Sunday, March 13, 2011

KPI Untuk MP PKR Adalah Janji Kepada Rakyat!! Mengapa Perlu Nafi Kewujudannya??

KPI MP PKR : Fuziah menipu atau fakta dilindungi kerana mahu selamatkan MP tertentu.

Hujung Febuari lepas, tiba - tiba isu penilaian prestasi Ahli Parlimen PKR telah menjadi perhatian. Bermula dengan sebuah laman 'FMT' yang menyiarkan kononya telah dibocorkan melalui maklumat dalaman bahawa laporan 'KPI' melibatkan prestasi ahli parlimen PKR telah disiapkan.

Portal berita itu memetik sumber yang mendakwa Azmin (kanan) adalah antara tujuh ahli parlimen PKR yang diklasifikasikan sebagai 'wakil rakyat yang gagal melaksanakan tugas mereka', dalam laporan audit luar, yang disediakan oleh jawatankuasa khas yang diketuai oleh anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Nik Mahmood Nik Hassan.

Ahli parlimen lain yang disenaraikan ialah Azan Ismail (Indera Mahkota), Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang), Abdullah Sani (Kuala Langat), Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau) dan Loh Gwo-Burne ( Kelana Jaya).

Serentak dengan pendedahan konon dari sumber dalaman yang membocorkan maklumat laporan prestasi ahli parlimen PKR tersebut, Azmin telah tampil membuat penafian, membela dirinya.

Dalam Malaysiakini pada 21 Febuari melaporkan Azmin telah menafikan wujud laporan "KPI" ahli parlimen PKR dan mencabar portal berita FMT tampil membuktikan. Namun sehingga hari ini FMT gagal mengemukakan laporan penuh konon demi menjaga orang sumber pemberi maklumat.

Serentak dengan itu, Syed Husin Ali yang mengosongkan kerusi Timbalan bagi memberi laluan kepada Azmin turut menyatakan bahawa tidak ada laporan penilaian prestasi atau KPI yang dimaksudkan.

Berbeza nada dengan Yusmadi, ahli parlimen Balik Pulau yang menyatakan gakuan ada sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan parti bagi tujuan (KPI) tersebut.

Yusmadi tidak menafikan sebaliknya beliau menyatakan tidak setuju jika KPI berkenaan dijadikan ukuran utama dalam memilih wakil rakyat untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang. Ini dilaporkan portal FMT yang menghubungi beliau, cuma persoalanya kalau prestasi selaku ahli parlimen tidak diambil kira untuk memilih calon apa lagi perkiraan wajar yang harus diambil ?

Sementara itu, naib presiden PKR, Fuziah Salleh mengesahkan bahawa beliau telah membangunkan sistem penilaian KPI untuk semua ahli parlimen PKR, dan diluluskan oleh MPP, ADUN dan ahli majlis tempatan bagi meningkatkan prestasi mereka, sewaktu beliau menjadi pengarah latihan parti itu pada 2009.

"Sistem KPI tidak pernah digunakan dalam konteks hukuman," tegasnya, sambil menambah KPI itu boleh dijadikan panduan oleh semua ahli parlimen ini dilaporkan dalam Malaysiakini.

"Ini dibangunkan berdasarkan kepada amalan terbaik antarabangsa dalam politik."

Fuziah mengakui bahawa audit bebas itu dilakukan oleh Nik Mahmood tetapi beliau melapor terus kepada presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kenapa takut akui KPI bukankah itu janji kepada rakyat ?

Persoalannya kini dalam isu KPI ini kenapa kita harus takut ? Bukankah kita yang berjanji kepada rakyat untuk menunjukkan kita berbeza dengan regim maka wakil-wakil rakyat kita akan dipantau prestasi dari masa ke semasa.

Azmin dan Syed Ali nafi sistem pemantauan wujud. Ertinya adakah kita telah lupa janji kita pada rakyat. Penafian ini juga beerti menyatakan Fuziah dan beberapa pimpinan parti kemungkinan menipu apabila mereka mengakui wujud sistem pemantauan.

Seharusnya dalam isu ini kita harus berani tampil, mengakui prestasi pertengahan penggal dengan jujur. Pamerkan pada rakyat dengan iltizam memperbaiki mana yang tidak sempurna. Percaya dan yakinlah rakyat akan lebih yakin dan menyayangi kita. Rakyat akan benci dengan cerita gah namun hakikat berbeza.

Pilihanraya umum akan menjelang dan mungkin terlalu hampir. Kita masih ada ruang untuk membuktikan politik yang kita bawa benar - benar politik baru.

Jika tak wujud sistem penilaian wujudkan segera, jika sememang sudah wujud akui dan pamerkan pada rakyat dengan iltizam memperbaikinya.


che'GuBard
Penyelaras SAMM
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

1 comment:

Anonymous said...

PKR ni memang parti penipu lah...tak kan menipu pun ada KPI...pei lah mabuk!!!!