Wednesday, February 9, 2011

Catatan Santai - Menggerak Rakyat Bersama Menumbang Regim !!

kah kah kah...

serius aku cakap, aku tak tau kenapa malam nie aku tak boleh nak menulis... padahal hati berkobar-kobar, modal pun boleh tahan, tapi tak boleh nak menulis... maybe sebab tak fokus, atau letih hal bekerja?

kalau nak kata letih, aku patut rasa malu lah... terlalu ramai dikalangan kita yang tak tahu erti letih dalam perjuangan nie... walau apa pun cabaran, walau apa pun dugaan yang dah ditempuh, letih bukan satu alasan... nak menentang sebuah kerajaan yang berkuasa, letih la kalau letih...

aku baru sedar, menulis nie bukan setakat ada modal banyak maka boleh menulis dengan baik... kalau tak fokus, merapu jugak akhirnya... silap2 diri sendiri pun tak paham apa yang ditulis... kalau orang lain tak paham tu belakang kira... yang penting kita paham dan bila paham maksudnya, reti bertanggungjawab.

aku tak tau samada tulisan aku malam ini akan berpanjangan menjadi satu artikel... walaupun aku tak setuju kerana gaya penulisan macam nie susah nak diiktiraf sebagai satu artikel... hanya menconteng dinding blog, tak lebih dari itu... kalau aduka taruna tu, memanglah makanan dia untuk menulis cara cenggini, tapi dalam gaya penulisan yang lebih teratur... sama la macam brader mat saman kati yang dirindui...

bayangkan.... jap jap, cuba bayangkan dulu... dah abis bayangkan baru aku sambung cerita... itu member aku yang nama abel, nasa, amir, bang mie, ayoi, kril dan rakan sepelepakan di cenderawasih tiga paroi jaya bila mana aku sebut "cuba korang bayangkan"...

dan biasanya kalau sebut bayangkan2 nie, merujuk kepada subjek politik yang diorang tak berapa nak gemar... tapi aku peduli apa kengkawan tak gemar, aku pun tak berapa gemar nak cerita politik dengan kengkawan huhahuha... tapi jangan sesiapa petik dulu hal politik, aku masuk... contohnya, tiba2 si nasa bukak cerita pasal rosmah ke, pasal sukhoi ke, pasal saiful bukhari ke, pasal kominis ke, pasal rege minyak ke, memang lepas tu aku masuk bab politik... nasib korang la kena tarbiyah... sapa nak beta, siapkan hujah dan percayalah, aku tak bagi diskaun dgn hujah yang aku ada... kaset lwn keset, hujah lwn hujah... yg penting jgn emo...

sampai mana tadi?? ohh... bayangkan... aku pun dah lupa nak suruh korang bayangkan apa... niamakahai... haa bayangkan, brader IkutSukaAku tu dengan selamba IkutSukaLu, brader ISA petik nama blog edyesdotcom dalam tajuk satu entrynya... padahal lepas aku baca entri tu, aku mana mau kalah... mau jugak balas membalas mana yang boleh... modal dah ada, nak sentuh pasal rais yatim... aku nak tanya, kenapa blog sharpshooter yang kena ligan dengan mahkamah fasal rais yatim, padahal blog IkutSukaAku lah blog yang paling hebat mengecam rais yatim dalam isu rogol amah... kenapa agaknya?

satu, sebab din binjai atau sharpshooter tu orang kanan yb ong chin wen dari pkr penang... so, impaknya lagi besar daripada menyerang blog anynomous seperti ISA... dan bakal menjadi punca kepada penggubalan undang-undang siber pada masa akan datang... korang tengok, ayat aku dah jadi skema balik... maknanya memang nak menulis panjang malam nie, tapi tak tau kenapa blur...

ok dua, sebab blog ISA tu ganas sangat beb... aku rasa rosmah pun tak berani kacau... kah kah kah... dah kutuk blog ISA, pastu kasi up balik laaa...

aku tak tau la kot cara penulisan macam nie membuatkan lebih ramai yang singgah blog edyesdotcom... sebab aku tengok kebanyakkan blog yang tulis secara bersahaja direncahkan lagi dengan gurau2 kasar dan carut2 sayang... memang mendapat sambutan... tapi takpelah, biarlah aku dengan market pengunjung yang gemarkan tulisan2 yang berhemah... objektifnya satu, biar orang sedar dan paham, apa betul yg disokong, apa benar yang dilawan...

