Friday, April 3, 2009

Undi PAS Masuk Syurga?


Berikut adalah petikan daripada satu blog yang menghina perjuangan PAS;

UNDI PAS MASUK SYURGA?
SYURGA BUKAN MILIK PAS. BAHKAN PEMIMPIN PAS PUN MUNGKIN AKAN DICAMPAK KE NERAKA KERANA SERING BERDUSTA DAN MUNGKIR JANJI.


PAS PERJUANGKAN ISLAM?
PAS TAK PERJUANGKAN ISLAM TETAPI PERGUNAKAN ISLAM UNTUK KEPENTINGAN POLITIK MEREKA SAHAJA.

PAS MEMBANGUN BERSAMA ISLAM?
PAS TIDAK MAMPU MEMBANGUNKAN ISLAM. HAMPIR KESELURUHAN MASJID DI MALAYSIA DIBINA OLEH KERAJAAN BN/UMNO. PAS TAK MAMPU BANGUNKAN EKONOMI RAKYAT KERANA ITU PAS RETORIKKAN KAPADA RAKYAT KELANTAN: KITA TAK KEJAR DUNIA TETAPI KITA CARI AKHIRAT. TETAPI JIKA KITA TAK DAPAT DUNIA KITA JUGA MUNGKIN CICIR AKHIRAT.

Berikut adalah apa yang saya reply diblognya;

Perwakilan UMNO dapat habuan kerana membenarkan rasuah melalui undi (undi khairy)...

Pemimpin2 UMNO punya rumah umpama istana kerana membenarkan rasuah berlaku dikalangan mereka...

Proxy-proxy (penyangak) UMNO dapat projek berulang kali untuk mengkayakan sesama mereka dengan memberi laluan kepada rasuah...

Bagaimana pula dengan penyokong2 UMNO? mungkin hanya dapat berkongsi dosa kerana bersubahat menyokong parti perasuah tegar.

Fikir balik, betul ke apa yang kita sokong? adakah melayu lebih baik setelah 50tahun diperintah UMNO BERBANDING kaum minoriti di negara ini?

Betulkah UMNO perjuangkan bangsa? bagaimana dengan perjuangan agama?

Adakah perjuangan islam itu disukat melalui pembinaan masjid berbanding meraikannya(memenuhi)?

Kalau kita tak sokong PAS sekalipun, sila jangan memandang rendah tentang apa yang mereka perjuangkan... sekurang-kurangnya ada sebuah parti di negara ini yang memperjuangkan dan menegakkan syiar Islam... Ini jalan Allah...

saya bukan ahli PAS, malah dulu pun saya kutuk PAS... tapi bila saya sendiri lihat dengan mata hati tentang apa yang mereka perjuangkan, saya dapat rasakan bahawa parti seperti PAS perlu ujud di negara ini demi sedikit keseimbangan... dan bila tiba masanya, PAS akan diterima oleh semua kaum dan memerintah Malaysia dengan kerangka baru "Negara Kebajikan" lantas menjadi pemangkin terhadap Negara Rakyat yang bertemakan Sosialisme Islam.


13 comments:

malayjuniors said...

Kalau kita tak sokong PAS sekalipun, sila jangan memandang rendah tentang apa yang mereka perjuangkan... sekurang-kurangnya ada sebuah parti di negara ini yang memperjuangkan dan menegakkan syiar Islam... Ini jalan Allah...

------------------------------------
statement di atas....
adakah ini bermakna orang lain tidak islam dan menegakkan syiar Islam di bumi bertuah Malaysia ini, selain ahli pas dan pemimpin2 nya...

Adakah Islam mengajar umatnya merusuh...sila lihat video keganasan di Kuala Terengganu, Rusila dsb....

Perbuatan ini yang sebenarnya menghina kesucian agama Islam itu sendiri....

Inikah yang diajar...

Anonymous said...

kalau kita nak sokong PKR atau BN tapi janganlah merosakkan komuniti dan hak asasi orang lain. cuba tengok kat link sini:

http://beritaperak.blogspot.com/

Belum lagi mamat ni jadi pemimpin dah tunjuk belang. mcm ni ke bakal pemimpin PKR. harapkan pembela... rupanya pembelot juga. pikir2 kan lah.

SuaraMuda said...

