Monday, February 7, 2011

Perihal 'Doggy' Ketua UMNO Puchong Perdana!! Adakah Berkaitan Dengan Harian Metro Hari Ini ??


Ketua UMNO Puchong Perdana Ditangkap Berzina...???

Saya dapat satu email, saya tidak pasti setakat mana kesahihan berita ini. Tetapi memandangkan terlalu banyak keburukan yang berlaku di kalangan pemimpin UMNO maka tidak mustahil berita yang disiarkan ini mempunyai kebenarannya.

Di bawah ini adalah satu surat/email yang dihantar kepada Nor Aishah binti Samah yang saya kira seseorang yang berjawatan pegawai atasan kepada si pesalah ataupun pegawai pengurusan sumber manusia bagi universiti terkemuka yang dimaksudkan di bawah.

Menurut surat/email di bawah, ia menyamai apa yang diberitakan dalam Harian Metro edisi hari ini yang memaparkan berita sensasi mengenai isteri yang dicekup berkhalwat, tetapi tidak dinyatakan pasangan isteri yang ditangkap berkhalwat itu adalah ketua UMNO Puchong Perdana. Adalah menjadi suatu yang gila sekiranya Harian Metro memaparkan cerita sebenar melibatkan entiti UMNO.

Harian Metro seperti kebiasaannya hanya akan memapar cerita sensasi sebegini tanpa mengambil kira siapakah yang terlibat, yang penting adalah tahap sensasinya tanpa menyedari ianya adalah lebih sensasi memandangkan orang yang terlibat itu adalah berlatarbelakangkan UMNO dan cara ditangkap itu ketika melakukan aksi 'doggy'.

Saya tidak mengesahkan surat/email yang tertera di bawah tetapi dalam masa yang sama, tidak menolak kemungkinan ianya adalah benar kerana kedua-dua cerita berdasarkan surat/email mangsa dan berita di Harian Metro mempunyai kesinambungan tersendiri.

Oleh demikian, dalam hal ini sama-samalah kita mencari kebenaran. Perihal-perihal sensasi sebegini saya mengelak untuk terlibat dengan lebih jauh, maka saya serahkan kepada para pengunjung untuk mencari kebenaran atau sekurang-kurangnya menilai akan sejauh mana benarnya cerita sensasi ini. Terpulang juga kepada blogger lain untuk membuat pendedahan selanjutnya.

Surat/email di bawah hendaklah dibaca dengan teliti dan hanya terbuka kepada pembaca 18 tahun ke atas sahaja. Lebih lengkap-melengkapi jika kesedihan sang suami dalam cerita di bawah dikongsi bersama mereka yang sudah punya isteri.
Assalamualaikum wr wb,

Nor Aishah Binti Samah,

Saya ingin memaklumkan bahawa seorang Pembantu Am Rendah di organisasi pihak Puan telah melakukan perbuatan sumbang dan memalukan masyarakat. Nama beliau ialah Rosli Bin Alias dari Centre For Foundation Studies In Science.

Pada pukul 2 am malam tadi 2 Februari 2011, pasangan Rosli Alias yang merupakan Pengerusi Rukun Tetangga dan Ketua UMNO, Puchong Perdana, telah ditangkap oleh masyarakat disini. Ketika ditangkap bersama pasanganya yang juga merupakan isteri saya, beliau sedang bersetubuh dalam keadaan posisi dari belakang. Beliau, Rosli juga mengugut untuk membunuh saya disaksi oleh anak perempuan saya yang berumur 18 tahun.

Bagaimana pun beliau sering mendakwa mempunyai hubungan baik dengan pihak berkuasa dan polis, meluru pergi ke Balai Polis Bukit puchong untuk membuat "laporan".

Beberapa minit kemudian masyarakat yang menangkapnya juga membuat laporan di balai polis yang sama. Ketika di Balai Polis beliau sengaja berpeluk cium didepan khalayak ramai untuk membangkitkan kemarahan orang ramai dan menunjukkan keberaniannya yang "luar biasa"

Saya membuat laporan ini agar pihak Universiti Melaya mengambil tindakan terhadap beliau kerana memalukan. Beliau juga sering memberitahu orang, bahawa beliau adalah kakitangan pensyarah. Sokongan masyarakat terhadap terhadap UMNO di sini, diambil kesempatan oleh Tuan Pengerusi Rukun Tetangga ini untuk melempiaskan nafsu luar biasanya kepada isteri orang.

Saya sempat mengambil gambar dan akan menunjukkan kepada Puan jika diperlukan. Kes ini juga menyebabkan image UMNO tercalar di mata masyarakat. Saya juga ahli UMNO sebelum ini.

Saya boleh membawa anak perempuan saya dan masyarakat sebagai saksi. Jika inginkan maklumat lanjut boleh terus menghubungi saya Alangzizsham 019 3501242.

Berita kehilangan isteri saya sebelum ini terjawab. Kehilangannya rupanya dipangkuan Rosli.


