Wednesday, February 9, 2011

1st Half Malaysia Lead 1-0 Hongkong !!

Tahniah Malaysia!! Permainan separuh masa pertama yang cukup menghiburkan. Malaysia bermain penuh yakin dengan penguasaan permainan dan berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Hongkong.

Kepada jurulatih pasukan lain yang dijadualkan bakal menentang pasukan Malaysia selepas ini, pastikan tidak sekali membenarkan kawalan bola di baseline. Ini kerana kebanyakkan gol pertama Malaysia berpunca dari cubaan pihak lawan mendapatkan 'goal kick' tetapi dirampas dan jaringan dilakukan oleh kem Malaysia.

Ketika ini, separuh masa kedua baru sahaja bermula dengan Malaysia masih mendahului satu gol. Kita berharap rentak permainan baik di separuh masa pertama diteruskan hingga ke wisel penamat, dan beberapa lagi jaringan adalah dituntut!

Malaysia!! Tanah tumpah darahku!!


EDYES @ edyesdotcom
Blogger sukan anda!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan