Friday, February 25, 2011

CALON PAS UNTUK PRK MERLIMAU

PAS malam ini memilih Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Jasin, Haji Yuhaizad Abdullah calonnya pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac ini.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di hadapan lebih 6,000 penyokong PAS dan PR di Dataran  Markas PAS DUN Merlimau.

Berusia 38 tahun, Yuhaizad  adalah juga Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka.

Pemilihan anak jati  Kampung Chinchin yang terletak di dalam DUN Merlimau yang berkelulusan Diploma Tasawur Islam  itu dipercayai mampu memberikan tentangan sengit kepada BN yang sememangnya begitu yakin dapat mempertahankan kerusi Merlimau.

Beliau dilahirkan dalam keluarga yang disegani di mana datuk sebelah ibunya adalah seorang Imam dan datuk sebelah ayahnya adalah Tok Sidang di kampungnya.

Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi  ketika mengumumkan calon BN itu, berkata pemilihan Yuhaizad dibuat selepas melalui beberapa saringan di peringkat badan perhubungan PAS  negeri, Jawatankuasa Pusat sebelum diputuskan pucuk pimpinan.

"Kita yakin calon kita mampu memberikan tentangan sengit dan jika terpilih beliau akan bertindak sebagai pembangkang yang berkesan," kata Abdul Hadi.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, 58, dari BN pada awal Februari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Hidhir menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang, dengan majoriti 2,154 undi.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan