WACANA PERDANA
Tajuk: PRU13 - Terancamkah Kuasa Melayu ?
Ahli Panel
YB Ir Khalid Samad (MP Shah Alam)
Tan Sri Prof. Ibrahim Abu Shah (Presiden PMIKM)
Prof. Madya Dr Asyraf Wajdi Dusuki (Naib Presiden PERKASA)
Prof. Madya Dr Abu Hassan Hasbullah (a.k.a Professor Google)
Moderator
Prof. Madya Dr Mohamad Agus Yusof
Tarikh: 18 Mac 2011 (Jumaat)
Masa : 9 Malam
Tempat: Kelantan Trade Centre, Kota Bharu
EDYES wrote:
Sepatutnya wacana ilmu ini ditayangkan secara live di RTM atau sekurang-kurangnya Astro Awani, maka barulah rakyat kebanyakkan akan mendapat akses secara langsung kepada maklumat yang fresh.
Maklumat ini sangat penting buat rakyat supaya mereka tahu adakah mengundi selain Barisan Nasional itu akan mengancam kuasa ketuanan melayu, atau sebenarnya hanya akan mengancam kuasa ketuanan UMNO semata-mata. Pakatan Rakyat melalui testimoni beberapa negeri yang diperintahnya harus menjadi faktor-faktor yang jelas mengenai apakah kuasa melayu itu benar-benar terancam setelah beberapa negeri penting dalam negara dikuasai Pakatan Rakyat.
Justeru, harapan saya agar janganlah dilepaskan peluang untuk menyaksikan pertembungan pendapat dalam wacana di atas supaya ia menjadi titik tolaknya rakyat untuk memilih samada untuk berasa terancam dengan kemenangan-kemenangan Pakatan Rakyat atau merasakan suatu kemerdekaan sebenar akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan Barisan Nasional.
Saya juga sebenarnya sedikit terkilan kerana program penting Wacana Perdana "Terancamkah Kuasa Melayu ?" dilaksanakan di negeri Kelantan. Harap selepas ini dapat dianjurkan oleh UMNO sendiri dengan PWTC sebagai pentasnya!
No comments:
Post a Comment