Yang Benar
Alangazizsham - alangazizsham@yahoo.com
Di bawah pula adalah berita hangat dalam Harian Metro hari ini;

Anak saksi maksiat ibu
Oleh Idris Musa, Muhd Izawan Baharin dan Muhammad Apendy Issahak

KESAL...Razif menunjukkan laporan polis berhubung tangkapan khalwat isterinya.

KUALA LUMPUR: Seorang isteri berusia 38 tahun terkedu apabila dicekup suami sendiri ketika asyik memadu asmara bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Puchong Perdana, dekat sini.

Lebih mengaibkan perbuatan terkutuk wanita itu turut disaksikan anak perempuannya berusia 18 tahun yang mengikuti serbuan bersama beberapa pegawai sebuah masjid di kawasan itu.

Suami wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Razif, 47, berkata ketika serbuan kira-kira jam 2 pagi pada 2 Februari lalu, isterinya yang bekerja di sebuah hotel di ibu negara, berdua-duaan dengan teman lelakinya berusia 49 tahun. Menurutnya, kereta lelaki terbabit yang diletak di luar rumah turut ditutup nombor pendaftarannya supaya ia tidak dicam jiran sekeliling, sekali gus melindungi perbuatan maksiat mereka.

"Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan saya apabila melihat isteri berasmara dengan lelaki itu. Lebih menyakitkan hati, lelaki terbabit turut berlagak samseng apabila mengeluarkan kata-kata kesat kepada saya di hadapan anak perempuan saya," katanya.

Menurutnya, selepas dicekup isteri dan kekasihnya itu yang juga seorang kakitangan sebuah universiti terkemuka di ibu negara dibawa ke Balai Polis Bukit Puchong untuk tindakan lanjut termasuk merekodkan laporan mengenai tindakan khalwat mereka. "Sebaik sampai di balai (polis) tanpa rasa malu atau kesal, lelaki itu bertindak berani apabila meluru masuk untuk membuat laporan kononnya dia tidak bersalah dan rumahnya diceroboh.

"Lebih teruk, dia juga sengaja memeluk serta bermesra dengan isteri di depan kami semua bertujuan untuk menaikkan kemarahan saya," katanya.

Razif berkata, isterinya dipercayai sudah menjalinkan hubungan dengan lelaki itu sejak empat bulan lalu dan dia sebelum ini sudah mengesyaki perkara itu, namun tiada bukti sehingga kedua-duanya tertangkap. "Kami sudah berkahwin selama 20 tahun dan dikurniakan lima anak. Sekarang keluarga serta anak-anak kucar-kacir disebabkan perbuatan isteri saya yang melampau ini," katanya.

Ahli Jawatankuasa masjid, Harun Nayan yang terbabit serbuan khalwat itu berkata, tiga ahli kariah termasuk imam masjid di situ membuat serbuan selepas menerima aduan suami wanita terbabit yang mendakwa isterinya berdua-duaan dengan lelaki lain dalam sebuah rumah.

Menurut Harun, suami serta anak perempuan wanita itu turut serta serbuan berkenaan dan sebaik pasangan terbabit ditahan, mereka dibawa ke balai polis.

"Laporan polis mengenai tangkapan pasangan khalwat itu dibuat imam yang mengetuai serbuan. Ia bagi membolehkan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat siasatan lanjut selepas ini.

"Selepas laporan dibuat kami semua beredar dan kebiasaannya polis akan merujuk kes itu kepada Jais yang kemudian akan memanggil kami untuk mendapatkan butiran kes berkenaan, namun setakat ini kami belum dipanggil untuk memberi keterangan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Jais, Mohamad Rais Rasid, berkata pihaknya belum menerima laporan kes terbabit, namun akan membuat tindakan susulan termasuk siasatan terperinci terhadap tangkapan itu.

"Walaupun tangkapan dilakukan pegawai masjid bersama penduduk, Jais masih mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan susulan termasuk pendakwaan kerana pegawai masjid dilantik oleh Jais dan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya.

"Bilal, imam, nazir dan siak adalah pegawai masjid yang dilantik Jais dan tindakan yang diambil mereka tidak boleh dipertikaikan. "Dalam siasatan ini kami akan dapatkan keterangan saksi dan laporan daripada pihak sepatutnya seperti pihak masjid sebelum mengambil tindakan lanjut untuk pendakwaan," katanya.

Menurutnya, jika ada bukti menunjukkan pasangan terbabit melakukan kesalahan syariah mereka tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor

Selamat menilai. Saya bertanggungjawab dengan apa yang saya tulis dalam entri ini.


EDYES @ edyesdotcom

5 comments:

BUJANG SUSAH said...

Yang Hairan metro tak bagi tahu.. mereka ni semua pejuang kuat umno.. kah..kah..kah..kah..

Edyes said...

ini dia bujang susah, antara blogger pertama melaporkan berita sensasi ini...

Anonymous said...

Edyes,
Apasal puak3 Umno ni suka sangat menjerat, memikat dan memantat bini orang hah?

A-I-B said...

Kalaulah si laknatullah tu dari puak PR, pasti 3 hari 3 malam blogger pencacai UMNO mainkan isu ini.

Edyes said...

hahaha... tgk la sapa tok gurunya... bukan pornstar ke??

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan