Wednesday, February 9, 2011

Polis Didapati Bersalah Kerana Mengganggu Ceramah !!

KUALA LUMPUR: Dr Hatta Ramli dan dua yang lain menang kes saman terhadap polis dan kerajaan dalam kes ceramah tanpa permit dan jumlah bayaran mengenainya akan ditentukan minggu ini.

Ketiga-tiga mereka ditangkap dan dilokap pada 10 Jun 2004 kerana dituduh berceramah tanpa permit di daerah Rompin.

Ceramah anjuran PAS Rompin itu bagaimanapun diganggu polis walaupun ia diadakan di dalam kawasan persendirian.

Mereka kemudiannya menyaman Polis dan kerajaan Malaysia seterusnya pada 26 Ogos 2009 Mahkamah Tinggi Kuantan memberi kemenangan pada mereka.

Menurut Dr Hatta, selepas perbincangan dengan peguam kedua-dua pihak hari ini, jumlah tuntutan itu akan ditentukan mahkamah selewat-lewatnya 15 Mac depan. Mereka diwakili peguam, Hanipa Maidin.

Ketika dihubungi KeadilanDaily.com beliau berkata, kemenangan kes ini menunjukkan ceramah adalah sah dari segi undang-undang walaupun tanpa permit polis.

Sehubungan itu, beliau berharap jentera Pakatan Rakyat tidak gentar dalam mengadakan aktiviti parti bagi memastikan maklumat kepada rakyat dapat disampaikan dengan berkesan.

“Kita juga berharap agar pasukan Polis bersikap profesional dan adil terhadap program Pakatan Rakyat selepas ini,” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.


EDYES wrote:

BRAVO!! BRAVO!!

Akhirnya baru ku tahu bahawasanya, polis bukan sentiasa betul, polis tidak semuanya betul !!

Lepas nie, tolong jangan pandai-pandai nak halang ceramah ditempat persendirian... kah kah kah...


No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan