di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) telah membuka kediaman mereka untuk pelajar Malaysia yang cuba meninggalkan MAesir ekoran tindakan rakyatnya mengadakan demonstrasi jalanan bagi mendesak Presiden Hisni Mubarak meletak jawatan.

Sukarelawan kini menawarkan kemudahan pengunapan kepada pelajar berkenaan sementara menunggu ibu bapa atau penjaga mereka mendapatkan tiket penerbangan untuk pulang ke Malaysia menerusi beberapa lapangan terbang di negara Teluk.

MiM akan update lagi...

Anonymous said...

aii joe charlie, aritu bukan kerajaan BN kata xde pape ke..sume under control...sekarang ni awat menggelabah lak...ahaha

teruskan sokong BN...mampus anak cucu...ape pn, rakyat didahulukan...ahahaa

Anonymous said...

Rakyat Malaysia mesti gerakkan semula 'perhimpunan bersih'.

Sekarang masa yang sesuai. Kita minta pilihanraya yang bebas dan adil. Tiada undi pos mengarut, SPR bebas dan duduk dalam parlimen, tiada pengundi hantu, guna dakwat kekal selepas mengundi.

Berpeluang menggunakan saluran media RTM dan media bercetak secara bebas untuk kempen pilihanraya seperti apa yang umno buat. SPR dan polis tidak berpihak. Penetapan tarikh pilihanraya 6 bulan sebelum.