tapi cakap lu, tulis macam nie memang laju... tak payah nak edit2 sangat, tak payah nak spin2 sangat... agak2 apa nak cakap, tulis... jadi interconection antara otak dan papan kekunci memang tip top dan pantas untuk diterjemah... ayat tunggang langgang, pepandai la tetamu nak susun... objektifnya ialah, paham...

aku rasa aku dah mengarut hampir2 sampai mekah.. objektif asalnya mesir kah kah kah... macamana sekarang edyes? nak publish entri nie ke tak..? be yourself la, kau bukan reti buat entri macam nie... mengarut2 je.... ko nak jadi macam aduka taruna ke??

takpelah... sekali nie korang bacalah apa yang aku tulis dengan penulisan yang jarang aku teroka... tak tau apa impaknya... tak tau berapa komen yang akan masuk dalam entri nie...

sepanjang hari nie sebenarnya aku berfikir untuk merangka apa yang bakal aku tulis malam ini, berkenaan entri emosional aku siang tadi untuk aku balas dengan satu entri rasional yang terarah kepada betapa perlunya kita kembali ke jalanraya... sekali nie aku bocorkan rahsia apa yang aku nak tulis hahaha... aku nak tulis baik2 malam nie, satu tulisan yang memberi impak kepada pembaca, sehingga setiap dari yang membaca n tu ada instinct untuk copy n paste dalam fb atau forum atau mana-mana blog lain, tanpa lupa meletakkan creditnya...

serius aku nak tulis baik2 hingga jadi kebanggaan setiap pengunjung yang singgah ke blog ini, agar mereka rasa mereka tak buang masa mentelaah maklumat yang ada dan juga memperoleh semangat dari setiap bait-bait ayat yang aku tulis... membakar semangat hingga ambil keputusan untuk menjadi seorang menyokong sesuatu di atas tajuknya... dan tajuk hari ini ialah - BN perlu ditumbangkan dari medan jalanraya, di kala lumpuhnya bandaraya kuala lumpur diikuti dengan bandar utama yang lain... bukan dari medan pilihanraya yang akhirnya dengan campurtangan raja, umno bn kembali berkuasa dan terus memegang tampuk pemerintahan negara dengan sistem monarki bergiliran tak bertengkolok... nanti aku jelaskan apa maksud sistem monarki bergiiran tu apa maksudnya...

banyak modal tak semestinya boleh menulis menghasilkan entri untuk malam nie... itu yang aku alami sekarang.... dan sekarang nie pulak, dah 3-4 kali menguap dan pandangan kejap2 kabur sebab mata dah separa tertutup..

aku sambung sikit lagi... aku memang nak kondem macamana orang malaysia menghadapi krisis yang melibatkan kepimpinan negara... tapi rasa macam dah tak larat... bukan tak larat berjuang... tak larat sebab penat... bukan penat berjuang... itu rasanya tetamu paham...

esok aku akan ambik masa untuk menulis... kali esok munglin menjadi kenyataan untuk artikel yang dijanjikan... oklah... mata dah kabur2... menulis pun dah tak berapa nampak... nie pun samnbil lelap mata jer.. nasib la kalau ada yang salah... nampak tak nampak jer nie...

ok lah... takde ending yang menarik untuk kalian pembaca... sebab aku tak tau kenapa ngantuk sangat macam nie dan kenapa malam nie tak boleh menulis macam biasa...

ok geng... kepada yang baca sampai habis entri nie... terima kasih daun keladi...


EDYES @ edyesdotcom
ah syial...

2 comments:

Isa said...

gua baca blog lu sambil layan lagu Ramli Sarip "aku menulis bukan kerana nama"...

kah..kah..kah...

tapi sempat jugak lu nak meMesirkan rakyat Malaysia yeooo...

Lu tak takut ke dengan akta Hasutan... gua dah sememangnya ISA.. apa ada hal... lesen besar tuuuuu...

jap.. jap.. jap... cuba lu bayangkan... lu tengah makan tanggung berak cangkung dalam ISA

muakakakaaaaaa....

Toi'Toi' said...

macam diari la pulak....

kah kah kah...

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan