Thursday, February 3, 2011

KeadilanDaily : Karnival Anak Muda & Jualan Selangor 2011

Karnival anak muda & jualan Selangor 2011

Keadilan Daily | 3 Feb 2011, 01:04 pm

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menganjurkan Karnival Anak Muda & Jualan Selangor 2011  di Dataran Prima Avenue, Cyberjaya. 

Karnival yang bermula pada 6 hingga 15 Februari ini akan menampilkan slot Forum Perdana & Konsert pada hari keempat bermula jam 8.45 malam. Forum itu akan dibarisi ahli panel terdiri daripada Datuk Seri Nizar Jamaludin dan Akhil Hayy. 

Manakala bagi program Debat Anak Muda yang akan diadakan pada 11 Februari ini jam 8.45 menampilkan wakil daripada parti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR). 

Sementara itu, bagi memenuhi slot yang lebih santai, karnival tersebut turut menganjurkan program Sembang Petang Anak Muda dijadualkan jam 4.45 petang pada 13 Februari ini bakal dihadiri juara Cub Prix Asia, Yaser Said; Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), Arutchelvan; Adun Batu Caves, Amiruddin; Angkasawan Negara, Sheikh Muzaphar; dan Azhan Atan, juara Akademi Nasyid. 

Di sebelah malamnya pula, akan diadakan Malam Kesenian yang menampilkan beberapa penyair dan penyajak terdiri daripada Blank (Gamma), Pyanhabib, Dinsman, The Society dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid. 

Bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai karnival tersebut boleh menghubungi Yaser di talian 012-679 4707 atau layari laman sesawang http://www.karnivalmuda.blogspot.com

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan