KUALA LUMPUR 29 MAC : Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah, antara pemimpin yang dilihat lantang bersuara selepas Presiden mereka Datuk Ibrahim Ali, disebut-sebut akan melepaskan jawatan tersebut dalam waktu terdekat ini.
Jika ia disahkan, Perkasa dilihat berhadapan dengan satu lagi keputusan mengejutkan selepas keputusan Ketua Wiranita Raihan Sulaiman Palestine memutuskan untuk meletakkan jawatan beliau bulan lalu.
EDYES wrote:
Jika benar Arman Wira Perkasa ingin melepaskan jawatan, maka syabas saya ucapkan kerana bertindak bijak meninggalkan politik perkauman. Sesungguhnya dada Islam itu jauh lebih luas dari kerangka melayu itu sendiri.
Saya juga difahamkan, kelibat Arman Azha dilihat berada dalam Program solat hajat dan pidato khas, menolak fitnah jahat di Stadium Malawati malam tadi. Tidak dapat dipastikan Arman turut sama bersolat atau hanya mendengar penerangan dari pimpinan Pakatan Rakyat.
Saya bukan fitnah Arman berada di stadium melawati tadi malam, tetapi saya dikhabarkan oleh seorang rakan dari sumber twitter Arman sendiri.
Harapan saya agar lebih ramai yang tersedar bahawa perjuangan rasis perkauman tidak akan membawa bangsa kita ke mana-mana. Lebih baik perjuangkan keadilan Islam yakni berjuang untuk menegakkan agama Allah.
EDYES @ edyesdotcom
No comments:
Post a Comment