1. Orang PAS ketandusan isu. Isu korup pulak dimainkan.

2. Memang "UNDI PAS MASUK SYURGA" adalah dakwaan SESAT! BIDAH! DAN SYIRIK!.

3. PAS tidak berdiri diatas jalan Sunnah. PAS berdiri diatas jalan KHAWARIJ!.

4. WALLAHI!, Dahulunya saya membela PAS tetapi sekarang tidak lagi.

Anonymous said...

suramuda... kau tak usahlah tipu. aku lahir dalam keluarga pas.. besar dalam pas. pernah masuk umno dan kini dalam pas lagi....tak pernah pun dengar "undi pas masuk syurga". Cuma mereka yang pendek akal je percaya. Kau ni macam budak tadika.. orang tua kata duduk atas bantal nanti dapat bisul kau percaya..hehehe.. tadika... tadika.

SuaraMuda said...

Anon, Apa saya dapat kalau saya menipu?

Benarkah anda tidak pernah dengar "UNDI PAS MASUK SYURGA"? Lihat sahaja kempen untuk ketiga-tiga PRK sekarang, apa yang PAS jaja untuk mengelirukan pengundi MELAYU ISLAM!?

Kalau tidak slogan, "UNDI PAS MASUK SYURGA!", "ORANG ISLAM WAJIB PANGKAH PAS", dan seumpamanya.

Nah! sekarang siapa yang singkat akalnya dan cuba konar serta menipu disini.

Anonymous said...

Barua UMNO ni jangan dilayan...semuanya macam kerbau..ikut saja apa yang pemimpin UMNO kata, barua-barua ni ada otak tapi tak mahu berfikir, mengaku Islam tapi ikut Sekular/ munafikun

SuaraMuda said...

Terima kasih atas kata2 saudara: "BARUA", "KERBAU", "MUNAFIKUN". Saya serahkan segala-galanya pada Allah Taala.

Sabda Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam:"Apabila (seseorang) kurang berilmu akan (mudah) menimbulkan perasaan benci dan tuduhan salah (kepada orang lain). Dan jika pengetahuan tentang athar (hadith dan perbuatan sahabat) hanya sedikit, akan ramai yang mengikut hawa nafsu. Berpunca dari yang demikian, akan engkau temui suatu kaum (kumpulan) yang ramai mencintai (menyebelahi) kaum (kumpulan) yang lain hanya atas dasar hawa nafsu (bukan atas dasar kebenaran al-Quran atau al-Hadith) kerana tidak mengetahui (ilmu)nya dan dalilnya. Sedangkan mereka menyokong atau memusuhi (satu kumpulan) tanpa mengikut (landasan) hadith yang sahih dari Nabi dan dari Salaf ummah ini, mereka tidak mengetahui makna (al-Quran dan al-Hadith) dan tidak mengetahui apa yang dikehendaki (oleh hadith) tersebut dan tidak tahu untuk mempraktikalkannya". - H/R Imam Malik.

Edyes said...

suara muda,

kamu lebih sanggup undi BN daripada undi PAS? itu hak kamu...

namun, secara rasminya pernyataan "UNDI PAS MASUK SYURGA" langsung tiada dalam perlembagaan PAS.

semua orang tau, pernyataan "UNDI PAS MASUK SYURGA" adalah tidak benar sama sekali. Saya pernah dengar pernyataan itu dari mulut pemimpin PAS iaitu Ustaz Ismail Kamus YANG TERKENAL DENGAN SELOROHNYA.

Bila diucapkan dalam keadaan seloroh, maka kita semua pun tau, itu seloroh... dan dalam seloroh itu juga, punya maksud yang tersendiri supaya boleh kita terjemahkan dengan positif.

kamu percaya ke undi pas masuk syurga? kalau tak percaya, kenapa jadi isu pada kamu?

saya percaya, kalau kita sokong PAS, kita juga sokong perjuangan Islam... kerana PAS memperjuangkan agama Allah.

SuaraMuda said...

Menjawab saudara Edyes,

Ya, Ketaatan itu adalah Hak pemerintah.

Secara Rasminya kenyataan "UNDI PAS Dapat Pahala" telah dikeluarkan dari mulut Tok Guru, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri pada tahun 2002.

