Monday, March 28, 2011

Malam Ini edyes di Stadium Melawati ! Sila Follow Akaun @edyesdotcom !!

Program Solat Hajat dan Pidato Khas – Menolak Fitnah Jahat akan dijalankan di Stadium Malawati, Shah Alam pada malam ini (28 Mac).
 
Ayuh turun beramai-ramai, kita penuhkan Stadium Melawati!! Hadirlah dengan niat untuk mengetahui kebenaran dan juga bersedia untuk menjadi agen penyebar.
 
Ingatlah, kita di Pakatan Rakyat tidak punya TV atau radio untuk menjawab segala pertuduhan yang telah dilempar. Malah di saat ini dapat kita lihat kebenaran yang ditunjukkan oleh Allah apabila mereka tiba-tiba hilang punca dengan kes terbaru melibatkan video seks arahan mereka sendiri.
 
Kalau boleh datang satu kampung terus. Bawak semua family yang dah boleh mengundi. Kalau ada jiran yang selama berdekad-dekad menyokong UMNO tu, ajak datang sekali untuk dengar penjelasan dari pihak Pakatan Rakyat. Kita belajar untuk mendengar dua belah pihak sebelum membuat sebarang kesimpulan.
 
Saya juga akan berada di Stadium Melawati malam ini bagi membuat liputan secara langsung. Liputan secara langsung ini adalah melalui akaun twitter ;
 
@edyesdotcom
 
Sila follow akaun ini untuk berita-berita pantas dan maklumat penting yang berkualiti.
 

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan