Salam,
Untuk pengetahuan, artikel saya sebelum ini yang bertajuk "Desak Tarik Balik Penggunaan RON95 Dan Gantikan Semula Dengan RON97!!" telah dipaparkan ke portal Tranungkite Online (TKO) awal hari ini. Tetapi setelah mendapati beberapa komen yang mencemuh saranan saya mendesak kerajaan supaya penggunaan RON95 dihentikan, saya membalasnya dengan tulisan di bawah;
Artikel ini bukan untuk suruh rakan pembaca semua tinggalkan RON95 segera dan mula mengisi RON97 yg mahal tu! Tetapi tujuannya ialah untuk mendesak kerajaan agar me'nyah'kan petrol komersial RON95 dari muka bumi Malaysia.
Semua perlu sedar, RON95 untuk negara yg takde keluar minyak! M'sia negara pengeluar minyak, dan minyak kita bermutu lebih tinggi dari minyak arab RON97 tu, jadi kita sepatutnya layak mendapat harga RON95 untuk RON97 seperti ketika sebelum RON95 diperkenalkan.
Mengapa perihal kemalangan terbakar kerap berlaku selepas tahun 2009? Kerana pada tahun tersebutlah RON95 diperkenal untuk digunakan dalam negara menggantikan RON97 yang dinaik taraf sebagai minyak premium.
Kemalangan terbakar akan berlaku lebih kerap selepas Nov 2010 kerana sejak Nov2010, Harga minyak RON97 menjarak sedikit demi sedikit berbanding RON95.
Pada awalnya berbeza cuma 25sen, orang ramai masih mampu memilih RON97 berbanding mengisi RON95 pada kadar ini kerana faktor RON97 lebih menjimatkan, faktor penjagaan enjin, lebih pick-up menaiki bukit, tidak cepat kering seperti RON95 dan juga dikatakan lebih 'selamat'.
Apabila harga RON97 mula mencecah RM2.30 iaitu perbezaan mulai ketara sebanyak 40sen seliter, pengguna telah mula meninggalkan RON97 walaupun terpaksa menolak faktor-faktor positif yang ada pada RON97. Tetapi ketika ini juga masih ramai yang bertahan menggunakan RON97 hanya kerana faktor keselamatan semata-mata. Ada juga yang menggilirkan penggunaan kedua-dua petrol tersebut ketika harganya berbeza 40sen seliter.
Hari ini, perbezaan harga telah mencecah 60sen seliter dan kemungkinan akan dinaikkan lagi dengan alasan yang sama - Harga minyak dunia melambung. Secara terpaksa, kebanyakkan pengguna yang bertahan menggunakan RON97 telah meninggalkan petrol tersebut dan sedia untuk mempertaruhkan nyawa dengan menggunakan RON95. Sedangkan sifir mudah menunjukkan harga minyak dunia yang melambung akan menguntungkan Petronas dan lebih tepat ialah Petronas merupakan konglimerat ke-6 paling untung di dunia, sedari tidak Petronas itu adalah milik rakyat!
Sekarang telah timbul kasta dalam mengisi minyak, RON95 untuk rakyat kebanyakkan manakala RON97 untuk orang-orang kaya. Rakyat 1Malaysia telah didahulukan untuk terbakar dalam nahas jalanraya sebelum kajian lebih mendalam dilaksanakan berikutan kemalangan terbakar yang semakin kerap.
Justeru itu, saya tetap menyeru agar semua rakyat Malaysia mendesak keras kerajaan pemerintah supaya menarik balik penggunaan RON95 dan kembalikan RON97 kepada rakyat dengan harga yang setaraf dengan harga minyak kebangsaan iaitu RM1.90 seliter.
Kepada yang mencemuh dan sibuk bertanya apakah faktor-faktor yang menunjukkan RON95 penyebab kemalangan terbakar, statistik bisa menceritakan betapa kemalangan terbakar itu lebih kerap berlaku sekarang ini berbanding sebelum tahun 2009. Mohonlah pada tuhan agar diselamatkan kita dari bala kemalangan terbakar. Kepada yang memperlekeh, adakah anda nak tunggu kejadian seumpama ini berlaku kepada ahli keluarga terlebih dahulu sebelum menjerit desak RON95 harus di'nyah'kan?
Cukuplah lebih 50tahun kita diperbodohkan, kali ini kita harus bertindak bijak sebagai masyarakat celik politik yang matang dalam meraikan demokrasi sebenar.
Akhir kalam, kepada pelontar komen yang kerap mencemuh tulisan saya, ingin saya memberi sedikit nasihat. Janganlah melontar komen negetif di atas suatu tulisan itu hanya kerana benci kepada penulisnya. Sedarlah bahawa kelaku seperti itu adalah umpama menipu diri sendiri dan hipokrit!
Ayuh desak RON95 Dilupus dan RON97 kembali kepada harga sediakala !!
EDYES @ TKO
5 comments:
As salam. Bro, for your info, ana kerja di Jubail, Arab Saudi. Rata-rata semua stesen minyak sini cuma jual RON91 & RON95 (Harga kurang lebih RM0.30/liter & RM0.50/liter). Cuma nak habaq, ana dah hampir setahun kat sini dan setakat ni tak pernah pulak dengar kes-kes kereta terbakar disebabkan RON95. Ni saja nak bagitau jer.
http://testingunderground.wordpress.com/2011/01/02/ron95-mudah-terbakar/
Anony tu pembohong... saya belajar 4 tahun kat Arab Saudi, minyak di Arab Saudi lebih murah dan lebih berkualiti dari Malaysia, kereta terbakar memang tk ada dengar kes kat Arab Saudi sebab kerata di sana semua kereta berkualiti dan tahap keselamatannya lebih baik, kat Malaysia yang terbakar kereta apa??? Proton ka???
Izam, Kangar.
ada kemungkinan kebakaran
disebabkan sikap pengguna kenderaan mengubah sesuka hati sampai boleh berlakunya litar pintas
Keta terbakar ni banyak berpunca dari hose minyak yang tidak berkualiti diguna dalam kereta proton.Tidak tahan pressure dan mudah mengembang,bila tercepit maka pecah.Inilah punca kebakaran kereta proton bila berlaku kemalangan.Bila pecah saja ron95 ke ron 97 ke pasti terbakar bila ada litar pintas dibahagian injin atau senburan minyak mengenai exzos yang tengah panas.
Post a Comment