Tuesday, February 22, 2011

Lipas Dalam Nasi Goreng di Restoran Latif Ibrahim !!

 
Terletak di Menara Annexe 1 bersebelahan Menara TM Jalan Pantai Baharu, nasi goreng 'lambak' di restoran penyanyi dan pelakon retro Latif Ibrahim disajikan dengan rencah tambahan berupa seekor lipas!
 
Dilihat seperti bawang goreng yang hangus, rupa-rupanya seekor lipas dalam nasi goreng 'lambak' itu dijumpai oleh seorang staff dari sebuah syarikat yang menyewa di menara Annexe ketika sedang mengasingkan sayur dan bawang. Ia sangat menjijikkan dan dipercayai 'batch' nasi goreng lambak tersebut telah banyak terjual dikalangan pengunjung restoran.
 
Sejurus selepas itu, pihak staff yang terlibat telah bertemu dengan pemilik restoran iaitu isteri kepada Latif Ibrahim dan pemilik mengakui restoran tersebut adalah bersih dan berjanji akan menanggung kos rawatan sekiranya berlaku keracunan makanan. Difahamkan juga oleh pemilik restoran bahawa ini bukan kes yang pertama kerana sebelum ini ada kes yang terdahulu.
 
Ini mencerminkan sikap pemilik restoran yang tidak serik dan menganggap ini adalah perkara biasa apabila menyatakan mereka juga baru semalam menjumpai seekor lipas hidup dalam hidangan di restoran ternama johnny's.
 
Isu lipas dalam nasi goreng ini akan dibawa ke pihak pengurusan Annexe sebagai peringatan penting bukan sahaja kepada Restoran Latif Ibrahim, tetapi mana-mana restoran yang terdapat di Menara Annexe. Bukan bertujuan untuk membuka pekung dan merosakkan perniagaan, tetapi ia adalah sebagai langkah tepat bagi membanteras kes-kes keracunan makanan.
 
Kepada pengunjung tegar Restoran Latif Ibrahim di Annexe 1, dinasihatkan berhati-hati ketika menjamu selera.
 
 
EDYES @ edyesdotcom
uwek...

6 comments:

Prof. Era Pasca said...

gua tak minat makan sini, haha malas beratur....

Anonymous said...

bukan sedap pun makanan di Annex nie... kotor!!

lebih baik makan di Menara

Anonymous said...

ade latest nye email dr seseorang jumpa sesuatu gak..tp tak nak gi tau pe..gi menara je la..bnyak kedai..

Anonymous said...

Memang eksyen skit tuan kedai tu. Aku memang dah lama tak pergi lepas kes yang pertama dulu. Nak berniaga tapi eksyen dengan pelanggan. Jangan harap nak maju.

Anonymous said...

dua dua restoran pun sama....dulu masa kerja kat annex...restoran kat d2 pun sama gak....nasi goreng ada lipas....bila bagi tahu kat mamat yang jaga cashier tu dia tengok pas tu....nah i bagi balik duit....tak sopan langsung....tak minta maaf pun...

Edyes said...

diberitakan baru sebentar tadi (pukul 6pm 20Feb 2012), Latif Ibrahim telah meninggalkan kita.

Jadi atas dasar saudara seagama, aku halalkan segala yg aku x puas hati masa makan di restoran arwah.

Aku juga maafkan dlm isu lipas.