Wednesday, March 23, 2011

Forum Kebangkitan Dunia Rakyat Arab Malam Ini(23 Mac)!! Bersediakah Anda MenTAHRIRkan Dataran Merdeka ?

Malam ini ayuh serbu Dewan Himpunan Cina Selangor untuk menyambut cabaran pergolakkan dunia dalam menumbangkan pelbagai rejim jahat.
 
Cukuplah sudah demokrasi palsu yang wujud dalam negara ini diwayangkan oleh regim berkuasa yang terdesak mempertahankan tahta. Pilihan yang rakyat ada semakin mengecil apabila semakin banyak kecelaruan dan kegilaan yang dipersembah kepada umum termasuklah kepincangan SPR, mahkamah, institut kepolisian etcetera etcetera etcetera....
 
Di dewan himpunan cina malam ini, mari kita lihat bagaimana pentingnya revolusi arab ini disambut sebagai revolusi dunia menumbangkan regim jahat yang sanggup berbuat apa sahaja waima sehingga hancur tulang belulang, demokrasi palsu tetap akan dipertahankan!!
 
Ayuh hadirkan diri ke Forum Kebangkitan Dunia Rakyat Arab malam Ini (23 Mac)!!
 
 
EDYES @ edyesdotcom

No comments: