Monday, March 21, 2011

Tetap Berjuang Walau Anwar Tumbang !!! Susuk Jelas Dikenalpasti Sebagai Anwar?

1Malaysia hari ini tiba-tiba gempar dengan tampilnya sebuah video seks bersama bukti sebuah jam tangan omega. Daripada apa yang cuba digambarkan, DSAI adalah susuk yang berada dalam bilik hotel (atau spa) dengan adengan seks bersama seorang perempuan cina.
Tayangan video seks tersebut dikatakan jauh lebih jelas daripada video seks Chua Soi Lek. Khabar angin terseber luas menyatakan video itu juga kini telah tersebar selepas penayangan di Carcosa Sri Negara pagi tadi.
Adakah tayangan video seks ini kemuncaknya politik kartun serba lucah dalam negara kita? Umpama jalan terakhir sebelum parlimen dibubar! Nampaknya Malaysia pasca 21 Mac 2011 telah menjadi sebuah negara politik porno !!
Saya mengambil sikap tunggu dan lihat akan apa jua kebenaran. Tidak sekali-kali menerjah tanpa sumber yang betul-betul pasti dan redho dengan apa jua kesulitan yang dihadapi oleh perjuangan Pakatan Rakyat. Semoga Allah memberi petunjuk kepada sebenar-benar kebenaran!
Walaupun Anwar dibuktilam terlibat, itu bukan bermakna perjuangan membebaskan negara ini telah tamat, malah akan lebih diperhebat ! Lawan tetap Lawan!!!

EDYES @ edyesdotcom

7 comments:

Art Pokon said...

Ishh...awat la sampai jadi macamnie Malaysia tanah air ku....

Kalau tidak benar....pastinya akan hadir hukuman dari Allah kepada pemfitnah....amin

Anak Sungai Derhaka said...

Aku sokong!!! Samada Anwar bersama atau tidak, REFORMASI tetap akan diteruskan!!!

yusaini_yn said...

alamak edyes kat kan dah saiko kot..
rilex dulu.. video tuh pun kita semua tak tengok lagi..worst case scenario maybe at last ada satu video mensahihkan allegations dari umno selama nie on dsai... tapi boleh jadi jugak they hire pelakon yang physical badan nye mcm anwar pakai kan topeng muka macam anwar style film hollywood...nie yg boleh di imaginasikan setakat nie la..

on the dot aku dpt info nie aku terus bukak blog anwar check on 21st feb he was at the court siang hari nye...mlm hari nyed according to kwn aku yng call nik nazmi anwar ada activity lain... bukan spt yg dlm video yg di perkatakan..

but the truth is, anwar ada tak ada..kita kena kasik tukar ini kerajaan umngok..

Edyes said...

Hehe, saiko tu takla... Kita ada istiqomah dlm perjuangan. Ini satu bom atom yg cuba dilempar oleh BN...

Cuma, aku cuba membayangkan 'worst come to worst', kalau anwar tumbang sebab video nie (samada palsu atau tulin) perjuangan tetap diteruskan bak kata ASDerhaka. Kena ingat, kita berjuang bukan kerana susuk seseorang!

Lg satu, dia x bgtau pun 21feb tu tahun bila... Jgn main gila hehe

yusaini_yn said...

ekceli agk saiko jugak aku bile bace news ni kat blog sampah kickdefella tadi..then try kontek number politician yg aku knai, try to get any info, then bukak n refresh news portal bla bla..
ya setuju kita anak muda kna terus berjuang kasik tukar ini government..

Anonymous said...

Teruskanlah perjuangan..walau pun klip video tu betul..itu maknanya minda kamu semua telah di check-matekan oleh mamat tu..aku akan bersyukur kalau video tu betul..kerana allah telah memakbulkan doa orang yang sebenarnya teraniaya..wasalam.

budakbalun said...

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.(al-Hujurat:6).