Poster PAS sendiri tidak menafikan dakwaan bahawa "UNDI PAS DAPAT PAHALA" adalah benar-benar dari PAS: http://www.marhaen.info/v1/images02/pahala_undi_pas.jpg

Saya tidak menjadikan perkara ini suatu isu. PASlah yang cuba menakut2kan pengundi dengan menggunakan isu ini bagi meraih simpati pengundi Melayu Islam sejak dahulu lagi.

Saya disini hanya mengingatkan bahawa dakwaan sedemikian adalah dakwaan yang SESAT! BID'AH! DAN SYIRIK! Perkara ini tidak boleh dibuat mainan! Ia berkaitan Aqidah Islamiyah.

Semoga dosa kita diampunkan Allah Taala.

Sekali lagi saya ulang kenyataan saya: Perjuangan PAS tidak meniti diatas jalan Sunnah. Perjuangan PAS adalah perjuangan Khawarij Moden.

Kembalilah kita semua meniti diatas Manhaj Nabawi. Sabda Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam: "Sesungguhnya Ahli Kitab berpecah dalam agama mereka kepada 72 millah. Sesungguhnya umat ini akan berpecah kepada 73 millah semuanya ke neraka kecuali yang satu iaitu al-Jamaah.” - Hadith Riwayat Ibn Majah

Edyes said...

Jika dari aspek PAS itu bersalah dalam isu berbangkit, sila fikirkan dalam konteks yang lebih besar. fikirkanlah pernyataan di bawah, jika pun Pas dan pakatan itu tidak disetujui oleh bijak pandai.


Jika BN itu membawa mudharat,
Jika PR itu membawa mudharat,

maka kita diharuskan untuk memilih yang mana lebih kurang kemudharatannya...

SuaraMuda said...

Bawakan dalil dari AlQuran dan AsSunnah yang membenarkan umat Islam dibenarkan memilih Demokrasi (dgn cara berpilihanraya, berkempen dsb) berasal KUFAR serta melupakan Syura yang dari Allah Taala.

Jangan samakan apa yang dari manusia (Demokrasi) dengan apa yang berasal dari Allah Taala (Syura).

Bawakan kemari bayan AlQuran serta AsSunnah yang membenarkan pemberontakkan, menentang pemerintah.

Bawakan kemari jika saudara adalah orang Islam (Ahlus Sunnah Wal Jamaah) yang wajib kembalikan segala2nya (menjuruk) kepada bahan rujukkan utama iaitu AlQuran dan serterusnya diikuti AsSunnah serta pemahan Para Sahabat. (Rujuk AlQuran, Surah An-Nisa': 59)

Mungkin saudara tidak berkenalan lagi dengan perjuangan Khawarij. Saya percaya jika saya menyebut perihal 'Perjuangan Asobiyah' secara automatiknya saudara terbayang perkataan "U.M.N.O".

Saya tidak terima logik akal g dangkal semata-mata... Isu ketaatan pada Umara berkait dengan Agama.

Anonymous said...

Bukankah sumber perundangan islam itu Al-Quran, Assunnah, Ijma' dan Qias.
Kalau difikirkan secara logik pun, sape nak iktiraf keputusan syura yg ntah ape2 pada pandangan masyarakat secara umumnya?... Justeru, landasan demokrasi yg ada sekarang adalah satu-satunya jalan baik yg ada utk menjadikan realiti bahawa sistem syura itu diiktiraf dan digunakan diperingkat nasional.
Islam cintakan kedamaian, maka gunakan jln yg kurang mudhorat drpd yg sememangnya mudhorat (perang)...
Pnjang lg ceritanya, kena belajar sampai habis dan jgn taasub terhadap jemaah.

SuaraMuda said...

Anon, si jahil yg bercakap tentang urusan ummat.

Abu Hurairah r.a berkata, Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: "Akan datang kepada kalian masa yang penuh dengan tipudaya; ketika orang-orang akan mempercayai kebohongan dan mendustakan kebenaran. Mereka mempercayai para pengkhianat dan tidak mempercayai para pembawa kebenaran. Pada masa itu, ruwaibidhah akan berbicara." Mereka bertanya, "Apakah itu ruwaibidhah?" Rasulullah berkata, "Ruwaibidhah adalah orang-orang bodoh (yang berbicara) tentang urusan umat." - Hadis Riwayat Ibnu Majah